Bilik wad dituju, sampai sahaja dihadapan bilik wad, terhenti langkah mereka berempat sebaik sahaja mendengar tangisan seseorang. Mereka berempat memandang satu sama lain. Kemudian, Noah menolak pintu wad tersebut. Masuk sahaja kedalam, matanya disapa dengan sekejung tubuh yang terbaring kaku diatas katil wad tersebut sambil dilitupi selimut putih. Mata Noah membulat dan berair. Tidak! Tidak mungkin itu adalah... Isterinya.
Semua disitu turut memandang mereka berempat yang baru sahaja masuk. Terasa longgar lututnya pula dan bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh terduduk. Dia menghampiri susuk tubuh yang terbaring lemah itu. Selimut putih yang melitupi wajah isterinya ditarik perlahan. Air mata akhirnya jatuh menyembah bumi. Terpampan wajah pucat isterinya lalu wajah tersebut disentuh dengan tangan yang bergetar.
"I...Iris? Iris bangun sayang... Hubby datang ni. Iris... Iris bangun Iris! Iris!" Suara dikuatkan lalu tubuh isterinya digoncang kuat. Dia dapati ada kesan kelar pada leher sang isteri. Tidak mungkin isterinya sanggup melakukan perkara itu. Dia kenal isterinya itu, Iris tidak berani langsung menyakiti tubuhnya sendiri mahupun sampai ketahap sebegini.
"Iris sayang bangun... Iris! Iris bangun!" Jerit Noah lantang. Semua disitu tidak dapat menahan air mata sebaik sahaja melihat Noah yang semakin tidak menentu arah itu.
"Iris... Iris tolong bangun sayang! Iris... Sayang jangan la tinggalkan hubby. Sayang dah janji nak hidup semati dengan hubby kan? Saya tak boleh tipu hubby. Hubby minta maaf... Hisk Hubby salah. Hubby banyak salah dengan sayang... Tolong jangan tinggalkan saya Iris. Saya perlukan awak... Hisk hisk. Saya... Saya tak kuat kalau awak takde. K...kenapa awak tak bawa saya sekali? Kenapa?" Teresak-esak Noah menyoal isterinya yang sudah pun tiada. Dia pasti Iris mendengarnya. Dia menangis tersedu-sedan sehingga yang lain pun tidak dapat menahan air mata.
"Noah..." Ash memegang bahu Noah namun tangannya ditepis kasar oleh lelaki itu.
"K...kau? Kau salah Ash. Kau... Kau bunuh isteri aku!" Jerkah Noah lalu menerkam kearah Ash. Ash undur setapak kebelakang. Hayder dan Zarren menghalang.
"Lepas lah setan! Kau dah bunuh isteri aku! Kau... Kau bunuh isteri aku! Isteri aku dah mati! Kau buatkan Iris tinggalkan aku! Kau kawan tak guna... Aku nak isteri aku! Lepas lah!" Tengking Noah bagaikan dirasuk. Dia bertindak mahu mencederakan Ash malangnya tubuh Zarren dan Hayder menghalangnya.
"Aku benci kau Ash! Kau bunuh isteri aku! Aku hilang isteri aku sebab kau! Lepas lah! Aku nak bunuh dia setan!"
"Sudah Noah! Kau nak bunuh Ash sekalipun kau ingat Iris akan bangun ke? Dalam hal ni, Ash tak bersalah langsung!" Tubuh Noah ditolak kasar sehinggakan Noah tidak dapat mengimbangkan tubuhnya dan jatuh terduduk.
Membulat mata Puan Ayra apabila melihat tindakan Zarren.
Kini dia sudah mencabar amarah Zarren. Zarren mengempal penumbuk. Dadanya yang berombak ganas tadi cuba ditenangkan.
"Cukup Noah... Tolong terima hakikat yang Iris dah takde. Kenapa susah sangat untuk kau terima semua ni? Kau tahu tak semua ni Tuhan dah aturkan? Dia dah aturkan takdir kau macam ni, kau kena terima Noah. Kau kena redha. Aku tahu sakit tu macam mana bila kehilangan orang yang kita sayang, aku pernah hilang anak dan isteri aku juga. Jadi aku tahu rasa sakit tu macam mana. At least, kau masih ada anak-anak. Aku ni dah takde siapa-siapa... Anak dengan isteri aku pergi serentak, Noah. DIA dah ambil harta yang paling bermakna dalam hidup aku. Dia orang meninggal depan mata aku Noah! Hati aku ni sakit sangat bila mereka tinggalkan aku berseorangan. Tapi aku tahu, aku masih lagi ada keluarga kita. Nak taknak aku kena terima qada' dan qadar Allah. Dan kau juga harus terima itu Noah. Tolong lah... aku merayu dengan kau, sekali ni sahaja sekali ni sahaja kau tolong kuatkan diri kau demi anak-anak kau. Anak-anak kau masih perlukan papa dia orang. Anak kau yang baru sahaja lahir semalam, anak tu perlukan papa dia memandangkan mama di dah takde,"
"Kau nak ke tengok anak-anak kau membesar dekat rumah anak yatim? Kau nak ke dia orang bila besar nanti benci kan kau? Noah... Iris dah tinggalkan kau harta yang paling berharga iaitu anak-anak. Jadi kau kena jaga dia orang. Jadi penguat dia orang bila dia orang perlukan kau. Kau kena ada dengan dia orang. Kena ada sentiasa disisi mereka. Kau tak boleh salah kan Ash, Noah. Dia tak salah dan sepatutnya kau kena bersyukur ada kawan baik macam dia. Kalau bukan sebab dia, aku rasa kau takkan sembuh sampai kau mati Noah." Sambung Zarren tersedu-sedan. Perkataan 'mati' itu sengaja ditekankan. Air mata deras mengalir dari celahan tubir matanya.
Dia juga turut bersimpati atas kehilangan. Namun, apa yang dia katakan betul, Noah tidak boleh menyalahkan Ash kerana bukan salahnya tetapi dia harus bersyukur kerana memilik kawan baik seperti Ash yang sanggup menolongnya. Noah menunduk bersama esakan sewaktu Zarren berkata-kata. Air mata mengalir laju.
Dia tidak percaya, dengan secepat ini Iris pergi meninggalkan dirinya.
Pintu wad ditolak dari luar. Mereka semua mengalihkan pandangan kearah gerangan tersebut malah Noah hanya menunduk. Jururawat itu masuk bersama bayi perempuan di dalam gendongannya. Zarren meminta izin untuk mengendong bayi tersebut. Jururawat tersebut malah mengangguk kan sahaja. Usai bayi tersebut dalam gendongan Zarren, jururawat itu pun keluar semula. Zarren mendekati Noah dan bercangkung dihadapannya.
"Noah... Ni anak kau... Anak perempuan kau dengan Iris. Tengku Irelyn Zarien, nama anak kau orang. Ambil la dukung dia. Kesian dia, tadi jururawat tu kata dia merengek cari ayah dia, hm." Pujuk Zarren. Noah mengangkat wajah. Wajah bayi gebu yang digendong abang kembarnya dipandang. Kemudian, matanya naik memandang Zarren.
"A...anak a...aku?" Bergetar-getar ayat itu meniti dibibirnya. Zarren mengangguk dan mengiyakan bersama senyuman. Mata Noah jatuh memandang anak perempuannya kembali.
Air mata diseka dan hingus dilap. Dia mengambil anak perempuannya dari dukungan Zarren. Bibirnya jatuh mengucup dahi licin si anak. Lama. Air mata juga sejak tadi mengalir dan tidak berhenti.
Setelah mengucup dahi si anak, dia mengelus lembut pipi gebu sang anak. Anaknya terlalu comel. Comel seperti arwah Iris.
Like mother, like daughter.
"T...Tengku Irelyn Z...zarien. P...papa janji hisk d...dengan awak eh, papa akan selalu ada dengan awak, ya sayang." Bergetar-getar nada suara Noah. Wajah gebu anak perempuannya dikucup bertalu-talu. Anak matanya bertembung dengan anak mata bewarna violet Irelyn.
Kini, ada tiga orang yang mempunyai anak mata bewarna violet iaitu, Tuan Darren, Naira, dan juga Irelyn.
"Irel, anak kesayangan papa. Papa janji dengan awak, papa akan jaga awak sebaik yang mungkin ya? Papa janji akan tunaikan segala permintaan Irel. Papa sayang Irel macam mana papa sayangkan mama. Butterfly nak tengok mama buat kali terakhir tak, hm kesayangan papa?" Noah bangkit dari kedudukannya. Dia memusingkan tubuh lalu wajah Iris dipandang sebelum dikucup buat kali terakhir. Senyuman meniti dibibirnya.
Tubuh kecil Irelyn diletak disebelah Iris. Lalu tangan Noah naik mengusap wajah isterinya. Sekilas itu, dia melabuhkan kucupan hangat pada dahi sang isteri buat kali yang terakhir. Air mata jatuh mengenai wajah isterinya.
Kucupan itu sangat lama. Lama sehinggakan tindakannya terhenti dek kerana tangisan Irelyn pecah disaat itu. Seakan tahu sahaja bahawa ibunya sudah pun meninggalkannya.
Noah kembali mengangkat Irelyn. Masuk sahaja kedalam dukungan si ayah, serta merta tangisannya reda. Beberapa minit selepas itu, Zarren menghampiri Noah dan diambil Irelyn dari dukungan Noah. Zayden menyeka air mata. Dia memusingkan tubuh menghadap Naira dan tubuh sugar mummynya dipeluk. Dilepaskan segala tangisannya. Naira lantas mendakap Zayden bagi menenangkan tangisan si kecil.
Noah mengelus lembut pipi sang isteri.
"Sayang, maafkan hubby sebab tak dapat jadi yang terbaik. Maafkan hubby selama sayang hidup dengan hubby sayang terseksa. Hubby bukan yang terbaik. Hubby gagal jadi seorang suami dan ayah yang terbaik. Betul apa yang Zarren katakan, hubby kena redha. Sekarang ni... Hubby izinkan sayang berehat. Pergi la dengan tenang. Derita yang sayang lalui dah tamat. Tiada lagi, susuk wanita yang menderita kerana tiada lagi, derita milik dia. Pergi la sayang, hubby redha. Hingga kita jumpa lagi disana, ya? Terima kasih sebab tinggalkan hubby harta yang paling berharga iaitu anak-anak. Selamat tinggal, bidadari Tengku Noah Zariel." Ucap Noah buat kali terakhir dan bibir jatuh mengucup dahi licin si isteri buat kali terakhir.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...