Kedua-dua tangan Iris naik mengetuk kepalanya sendiri. Kepalanya berasa denyut. Dan suara itu kembali lagi. Sakit. Dia sakit. Dia gila. Air mata keluar dari celahan tubir matanya.
"DIAM!"
"DIAM!"
"DIAM!" Jerit Iris. Dia memejamkan kedua-dua matanya. Mulutnya masih lagi menuturkan ayat 'diam'.
"Bunuh dia, Iris." Suara garau itu menyapa gegendang telinga Iris. Bunyinya seperti menghasut Iris untuk membuat sedemikian.
"DIAM LA!" semakin tidak keruan Iris apabila suara itu masih lagi kuat dipendengarannya.
"Dia jahat Iris. Jahat. Bunuh dia Iris." Hasutnya lagi. Iris yang semakin sudah tidak tentu hala itu pantas mencapai pisau lipat yang berada disebelah katilnya.
"Iris.."
"DIAM LA!" Tangan kirinya ditoreh sehingga mengeluarkan cecair darah yang pekat.
Bagi Iris pada ketika itu, suara itu lebih menyakitkan dari menoreh tangannya sendiri.
Noah yang baru sahaja pulang itu terus menapak ketingkat atas setelah mendengar jeritan Iris. Pintu dikuak. Alangkah terkejutnya Noah apabila melihat Iris yang sedang duduk menoreh tangannya sendiri. Pantas dia berlai mendapatkan Iris. Pisau ditangan Iris ditepis kasar.
"IRIS!" Iris terkejut secara tiba. Dia memandang tepat kedalam anak mata suaminya.
"Iris.. Apa ni? Kenapa buat macam ni, sayang?" Soalnya lembut. Bahu isterinya dicengkam perlahan lalu digoncang-goncang tubuh tersebut.
"Hubby...." Panggil Iris perlahan tapi cukup didengari Noah.
"Ye sayang.. Hubby ada dekat sini. Jangan buat macam ni. Hubby tak mampu kehilangan little caramel hubby ni." Balas Noah lembut. Dia mengusap rambut isterinya lalu didakap tubuh kecil tersebut.
"Hubby..." Nangis Iris lagi. Tubuh Noah dipeluk kemas.
"Shhh.. Hubby ada ni, sayang. Jangan la menangis. Kenapa ni? Bagitahu hubby, please?" Noah cuba mencari anak mata isterinya malah Iria menunduk.
"Dia... Dia kembali.."
"Siapa? Siapa yang kembali? Hmm sayang." Bahu Iris digosok bagi meredakan Iris yang tersedu-sedan dek kerana menangis itu.
"S.suara tu.. Suara tu kembali.. Tasha takut." Katanya, tubuh kecil itu menggigil ketakutan.
Semakin lama semakin kuat tangisan Iris didengari. Noah hanya mendakap tubuh kecil tersebut. Belakang tubuh Iris digosok.
"Dah. Dah. Jangan nangis. Hubby ada dekat sini, sayang. Jangan takut, okay? Tunjuk sini tangan tu. Hubby nak tengok." Iris hanya akur. Dia menunjukkan tangan kirinya kepada sang suami.
"Allahuakbar.. Sayang, apa ni? Kenapa buat lagi ni? Tak sakit ke?" Iris menggeleng menandakan jawapan pada soalan yang ditujukan kepada Noah.
"Dengar sini, sayang. Hubby taknak sayang buat lagi. Faham? Hubby tak suka. Kalau sayang buat juga hubby hantar sayang pergi hospital sakit mental. Nak macamtu?" Tegas Noah. Kening sebelah diangkat. Iris pantas menggeleng. Tidak. Dia tidak mahu.
"Janji dengan hubby dulu, janji jangan sakitkan diri tu. Jangan toreh tangan lagi mahupun dimana-mana tubuh sayang. Janji?"
Iris teragak-agak. Janji? Macam mana kalau dia berjanji dah akhirnya dia mungkiri janji tersebut? Dia taknak menjadi seperti suaminya itu. Janji diawal namun diakhiri dengan mungkiri janji. Dia takut.
Lama kelamaan dia terpaksa juga.
"J.janji.."
"Goodgirl. Dah takmo nangis-nangis, okay? Hubby akan ada sentiasa untuk Iris dan twins."
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...