Bab 1

4.9K 172 7
                                    

4 BULAN KEMUDIAN...

Setelah hampir 4 bulan perkahwinan Noah dan Laura. Hubungan mereka semakin hari semakin erat. Kasih sayang Noah turut berubah sedikit demi sedikit. Janji malah dimungkiri.

"Good morning abang."

"Good morning sayang." Dia pantas mencium dahi isterinya. Tapi apa yang dia buat ditangkap oleh Iris.

Redha jika ditakdirkan begini demi kebahagiaan suami sendiri. Dia terpaksa kuat dihadapan orang, namun di belakang orang? dia lemah. Dia tidak kuat. Siapa yang tahu sahaja akan faham keadaan Iris.

Iris menapak ke meja makan bersama senyuman pahit. Bunyi tapak kaki menghampiri meja tersebut pantas dia beralih pandangan ke arah sosok tubuh wanita tersebut.

"Good morning, Iris." Panggilannya turut berubah. Yang dahulunya, Sayang, My Caramel dan akhirnya bertukar kepada namanya sendiri.

"Good morning hubby."

"Ris nanti teman kan Laura pergi beli barang dia. Hubby tak bolah nak temankan, hubby banyak kerja dekat office." Kata Noah tanpa memandang wajah Iris yang melihatnya itu. Mata hanya fokus melihat kerja-kerja yang ada di dalam Iphone miliknya.

"Tapi.. Iris dah janji nak jumpa Yana dengan Nawal harini."  Bantah Iris.

"Ye, abang tahu tapi tak salah kan kalau Iris temankan madu sendiri pergi beli barang sekejap. Iris kan pandai bawa kereta tapi Laura tak pandai sebab tu dia ajak Ris. Jumpa Yana dengan Nawal pun boleh esok" Ujar Noah mendatar. Dia memandang sekilas wajah isterinya.

"Tapi hubby..."

"Iris."

"Ye lah.. Nanti ris temankan." Iris terpaksa mengikut arahan suaminya itu walaupun di dalam hatinya sudah sakit.

"Macam tu la yang abang nak." Iris tersenyum walaupun hatinya sakit bagai nak tercabut jantungnya.

"Abang sedap tak sayang masak?"

"Mesti la apa apa pun yang sayang buat tetap sedap. Lagi sedap dari Iris masak." Terbuntang besar biji mata Iris apabila suaminya berkata demikian begitu. Hatinya mula terguris dengan percakap suaminya itu.

Gelak punya gelak sampai lupa sudah menguriskan hati isteri pertamanya. Dia beralih. Iris yang berada di sebelahnya dipandang setiap inci wajah isterinya, lalu senyumannya mati akibat dia baru tersedar apa yabg dikatakannya.

"S..sayang m..m..maksud hubby bukan sayang masak tak..." Teragak-agak Noah menuturkan ayatnya.

"It's okay. Saya tak kisah. Saya nak tengok twins sekejap." Iris tersenyum pasrah. Tidak sangka bahawa Noah sanggup berkata sedemikian begitu.

Sampai dibilik twins, Iris merenung lembut wajah bayi tersebut. Mirip. Wajah anaknya yang seorang ini mirip dengan Noah. Malah, lagi seorang mirip dengannya. Dia tersenyum pasrah.

Tanpa dia sedar air mata menitis dipipinya dan seketika itu memori lama berlayar difikirannya.

Pada awalnya, mereka kenal di sebuah cafè dimana Iris tidak sengaja tertumpahkan coffee di atas baju milik lelaki tersebut akibat bahunya baru sahaja dirempuh kasar oleh seorang wanita yang berpakaian atas lutut dan senang cerita wanita itu musuh ketatnya sewaktu zaman universiti dahulu. Dan disebabkan wanita itu kaya, dia terkenal satu universiti tersebut.

'Alamak.. Apa yang kau dah buat ni Tasha?' Omel Iris dalam hati. Rasa gugup hadir apabila melihat tubuh sasa dihadapannya itu.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now