Bab 32

2.5K 100 10
                                    

"Yeay anak mama dah boleh balik." Ujar Iris sehingga membuatkan Isaac melepaskan tawanya.

"Apa gelak-gelak huh?" Budak itu makin kuat ketawa. Iris menggeleng seraya tangan memasuki barang anaknya.

Biasa dia tu.

Mata yang terpejam dicelik apabila gegendang telinganya menyapa suara kanak-kanak. Dia bangkit dalam keadaan mamai. Dia mendekati Iris lalu tubuh isterinya dipeluk dari arah belakang. Terkejut Iris apabila pinggangnya dipaut oleh seseorang

"N...Noah?"

"Hm your smell. I like it." ujarnya bersuara garau dipagi hari.

"Harini kita balik rumah kita kan? Hubby rindu sayang. Anak dalam ni perlukan papa dia juga." Perut kempis isterinya diusap. Iris pantas menggeleng.

Tidak akan sesekali dia tinggal sebumbung bersama lelaki itu dan juga madunya sendiri.

"Saya taknak! saya nak balik rumah mama dengan daddy. Saya nak duduk dengan dia orang mememandangkan Nelly dengan Daiyan ada." Bantahnya. Noah berkerut dahi. Nelly? Daiyan?

"But why? Sebab sayang takut nak hadapa hubby... atau dah jumpa jantan baru? Siapa Nelly dan siapa Daiyan?! Jantan mana yang kau jumpa?" Soalnya bertalu-talu dengan nada naik seoktaf. Jikalau nama Nelly sudah tentu lah perempuan. Tapi jikalau Daiyan mungkin orang akan ingatkan dia lelaki.

"Nelly tu Nawal dan Daiyan tu Dayana. It's a long story okay. Look, saya nak balik rumah mama dengan daddy. Saya taknak duduk dengan awak lepas awak dah halau saya dan sekarang awak nak kutip balik sampah masyarakat macam saya ni? Tak malu ke, hm Tengku Noah Zariel? Tak malu ke jilat ludah tu balik?" Nada sinis ditunjuk kepada Noah.

Rahang diketap kuat. Tangan kekarnya mula menimbulkan urat-urat hijau menandakan dia sedang menahan amarahnya.

Nafas berat dilepaskan.

"Caramel... Hubby minta maaf. Hubby taknak gaduh dengan caramel hubby ni okay? Please ikut hubby balik. Hubby rindu caramel. Kalau caramel balik, coffee akan jaga caramel dengan mini caramel atau coffee dalam ni. Tak kesian ke dekat Zayden? Dia rindu tau dengan mama dia. Jom balik." ajak Noah lembut. Baginya mungkin dapat cairkan hati isterinya malah Iris tetap bersama egonya.

"Ikut awak balik? Untuk apa? Untuk awak sakitkan saya? Macamtu ke Noah? Lepas saya ikut awak balik senang la peluang awak nak dera saya balik, betul tak?" Marah Iris.

"Tak sayang hubby betul-betul minta maaf. Tolong bagi hubby peluang kedua. Please…" Mata dikelip-kelipkan.

Geli!

Jijik!

Buruk!

"Ish awak ni! Ya lah saya bagi awak peluang kedua! Tapi ingat, kalau awak gagal menjadi seorang suami ataupun gagal menjadi seorang ayah... Saya tak teragak-agak untuk tuntut fasakh dan saya akan masuk kan awak dalam penjara!" Ton nada suara Iris meninggi disaat akhir.

Noah tersenyum menang. Akhirnya dia dapat kembali hak dia semula.

"Okay caramel, hubby janji tak akan sakitkan sayang lagi dan hubby janji tak akan sakitkan Ian, Isaac dengan Zayden. Okay?"

"Jom kita balik." sambungnya.

Iris mengerling Noah. Side eyes diberi. Dia menghampiri Isaac lalu tubuh kecil itu didukung. Setelah mereka masuk ke dalam perut kereta Noah memulakan perjalanan ke rumah Tuan Darren.

Setelah beberapa minit Noah menunggu Iris di dalam kereta akhirnya Iris keluar bersama Ian dan sebaik sahaja masuk ke dalam perut kereta lantas Noah memecut laju meninggalkan perkarangan rumah Tuan Darren. Tidak mahu dia lama-lama dirumah lelaki itu, jijik!

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now