"Bear?" panggil Hayder. Cermin keretanya diteketuk-ketuk. Kemudian dia masuk ke dalam perut kereta.
"Astaghfiruallahalazim, Allahuakhbar terkejut saya awak tahu tak?" Dadanya diusap lembut.
"Lain kali nak masuk tu ketuk dulu dan boleh tak awak stop panggil saya dengan panggilan tu?" Marah Daiyan.
"Suka hati I la nak panggil bakal isteri I ni apa. Dan kenapa you nak suruh I ketuk ni? Ni kereta bukan rumah cik Dayana. Kenapa tak kunci pintu ni? Karang kalau ada apa apa terjadi siapa nak tanggung?" Daiyan mencebik perlahan. Mula dah si Hayder ni mahu membebel mengalahkan mak-mak.
"Suka hati saya la yang awak ni dah kenapa? Nak bebel dekat saya? Awak ingat awak mak saya ke?" Daiyan bengang.
"You ni nakal kan. Memang nak kena cium la you ni. Sini kau." Hayder mendekati wajahnya dengan wajah si Daiyan.
"Okay okay saya minta maaf." Daiyan lantas menjuhkan mukanya. Takut mak bila matanya tertangkap dengan mata helang Hayder. Hayder tersenyum dalam diam lalu menjauhkan wajahnya kembali.
Dia mula menghidupkan enjen keretanya dan memulakan perjalanan.
"You nak tahu tak I jumpa siapa tadi?"
"Siapa?"
"Noah dengan Laura termasuk anak-anak dia orang sekali."
"Iris?"
"Takde."
"Ouh then? Awak ada cakap apa apa ke tadi?"
"I just cakap pasal you dengan I nak kahwin. That's all." Daiyan mengangguk erti.
"Esok I nak bawa you jumpa mama lagi sekali. Nak bincang pasal tarikh majlis tu." Lagi sekali kepala dianggukan. Kemudian keadaan kembali sunyi sepi dan hanya menemankan bunyi angin diluar.
Hari sudah berganti malam. Wajah Iris berkerut seribu dan wajahnya juga berpeluh.
"Kenapa Iris buat Aryan macam ni? Kau tipu aku Iris? Kau tak sepatutnya menerima lelaki dayus ni kembali!" Marah lelaki itu dengan nada meninggi.
"Aryan saya tak faham maksud awak."
"CUKUP! Cukup berpura-pura nampak gembira sedangkan hati awak hancur berkecai, Iris. Ikut saya Iris. Saya boleh bahagiakan awak. Ikut saya, tinggalkan dia." kata Aryan lagi.
"Tak! Aku takkan tinggalkan dia. Aku sayangkan dia! Pergi!"
"Pergi!"
"Pergilah!"
"Sayang? Sayang eh kenapa ni? Sayang bangun. Sayang." Noah menolak lembut lengan Iris apabila gadis itu bertindak aggressive
"Sayang bangun!"
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...