Langit malam yang dihiasi bersama bintang-bintang kecil itu dilihat bersama senyuman hambar. Angin malam diambil. Alangkah indahnya jika anak-anaknya ada disini. Kelima-lima anaknya sudah pun tiada. Dua orang sudah meninggal. Dan anak-anaknya yang perempuan hilang sebaik sahaja dilahirkan. Satu persatu hilang tanpa jejak. Harapannya sekarang hanyalah Iris Natasha. Anak gadis yang diambil menjadi anak angkat.
Hanya Iris yang boleh dia melepaskan rindu terhadap anak-anaknya. Rindu yang tidak terungkap. Sakit. Hatinya bagai ditikam dengan sebilah pisau.
"Zariel, mama rindu Zariel dengan Zarren. Mama rindu korang. Mama tak tahu nak buat apa lagi. Mama takut. Kenapa Riel dengan Arren tinggalkan mama? Korang dah takde. Dan harapan mama ada dengan adik-adik korang. Tapi... Tapi adik-adik korang pun dah takde. Mama tak tahu kalau dia orang masih hidup atau tidak. Mama tak kuat. Mama nak korang semua. Mama sayangkan korang. Semua anak-anak mama, mama sayang." Tutur Puan Ayra dalam keadaan sebak. Air mata yang bertakung di celah tubir matanya mengalir.
Di didalam fikirannya dia mahu tahu dimana keberadaan anak-anaknya yang hilang tanpa jejak. Dia mahu tahu motif semua ini dan dia juga mahu tahu apa salahnya sehinggakan anak-anaknya yang dijadikan mangsa?
"Ya Allah... Aku mohon, susungguhnya aku perlukan bantuan dari-Mu. Tunjukkan lah keberadaan anakKu yang sudah lama hilang. Aamiin ya rabbal alamin." Sebaik sahaja ayat dihabiskan tubuhnya terus didakap dari arah belakang.
Ketahuilah dia bahawa suaminya sedang memeluknya.
"Don't Cry, sweetie. It hurts me so bad." Ibu jari Tuan Darren naik menyeka air mata isterinya.
Dia jiga turut sebak. Bukan dia tidak dengar tadi apa yang dikatakan isterinya. Dia juga sakit mendengar suara yang begitu sebak itu namun apa kah daya? Dia harus kuat dan tetap berada di sisi isterinya.
Walaupun susah untuk menerima semua ini namun hidup perlu diteruskan. Dia perlu berjuang untuk mendapatkan kembali kebahagiaan untuk sang isteri. Puan Ayra menusingkan tubuhnya. Wajahnya disembamkan ke bidang dada Tuan Darren. Tubuh tegap itu memeluk tubuh kecil tersebut.
"I can't. I can't abang. Ayra dah tak tahu nak buat apa lagi. Ayra rindu dia orang. Ayra tak faham abang, apa salah Ayra sampai ada orang buat macam ni? Kenapa anak kita juga? Ayra tak faham why dia orang sanggup culik anak kita. We already lost our twins in the car accident. And now? Bila kita dikurniakan anak lagi... Anak kita hilang lepas lahir. Dan selepas itu Ayra mengandung lagi and still benda yang sama berulang. Dan bila Ayra mengandung anak terakhir kita, still... Benda yang sama terjadi. And i'm done with this. I can't do this anymore. I'm tired." Ujarnya panjang lebar menerangkan satu persatu. Nadanya seakan tersekat ketika itu. Dia menghemburkan segala tangisannya di dalam pelukan seorang suami.
Belakang tubuh Puan Ayra diusap perlahan.
"I know dear... Abang tahu. Abang pun dah penat. Abang dah tak tahu nak buat apa. Nak taknak kita harus redha dengan ketentuan-Nya. Look dear, we have Nat. Nat dah jadi sebahagian dari keluarga kita. Even kita dah takde anak-anak kita, tapi kita masih ada Nat dan abang tak anggap dia sebagai anak angkat. Tapi abang anggap dia sebagai anak kandung sendiri. Anak perempuan abang. She's our little princess." Tepi rambut Puan Ayra diselitkan kebelakang telinga. Dagu Puan Ayra diangkat dengan jari telunjuknya.
Mata mereka saling bertemu.
"Abang tahu susah untuk terima. Tapi ini adalah kenyataan yang kita kena redha. Selama-lamanya abang akan tetap setia untuk sayang seorang. Dan tiada sesiapa boleh sakitkan sayang atau Nat. Itu janji abang pada sayang. Abang akan jaga sayang dengan Nat. InsyaAllah suatu hari nanti Tuhan akan berikan kita petunjuk. Sekarang jom tidur dah malam. Tak baik lama-lama dekat luar ni. Karang ada yang kena sampuk hantu. Macam sayang dah jadi hantu. Eh bukan sayang jadi panda sebab sayang tidur lewat tu yang mata hitam. Orang kata mata panda hm." Sengihan nakal ditunjuk sehingga menampakkan gigi putihnya itu.
PAP!
"Auch, Sakit dear." Adu Tuan Darren. Puan Ayra memandang tajam kearahnya. Gedik!
"It's not funny Mikael! Orang tengah sedih awak boleh pulak buat lawak? Nak kena lagi? Nak, saya buat lagi kuat!" Marah Puan Ayra sehingga wajahnya yang tadi sedih berubah menjadi wajah yang dingin. Dia memusingkan tubuhnya kembali.
"Okay okay sorry. Abang cuma nak gembira kan dear je. Dah lama abang nampak sayang macam tak gembira je lepas Nat kahwin. Are you okay?" Tangan naik melingkar di pinggang sang isteri.
"I'm fine. But, sejak Nat kahwin... Ayra rasa boring. Ya la Nat tu selalu ada dengan kita. Setiap malam saling bertukar cerita. Tapi sekarang dia dah kahwin and dah ada anak. I'm so happy for her. Tapi kan, Ayra pelik lah abang. Suami dia tu..."
"Pelik? Why? Kenapa dengan suami dia?"
"Abang tak rasa pelik ke? Ros ada kata dekat Ayra yang dia tak boleh mengandung sebab suami dia kan..."
"Dear, listen to me. Semua tu Tuhan dah tentukan. Mungkin itu rezeki dia. Yup mungkin dulu dia tak boleh mengandung. Tapi mana lah kita tahu kalau dia ada buat IVF ke? Lagipun anak tu kan rezeki Tuhan. Abang ada je dengar berita-berita yang ada tu orang dulu tak boleh mengandung tapi akhirnya dia dapat juga zuriat. Lambat atau cepat je. Itu semua kuasa Tuhan. Kita tak boleh nafikan." Terang Tuan Darren. Dia menarik semula tubuh si isteri menghadapnya.
"Ya Ayra tahu... Tapi abang, setiap kali Ayra mengandung je mesti Ros pun mengandung juga. Tengok, anak lelaki dia nama Noah Zariel. Why dia nama kan anak dia sama dengan anak kita? Why abang?"
"Dear, dengar ni. Dalam dunia ni ada je orang yang wajah sama dan ada juga nama yang sama atau seakan-akan sama. Lagipun Ros ada bagi tahu kan kenapa dia namakan anak dia sama dengan anak kita? Sebab dia taknak tengok dear sedih. Dia sayangkan persahabatan korang. Jadi tak salah kalau dia nak namakan anak dia atas nama Zariel." Tegas Tuan Darren. Dia sudah lelah. Penat sangat mahu menghadapi semua ini. Namun dia perlu kuat untuk teruskan hidup dan bahagiakan isterinya.
Lalu, dia menarik sang isteri masuk ke dalam dakapannya.
"A...Ayra cuma rindukan Zariel dengan anak-anak kita yang lain, abang. Ayra nak dia orang ada dekat sini. Ayra sayangkan dia orang. Ayra takut. Takut sangat. Ayra rindu dia orang." Tangisan Puan Ayra membuatkan mata Tuan Darren berkaca. Dapat dia rasakan bajunya basah dek kerana air mata Puan Ayra.
"Allahuakbar... Shh don't cry, dear. Abang pasti suatu hari nanti Tuhan berikan kita petunjuk. Kita berdoa banyak-banyak ya? Dah jangan nangis abang ada. Jom masuk tidur." Kata Tuan Darren dalam keadaan sebak namun riak wajah cuba dikawal sebolehnya. Rambut panjang Puan Ayra diusap dengan lembut. Hujung sudut baju Tuan Darren digenggam.
Sesungguhnya, dia juga rindu akan mereka.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...