"Tak! Kau tipu! Tadi aku dengar suara dia. Mesti sekarang dia main sorok-sorok kan. Kau mesti tahu kan dekat mana dia?" Hayder mula sebak melihat Noah sekarang
Kenapa kau jadi macam ni Noah? Iris dah takde Noah. Dia pergi buat selama-lamanya. Aku taknak hilang kau Noah. Desis dalam hatinya dengan mata berair.
Hayder mengambil nafas yang secukupnya sebelum dia berkata lagi
"Noah, Iris isteri kau dah meninggal dua belas tahun yang lepas. Dia dah takde. Dia dah pergi buat selama-lamanya. Dia dah tak akan kembali lagi, Noah. Tapi kau kena tahu yang dia hanya tercipta untuk kau. Dia bidadari syurga kau Noah. Kau tak boleh terus macam ni lagi. Sudah Noah. Mari makan."
Dia terus memeluk sedaranya itu. Bagi menenangkan lelaki itu.
Akhirnya dia dapat juga menenangkan lelaki itu sampai tertidur. Walaupun ditemani air mata.Hayder menemani Noah. Alasan Hayder untuk tidur disitu sebab mahu tolong menjaga Noah yang secara tiba menjadi seperti mayat hidup. Mendengat suara Iris lah. Nampak arwah Iris dirumah itu lah jadi bagi menyedarkan Noah, Hayder terpaksa tidur disitu.
Keesokan hari, atas permintaan Noah, Hayder pergi menemani Noah menziarahi kubur Iris tanpa membawa anak-anaknya.
"Assalamualaikum sayang, sayang apa khabar? Sayang abang dah tengok video yang sayang rakam. Abang minta maaf. Segala kesakitan sayang. Sayang rakam untuk dijadikan video. Abang tengok sayang menderita dalam video. Semua kesan pukulan abang dekat sayang, sayang tunjuk dalam video itu. Abang minta maaf sebab dah pernah buat sayang menderita. Dan satu lagi abang dah tengok video yang sayang buat khas untuk abang tu. Cantik sayang dalam video tu,"
"Abang...abang tak tahu nak cakap apa lagi. Semalam abang dengar suara sayang panggil abang. Abang harap sangat sayang ada dengan abang. Tapi bila mama, Hayder dan anak-anak kita cakap yang sayang dah takde abang rasa kosong tanpa bidadari abang. Abang..." belum sempat Noah menghabiskan bicaranya, terlebih dahulu ada seseorang memberi salam pada mereka.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam." mereka serentak membalas salam lalu memandang ke arah suara itu.
Mata mereka berdua memandang tepat ke arah anak mata seseorang itu.
Rafif Jauzar.
"Kau buat apa dekat sini?" Dingin percakapan Noah.
"Aku datang sebab... sebab nak minta maaf bagi pihak Laura Amelia... Tolong maafkan dia Noah."
"Kenapa aku perlu maafkan dia? Sedangkan dia penyebab bidadari aku mati?
"Noah kalau nak bergaduh sekali pun jangan dekat sini. Hormat, ni tanah perkuburan. Jangan nak bergaduh dekat sini. Jom kita bincang dekat luar." kata Hayder dan mereka sekadar mengangguk.
"Sayang abang pergi dulu. Ada masa nanti abang datang lagi bawak anak-anak pula ya? Assalamualaikum."
Dia terus berlalu pergi. Sampai di sebuah cafe mereka mengambil tempat yang tersorok sedikit. Bagi mengelakkan dari menganggu orang lain.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...