Bab 31

1.3K 43 0
                                    

Malam menjelma, sebaik sahaja mereka makan malam bersama Puan Ayra mahu berjumpa dengan semua di ruang tamu. Iris melabuhkan punggungnya diatas sofa ditengah-tengah Dayana dan Nawal.

Puan Ayra dan Tuan Darren memandang ketiga-tiga anak mereka itu. Sebelum berbicara, Puan Ayra mengambil nafas dahulu.

"Well, after so long and now you two are back. I really-really miss you guys so much. Mama bersyukur sangat Tuhan makbulkan doa mama supaya dipertemukan dengan kesemua anak-anak mama. Walaupun hanya dua orang. Katakan lah, anak-anak mama kesemuanya sudah tiada lagi mama harap Tuhan tetap berikan mama petunjuk. Mama dah hilang harapan setelah kau orang hilang. Sebaik sahaja kau orang hilang mama masih terfikir ada sama kau orang masih hidup atau... Dah takde. Mama..." Tergantung ayat Puan Ayra dengan mata yang berkaca.

Nafas diambil lalu dilepaskan.

"Mama tak mampu hidup tanpa kau orang. Kedua-dua abang kau orang dah takde. Mereka dah lama meninggal akibat kemalangan. Dan kau orang pulak hilang sebaik sahaja mama lahirkan kau orang. Kemudian, mama mengandung lagi dan siapa sangka adik kau orang pun hilang. Sama seperti kau orang. Hilang selepas lahir. Satu persatu hilang tanpa dijejak." Bicara Puan Ayra dengan lembut tanpa mereka sedari dia menahan esakan didada.

"Jadi, mama nak kata yang kita orang ni ada adik lagi? Dan abang?" Soal Dayana ingin tahu.

Puan Ayra mengangguk perlahan. Dia memejamkan matanya. Tuan Darren memandang isterinya disebelahnya. Dia memegang bahu isterinya dan ditarik masuk kedalam pelukannya.

Kemudian pandangan Tuan Darren beralih pada mereka bertiga.

"Ya, kau orang ada abang dan adik. Kau orang mempunyai dua abang kembar. Tapi mereka dah lama pergi selepas kemalangan yang berlaku. Jadi daddy dan mama hanya ada kau orang berdua dan adik perempuan kau orang. Tapi daddy tak tahu dia dekat mana. Ada sama dia masih hidup ataupun... Dah takde." Tutur Tuan Darren pula dengan pandangan sebak.

"Faham. Umm Nelly pasti satu hari nanti Tuhan akan berikan petunjuk. Nelly juga pasti yang adik Nelly masih hidup. Mungkin ada je berdekatan dengan kita tapi kita tak tahu. Macam kita orang. Dekat tapi tak tahu." Kata Nellydra supaya dapat menenangkan situasi. Dia menunduk sambil bermain jari jemarinya.

"So, let's change the topic. Tak payah la fikir pasal ini lagi. Benda pun dah terjadi. By the way you should rest ma. Don't think about this okay? Pergi la berehat dulu nanti-nanti je bincang pasal ni. Daiyan nak balik nak rehatkan badan." Dayana mencelah. Bersuara di celah gigi.

"Ye wei aku pun nak balik. Badan aku dah sakit. Jom balik. Dah pukul 1 pagi do. Ris kau terus ikut kita orang balik atau kau terus gi hospital."

"Hospital?"

"Oh mama dengan daddy tak tahu eh? Ris kau tak bagitahu ke?" Iris menggeleng perlahan bagi menandakan jawapan.

"Bagitahu apa? Nat?" Mereka berpaling ke arah Iris.

"Isaac masuk hospital. Demam panas." Kata Iris bersama senyuman hambar.

"Allahuakbar. Dia okay tak sekarang ni? Siapa yang jaga dia dekat hospital tu?" Soal Puan Ayra dengan perasaan cemas.

Takut menyelebungi dirinya. Dia takut jika kehilangan cucunya pula.

"Alhamdulillah Isaac okay. Sekarang Noah tolong jagakan dia kejap. Um, Yana... sorry maksud aku Daiyan. Kau boleh tolong ambilkan Ian tak sekarang ni? Aku kena terus ke hospital ni." Tutur Iris.

"Sure, boleh je."

"You guys tidur sini kan?" Daiyan dan Nellydra mengangguk bersama senyuman membalas soalan Puan Ayra.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now