Seminggu sudah berlalu, Iris juga tidak ubah seperti hamba abdi kepada mereka dan seminggu juga la Noah duduk berdiam memikirkan tentang kenyataan yang dilakukan oleh kembarnya. Walhal, sekarang Iris terpaksa mengemas seluruh isi rumah tersebut memandangkan Noah memecat pembantu rumah mereka.
Laura berjalan mendekati suaminya. Lengan Noah dipaut. Kepala dilentokkan di bahu kiri Noah. Digesel-gesel hidungnya pada bahu si suami.
"Hubby... harini hubby tidur dengan Laura kan...?" Meleret ton nada suaranya. Mata dikedip-kedipkan.
"Ye sayang... Lagipun hubby bosan la nak kena jaga dia. Biar la dia uruskan diri dia sendiri. Dah mengandung jadi pandai-pandai la dia jaga diri dia sendiri tu." Laura mengangguk tanda faham. Terlakar senyuman sinis dibibir mungilnya. Rasa gembira membuak-buak didalam dirinya. Kalau dah menang semestinya akan kekal menang.
"Awak memang tak ikhlas ke nak jaga saya sebenarnya?" Soal Iris secara tiba-tiba dimuka pintu apabila terdengar kata-kata yang meniti dibibir suaminya. Memandangkan dia hendak ke bilik dan harus melalui depan bilik Laura untuk menuju ke biliknya
"I...iris abang... Abang sebe..."
"Apa?!" Jerkah Iris sehinga bahu Laura terhinjut. Lengan Noah dipaut kemas. Noah meraup kasar rambutnya kebelakang. Dah la serabut di tempat kerja sekarang bila balik pula makin serabut jadinya. Baik takpayah balik langsung. Dah la panas ada aircond pun tak guna.
"Fine! Yes memang aku tak ikhlas pun nak jaga kau. Look dah seminggu aku serabut tentang keluarga angkat kau tu. Pergi office pun aku serabut. Bila balik tak boleh ke kalau satu hari kau jangan jadi bangang sangat? Aku bosan la nak jaga kau. Kau tu mengandung jadi apa sahaja yang kau nak kau buat sendiri. Aku taknak ada kaitan dengan budak tu langsung. Kau cakap dekat anak dalam kandungan kau tu yang bapak dia dah lama mati. Sekarang ni aku malas nak cakap lebih. Aku tak kesah kau sakit ke tak sekarang ni pergi siapkan makan untuk aku makan. Pergi! Pergi!" Kata-kata dari suaminya membuatkan sekeping hati gadis itu retak seribu. Mulutnya tidak berkata namun dari matanya sudah boleh menampakkan bahawa retaknya hati seorang isteri seperti dia.
Air mata ditahan sedaya upaya. Cuba menguatkan diri sendiri dengan berkata benda positif didalam dirinya.
'Kau kuat Iris. Kau kuat. Ya Allah bantu la hamba-Mu ini ya Allah.' Berkata didalam hati bagi menyedapkan hatinya.
"Abang tak baik la buat kak Ris macamtu kesian Laura tengok dia" Ada-ada saje rancangan dia mahu menambahkan rasa. Saje mahu melihat kesengsaraan madunya.
"Sekarang ni Laura nak backup dia ke apa? Baik Laura pergi tengok anak-anak kita lah." Bengang Noah apabila isteri keduanya membela isteri pertamanya.
"M...mana ada. Laura cuba kesian tengok dia tu saje."
"Lepasni tak payah nak kesian dengan orang gila macam dia." Laura mengangguk seraya tersenyum jahat apabila Noah berlalu keluar dari bilik tersebut.
"Eh, perempuan sini kau."
"Apa?"
"Kau ni memang tak tahu malukan? Look aku tak kesah kau lagi tua dari aku. Buat apa aku nak hormat kau kalau suami kau sendiri aku dah rampas? Gila." Tergelak sinis Laura apabila melihat raup wajah basah Iris.
"Kau nak apa dengan aku sebenarnya?" Lembut sahaja percakapan Iris. Dia sudah malas nak gaduh bersama wanita dihadapannya ini. Iya wanita dihadapannya ini sudah pun menang dan dia sudah pun kalah.
Dia menyerah.
"Aku nak kau keluar dari rumah ni dan jangan kembali ke rumah ni. Oh, satu lagi aku taknak tengok muka hodoh anak-anak kau!"
PANG!
Tangan kanan Iris hinggap di pipi Laura membuatkan wanita itu berdecit sakit. Pandangan tajam diberi kepada Laura dan sekaligus memberi amaran supaya tidak kaitkan anak-anaknya dalam hal tersebut.
"Kau jangan sesekali kaitkan anak-anak aku! Jangan sampai aku bocorkan rahsia kau Laura Amelia!"
"Apa hebatnya eh kau perempuan? Anak-anak kau pun kau tak pandai jaga ni kan pulak anak-anak aku. Pergi mampus la dengan kau Laura!" Tubuh Laura ditolak kasar sehingga wanita itu tidak dapat seimbangkan tubuhnya lalu terjatuh.
"Auch."
"Sakit? Padan muka kau! Itu baru sikit... Cuba kau ada dekat tempat aku...Kena tampar, Kena terajang, kena pukul oleh suami sendiri pulak tu...Kau tahu tak rasa sakit dia macam mana? Sakit. Amat-amat sakit. It's okay kau jangan risau la ya... Lepasni aku janji dengan kau aku sendiri yang akan keluar dari rumah ni dan takkan kembali buat selama-selamanya. Kau pun takayah nak hadap muka hodoh aku ni." Ujar Iris panjang lebar. Air mata menitis ke pipi. Dia sudah penat dengan semua ini. Dia lelah. Dia mahu berehat.
'Allah, Haruskah aku bertahan? Aku dah cukup menderita. Mungkin ini adalah kali terakhir aku menderita...' Bisik dalam hatinya sendiri.
"Assalamualaikum kesayangan Raess..."
"Waalaikumsalam kesayangan Zayra..." Senyuman manis deberi kepada Ash. Amboi belum kahwin lagi dah bersayang-sayang la bagai.
"Sibuk ke tu?"
"Haah sibuk sikit. I pening la dengan doktor Hakim yang perangai dia macam... Nak mencarut tapi nanti karang berdosa. Hah ni biy you tahu tak tadi i terserempak dengan Doktor Hannah..."
"Doktor Hannah? Doktor psikiatri tu ke?" Soal Ash mendapat anggukan dari Nellydra.
"You ada sembang apa-apa ke dengan dia? Mana la tahu you ada sembang dengan dia dah alang-alang terserempak dengan dia."
"Ada." Ash mengangkat kening sebelah.
"Eh, Doktor Nawal?" Nellydra berpaling pada suara yang memanggilnya.
"Ya Allah, Doktor Hannah ke... saya ingat siapa la tadi yang panggil nama saya. Eh, Doktor apa khabar?" Doktor Hannah mengangguk.
"Alhamdulillah sihat. Awak macam mana? Dah kahwin belum?"
"Saya macam ni la doktor. Alhamdulillah sihat. Lagipun saya masih single." Doktor Hannah meng'oh'kan saja.
"Ah ni saya nak tanya. Awak kan kawan dengan Iris kan, jadi macam mana dengan kawan awak tu? Masih macam tu ke apa?"
"A...apa maksud doktor ya? Saya tak faham. Masih macamtu? Apa yang doktor suba sampai kan ni ya?"
"Iris takde bagitahu awak ke yang dia ada datang jumpa saya 4 hari yang lepas? Dan saya dapati ada kesan torehan pada lengan dia dan juga peha dia." Nellydra terpaku seketika dan soalan dari Doktor Hannah dibiarkan begitu.
Apa yang Iris sorokan dari dia? Apa yang dia tidak tahu?
Apa yang membuatkan Iris tertekan sehingga perlu mencederakan diri? Pelbagai soalan didalam kepalanya ingin dituju kan kepada doktor tersebut. Namun dia tahu doktor tersebut mungkin tidak akan memberitahunya."Apa yang Iris sorok dari kita?" Kedua-dua bahunya diangkat bersama gelengan.
"Tak tahu."
Ash menghela nafas berat lalu menundukkan kepalanya, seketika teringat nama akan seseorang yang selalu meniti dibibir Iris.
"Aryan."
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...