Bab 61

3.7K 91 3
                                    

"Selama aku jadi suami dia, dia banyak ajar aku tentang agama. Aku tahu dia trauma. Banyak ujian yang dia lalui. Aku berjanji dengan diri aku untuk jaga dia dan sayangkan dia serta anak mereka. Tapi ye la, nak buat macam mana jodoh kami tak panjang," cerita Hayder dengan mata yang sudah berair. Kenangan dia bersama arwah Iris diimbas kembali.

"Aku minta maaf." Tiga patah perkataan itu diungkap secara tiba.

"Untuk?"

"Rampas Iris dari kau. Sumpah masa itu aku tak tahu dia isteri kau. Aku cuma tahu dia isteri orang sebab dia kata dia dah kahwin... Kau tahu tak bila kali pertama pertemuan kami dekat sebuah cafe buat jantung aku lagi hampir tak berdetak. Kecantikan dia, aura dia tu lain macam. Dari situ aku dengan dia jadi rapat like a friend. Dia cerita semuanya pada aku memandangkan kita orang dah jadi kawan. Tapi apa aku kisah kalau dia pernah mengandungkan anak luar nikah sekalipun asalkan dia jadi milik aku. Aku pernah pasang niat nak hancurkan rumah tangga dia hanya untuk dapatkan dia. Aku tak kisah suami dia nak kata apa sampai la satu hari tu, aku dapat tahu yang suami dia adalah kau, sepupu aku sendiri. Iris baik hati dia macam yang kau cakap mulia. Dia pernah bagitahu aku dia dirogol sampai mengandung tapi sikit pun dia tak pernah cerita lelaki dalam cerita dia adalah kawan kau,"

"Sebab tu, aku ingat kau kahwin dengan dia hanya untuk jadi pak sanggup pada anak yang dia kandungkan. Tapi memang betul pun kan? Aku tak pernah syak langsung lelaki yang rogol dia tu adalah Lucas. Sumpah aku tak tahu. Dan bila masa kau kahwin dengan Iris pun aku tak tahu. Demi Iris aku terpaksa guna cara paksa. Aku terpaksa ugut dia untuk hidup dengannya. Aku tahu kau gangster minta hutang rumah ke rumah pastu banduan pulak tu. Pernah masuk penjara sebab pukul orang. Aku terpaksa guna cara paksaan, Hay. Aku beri dua pilihan pada dia, ada sama kekal bersama dengan kau tapi pada waktu yang sama kau akan masuk penjara atau... Berpisah dengan kau dan kahwin dengan aku untuk selamatkan kau dari ditangkap polis..."

"And guess what, dia lebih rela minta kau lepaskan dia sebab dia sayang kau sangat-sangat. Dekat beberap bulan juga lepas kau orang bercerai aku kahwin dengan dia dan cuba ambil hati dia. Waktu nak minta restu bapak dia tu pun aku terpaksa tipu mereka. Aku cakap yang kau sanggup curang belakang Iris, dan Iris pun terpaksa kata ya. Sebab dia takut aku buat laporan polis tentang kau. Betapa sayangnya dia pada kau. Aku ni yang kejam. Rampas isteri sepupu sendiri, menipu bagai nak rak hanya untuk memilikinya. Setelah beberapa bulan, baru aku dapat memiliki hatinya. Aku pegang janji aku untuk bahagiakan dia sehingga lah kami dikurniakan dua orang anak dan sekarang syukur dah ada tiga orang. Tapi tak bermakna aku tak rasa bersalah. Aku rasa bersalah sangat sebab dah pisahkan kau dengan anak kandung kau. Aku minta maaf Hayder. Aku kejam. Maafkan aku. Aku betul-betul minta maaf. Andai kata Iris mahukan penceraian, aku sendiri akan lepaskan dia demi kau. Dan mungkin itu akan buat dia gembira sebab dapat kembali pada kau." Noah menceritakan segalanya pada Hayder seperti mana Hayder menceritakan kehidupannya bersama Iris, namun Hayder menggeleng tanda tidak setuju dengan ayat terakhir Noah.

Memang betul dia rasa terkilan dengan Noah, tapi itu dahulu sehingga dia membawa diri ke Luar Negara. Sekarang dia sudah boleh menerima hakikat. Dia tidak salahkan Noah sepenuhnya kerana dia juga pun ada salahnya. Semua orang lakukan kesilapan. Dan semua orang mohon peluang untuk berubah.

"Jangan Noah. Tolong jangan pernah lepaskan dia kerana dia adalah cinta terakhir kau. Dia bidadari kau Noah. Kalau la dia terdengar ini mesti dia akan terluka bila tengok kau sedih dan kata macam ni. Kisah dulu jangan diungkit lagi, yang lepas biarkan lepas. Yang hidup kena teruskan hidup. Aku dah lama maafkan kau Noah. Segala silap kau dengan aku, aku dah ampun kan. Kau ada anak-anak, kau kena jaga mereka baik-baik. Sebab anak tu la harta dunia akhirat kita. Dah la takmo sedih-sedih abe Riel." Usikan Hayder akhirnya membuatkan Noah tergelak kecil dengan wajah yang membasah serta senyuman nipis meniti di bibirnya.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now