Bab 10

3.3K 126 2
                                    

Petang sudah menjelma, Iris yang sedang menolong Mak Jah seketika itu dia teringat akan kejadian pagi tadi. Tangan kirinya yang dibalut itu ditatap dengan wajah kosong.

"Akak." Panggil Laura selamba. Iris tersentak lalu tubuhnya dipusingkan menghadap Laura.

"Ehh, Laura, Laura buat apa dekat sini. Laura kan tengah mengandung, pergi la berehat." Kata Iris lembut. Tanganya yang berbalut itu disorokkan dibelakang badannya.

"Ala.. bosan la duduk dekat bilik. Kalau duduk dekat bawah. Maybe boleh tolong apa-apa yang patut. Kenapa akak sorokkan tangan tu? Tengok." Laura mendekati Iris namun Iris melangkah setapak kebelakang.

"Ish takde apalah. Jari akak ni huh terhiris pisau tadi. Tu je. Takde apa pun yang serius. Ni Laura pergi la berehat. Kesian akak tengok Laura. Laura tu kan tengah pregnant. Karang kalau apa-apa terjadi siapa yang susah. Akak juga. Dah la pergi je rehat, okay?" Ujar Iris lembut bersama senyuman.

"Ala tapi ak.."

"Laura Amelia!" Iris sengaja menegaskan suaranya supaya perempuan itu mengikuti kata-katanyam

"Ye la.." Laura mencebik lalu beredar dari situ.

"Mak Jah, Iris naik atas dulu. Nak rehat kejap. Badan dah sakit." Mak Jah hanya mengangguk. Dia juga tidak memaksa Iris untuk menolongnya tadi kerana semua itu adalah tugasnya sebagai pembantu rumah. Namun, Iris yang mahu menolong. Katanya, dia saja mahu membuat aktiviti walaupun dalam keadaan tidak sihat.

Dengan apa yang terjadi kepadanya pagi tadi dia seharusnya berehat namun lain pula yang jadi.

Laura melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk itu lalu membuka televisyen. Tengah leka dia melihat televisyen tanpa sedar ada seseorang dibelakangnya.

"Assalamualaikum."

"Argh! Hubby.. Terkejut Laura. Bila balik?" Soal Laura. Dia mengusap lembut dadanya itu.

Nasib tak terkeluar anaknya tadi.

"Sorry, hubby takde niat nak terkejutkan isteri hubby ni. Hubby baru je balik. Leka sangat sayang hubby ni tengok tv sampai tak tahu hubby balik. Sayang abang tengok apa, hmm?" Lembut sahaja ayat yang dututurkan oleh Noah. Wajah merah padam isterinya ditatap. Ketahui lah bahawa isterinya ini baru sahaja menangis.

"Sayang, hey what's wrong? Tell me, please?"

Diam. Tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulut isterinya. Hanya bunyi esakan sahaja.

"Ehh, kenapa ni? Cuba bagitahu hubby kenapa?" Semakin cemas Noah apabila melihat Laura sebegitu.l

"Kak Iris.." Akhirnya, Laura menjawab persoalan dari suaminya dengan nada sebak.

"Iris? Kenapa dengan dia? Dia buat apa dekat sayang?" Noah mengangkat sebelah keningnya bagi menujukan soalan.

"Kak Iris.. marah Laura. Hisk hisk." Tersedu-sedan Laura disitu 

"Shhh.. Jangan nangis hubby ada. Nanti hubby marah dia balik okay?" Laura mengangguk menandakan setuju.

Dada Noah berombak kasar. Hatinya sudah mula bengang terhadap kelakuan isteri pertamanya.

"Dah jom naik atas baring. Sayang tu mengandung. Dengar cakap hubby ye?" Laura menganggukkan sahaja. Mereka menapak ke tingkat 2.

Sampai sahaja dibilik Laura. Tubuh yang dicempung oleh Noah diletakkan diatas katil bersaiz queen itu.

"Sayang. Hubby nak pergi mandi kejap. Sayang rehat dulu, nanti hubby datang."

"Okay abang" balas Laura membelakangi Noah.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now