Bab 36

2.5K 85 6
                                    

Bunyi ketukan dari luar bilik pejabat Noah membuatkan jejaka itu mendengus kasar. Dia tidak mengangkat wajah sebaliknya menunduk. Serabut tambahan lagi kepalanya berasa denyut.

"Masuk!" Arahnya dengan dingin. Seorang wanita muda yang baru mencecah 27an itu seakan bergetar-getar ingin masuk ke dalam apabila suara dingin jejaka itu menyapa masuk ke dalam halwa telinganya.

Dia menarik nafas sebelum dihembus kembali dan lantas pintu ditolak dan kaki mengorak langkah kedalam bersama satu file.

"Tengku ni file yang Tengku minta." Noah mengangguk. File tersebut diserahkan kepadanya.

Noah membelek satu persatu halaman. Dahinya berkerut. Wajahnya juga bengis.

"Siapa yang buat ni?" Soalnya dengan dingin.

Wanita tersebut langsung menelan air liur walaupun terasa payah. Dia mengetap gigi. Takut. Nak balik mak.

"T...Tuan?"

"AKU CAKAP SIAPA YANG BUAT?!" Jerkah Noah lalu mencampak file tersebut dihadapan wanita bernama Sazreen itu sehingga terhinjut kedua-dua bahu wanita itu.

"Ji...Jia Xin tengku."

"ARGH SIAL! KAU KELUAR! KELUAR!" Wanita itu mengangguk dan mengambil semula file diatas lantai itu lalu kaki dipercepatkan keluar dari situ.

Noah menghela nafas berat. Dia bersandar di kerusi pejabatnya dan kepala dipicit. Beberapa minit kemudian, Satu message masuk ke notifikasi telefon milik Noah yang berjenama Iphone 14. Message dibuka dari nombor yang tidak dikenali. Terpapar gambar isteri pertamanya bersama rakan baiknya, Ash Raess yang sedang bermesra itu.

Lagi sekali kepala Noah berdenyut. Ditambahkan pula dadanya yang berombak panas dan tangan menimbulkan urat-urat hijau. Rahang diketap kuat. Telefonnya digenggam erat.

Dan seketika itu, Noah bangun dari kedudukan dan lantas menapak keluar dari office. Semua pekerjanya mengetap gigi. Takut apabila majikan mereka sudah marah. Mahu tidak terbalik office ni dibuatnya nanti.

Sampai di perkarangan rumah, secara tidak langsungnya dia keluar dari perut kereta dengan wajah yang bengis lalu pintu kereta dihempas kuat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai di perkarangan rumah, secara tidak langsungnya dia keluar dari perut kereta dengan wajah yang bengis lalu pintu kereta dihempas kuat. Pintu rumah ditolak kasar sehingga pembantu yang lain terkejut dek kerana hempasan itu.

"IRIS! IRIS! IRIS KAU KELUAR SEKARANG!" Nama Iris dipanggil malah Iris tidak menyahut panggilan itu.

"T...Tuan k...kenapa ni?" Tergagap-gagap Mak Jah disitu. Susuk tinggi lampai itu dipandang ingin tahu.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now