Bab 27

2.7K 83 1
                                    

Setelah beberapa minit, Iris turun sendirian ke Cafe dan meninggalkan Noah bersama Isaac. Dia membeli makanan dan minuman lalu terus naik ke atas. Risau pun ada kerana meninggalkan Isaac dengan Noah. Takut jikalau Noah mengapa-apakan anaknya itu. Lelaki seperti Noah itu bukan boleh dipercayai sangat. Nanti ada-ada je benda yang dia buat.

"Iris?"

"Eh, Aryan? Awak buat apa dekat sini?"

"Aryan datang nak melawat anak Iris, boleh kan?" Iris mengangguk bersama senyuman. Sudah tentu lah boleh.

"Boleh takkan tak boleh. Umm mana Hanim dengan anak-anak?" Soalnya apabila melihat kelibat Aryan berseorangan sahaja.

"Dia orang tak boleh ikut. Banyak kerja kena buat dekat rumah." Pinta Aryan.

"Oh, Kalau macamtu takpelah. Jom la kita naik pergi tengok anak Iris." Aryan menganggukkan sahaja.

Mereka berjalan bersama-sama menuju ke wad yang ditempatkan Isaac. Mereka memasuki lif bersama beberapa orang awam disitu. Semua yang berada di dalam lif memandangnya pelik. Ada yang berbisik sambil memandangnya. Namun buat apa dia nak kisah. Betul tak?

Iris menapak masuk ke dalam wad tersebut bersama Aryan.
"Sayang mama... Baru bangun eh bucuk mama ni? Rindunya mama dekat teddy bear mama ni." Sengaja suara dikecilkan untuk membuat Isaac tergelak.

"Ma...ma."

"Iya? Nak apa?"

Noah tersenyum melihat si isteri yang sedang bermain dengan anak mereka.

"Isaac tengok ni siapa yang datang. Uncle Aryan la. Aryan sini lah tengok Isaac." Mati senyuman Noah secara tiba-tiba apabila si isteri menyebut nama Aryan.

"Comelnya anak Iris. Geram la Aryan dengan dia ni. Eh, mana lagi seorang? Ian?" Ujar Aryan seraya menyoal.

"Ian? Ian dia dengan Yana dan Nawal. Dia orang jagakan Ian sementara Iris jaga Isaac dekat sini." Jawab Iris bagi soalan yang ditujukan.

"Actually, Abang ni Aryan. Abang ingat lagi kan? Aryan yang datang rumah kita dulu?"

"A...Aryan?" Noah tergagap-gagap. Dia menelan air liur payah.

"Yup, dan Aryan ingat lagikan suami Iris? Noah." lelaki itu hanya mengangguk tanpa mengeluarkan ayat seraya tersenyum kepadanya.

"Ya. Umm Iris, Aryan nak cakap sikit boleh tak? Dekat luar." Iris mengangguk lantas dia meletakkan Isaac ke dalam dukungan Noah tanpa bicara dan keluar dari bilik tersebut.

"Aryan nak cakap apa?"

"Aryan tak suka dengan dia Ris. Dia cakap Ris gila. Dia tak sayangkan Ris. Dia hanya cuma mempermainkan Ris je. Cuba Ris lihat kenapa dia nak Iris duduk dengan dia semula? Sebab peluang untuk dia sakitkan Ris." Ujar lelaki tersebut dalam keadaan seperti dingin.

"Tapi... Ris sayangkan Noah. Anak-anak perlukan papa diorang. Takkan diorang nak dibesarkan tanpa kasih seorang bapa?"

"Ris dengar cakap Aryan tolong. Tolong tinggalkan dia. Dia tipu Iris. Dia cakap yang dia sayangkan Ris tapi hakikatnya dia tak pun. Dia jahat Ris. Dia cuma nak puaskan nafsu dia. Ris tak takut ke kalau dia apa-apa kan Ris dengan anak-anak? Dalam tu ada baby Ris. Ris mengandung kan? Ris tak takut kalau Ris keguguran disebabkan dia?" Tegas Aryan menyoal. Sebab-sebab dia melakukan ini kerana dia tidak mahu melihat Iris dalam kesakitan.

Dia, sayang kan Iris.

"Macam mana Aryan tahu Iris mengandung?"

Mak Jah menghampiri Zayden yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu itu serta membawa makanan dan minuman tengah hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mak Jah menghampiri Zayden yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya di ruang tamu itu serta membawa makanan dan minuman tengah hari. Mak Jah memerhati sahaja tubuh kecil tersebut. Nampaknya seperti serabut itu. Haih kecik-kecik dah serabut ye dik?

Cucur ikan bilis serta air teh panas itu dihidangkan. Melebar senyuman Zayden ketika itu apabila melihat cucur ikan bilis yang dibuat oleh Mak Jah.

"Amboi buat apa tu?"

"Buat kerja sekolah lah Tok Jah. Cikgu suruh kira-kira ni hah. Susah lah. Tok Jah boleh tolong?" Tanya Zayden. Mak Jah mengangguk lalu tubuh kecil itu dihampiri. Dia melabuhkan punggung di atas lantai bersebelahan Zayden.

"I miss daddy Tok Jah. Ayden rindu daddy. Dah lama Ayden tak jumpa daddy. Kalau daddy ada sekarang mesti dia akan tolong Ayden buat kerja sekolah. Hmm i miss daddy so much."

"Ish Ayden ni. Nanti-nanti tu jumpa la dengan daddy. Daddy kan tengah busy. Kesian daddy. Alah takpe lah daddy takde Tok Jah kan ada. Senang je semua ni... Tok Jah ni dulu mahir tau kira-kira ni semua. Mari sini Tok Jah tengok. Hah senang je ni. Cuba kira, Enam tolak tiga. Jawapan dia berapa?" Ajar Mak Jah dengan lembut.

"Jawapan dia... Jawapan dia... Hah dah dapat! Jawapan dia adalah tiga betul tak Tok Jah?" Mak Jah hanya mengiyakan sahaja.

"Yeay betul. Terima kasih Tok Jah. Sayang Tok Jah banyak-banyak." Tubuh tua yang sedang duduk di sebelahnya itu dipeluk erat.

"Ya sayang. Dah makan dulu nanti sambung buat kerja ya?" Zayden mengangguk bersama senyuman kecil.

Cucur ikan bilis itu diambil. Dia memilih satu persatu cucur tersebut yang tidak panas. Lalu dia membaca doa makan dan Ngap!

"Tok Jah, Ayden nak tanya ni. Boleh tak kalau nanti Tok Jah ajar Ayden buat cucur ikan bilis ni? Sedap tau Tok Jah buat." Kata Zayden sambil menunjuk-nunjuk cucur ikan bilis tersebut.

"Baiklah, nanti ada masa free kita buat sama-sama ya? Kita buat dengan mama sekali, okay?" Zayden pantas mengangguk. Cucur ikan bilis itu dimasukan lagi ke dalam mulutnya.

"Tok Jah... Ayden rindu mama lah. Rindu Ian rindu Isaac. Ayden nak main dengan dia orang. Lamanya mama tidur dengan kawan-kawan dia. Lepastu mana papa pergi lepas hantar aunty buaya tu balik?" Soal Zayden bertalu-talu sambil mengunyah-ngunyah cucur ikan bilis tersebut.

"Umm... Mama Ayden biasa la dia dah lama tak jumpa kawan-kawan dia. Mesti la rindu. Nanti dia balik Ayden main la puas-puas dengan adik-adik Ayden tu. Dan papa pula mungkin ada hal kut sebab tu dia hantar aunty 'buaya' tu balik dulu." Terang Mak Jah. Ayat 'buaya' ditekan sedikit walaupun perlahan tetapi cukup didengari oleh Zayden seorang.

Zayden ketawa terbahak-bahak mendengar perkataan buaya itu.

"Aunty Laura buaya. Aunty Laura buaya. Bua...Ya! Buaya!" Ejek Zayden perlahan.

"Okay dah dah. Nanti kalau dia dengar kejap lagi. Nahas kamu Ayden. Dah dah makan tu lepastu sambung buat kerja. Tok Jah nak pergi masak sekejap." Ujaran dari Mak Jah mendapat anggukan dari Zayden.

"Allahuakbar sakit pinggang aku." Mak Jah berdecit perlahan. Zayden menahan dari ketawa. Kemudian, Mak Jah berlalu pergi meninggalkan Zayden berseorangan di ruang tamu tersebut.

BERSAMBUNG

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now