Bab 29

1.3K 31 1
                                    

Mutiara jernih menitis jatuh membasahi pipinya. Dayana cuba mengawal riak wajahnya ketika itu. Surat-surat itu dibaca. Nafas bagaikan tersekat. Dada bagaikan berombak laju. Dia tergamam dan terkaku disitu sebaik sahaja mereka tiba di sebuah cafe. Dia hanya mampu menangis ketika itu. Rasa sedih menyelebungi dirinya setelah mengetahui perkara sebenar. Dia hanya mampu mengucap dan berzikir untuk menenangkan dirinya sendiri. Dada disentuh dan diusap lembut. Dia mengambil nafas lalu dihembus kembali.

"Allahuakbar, Allahuakbar. Apa semua ini ya Allah? Kenapa engkau uji aku begini ya Allah? Aku tak kuat. Allahuakbar." Ibu jari naik menyeka air matanya. Nafas diambil sekali lagi lalu dihembus kembali.

"Dayana... Aku tahu bukan senang untuk terima semua ni. Tapi kau kena ingat Tuhan tu ada untuk kita. Tuhan uji kita sebab dia nak tengok sejauh mana kita boleh lalui ujian-Nya. Dia nak tengok sejauh mana kita kuat. Dayana dengar apa yang aku nak cakap ni. Sebenarnya... Aku pun bukan anak kandung mak abah aku. Aku anak orang lain senenarnya." Kata Nawal cuba mengumpulkan kekuatan.

Iris dan Dayana berpaling ke arah Nawal. Tidak semena-mena air mata Nawal tumpah.

"Apa maksud kau sebenarnya ni Wal? Kau pun bukan..." Saja Iris membiarkan ayatnya tergantung. Nawal menggeleng. Dia menyeka air matanya sendiri.

"Tak Ris. Aku bukan anak kandung mereka. Tiga tahun yang lepas sewaktu keluarga aku meninggal, aku terjumpa satu kotak kasut ni. Sama seperti Yana. Cuma Yana, Ibu dia serahkan kotak tu pada dia sendiri. Macam aku pula, selepas dia orang meninggal baru aku tahu yang sebenarnya aku bukan anak kandung mereka. Dan apa yang aku peliknya. Kisah aku sama seperti Yana." Dayana mengangkat wajahnya memandang Nawal yang duduk berhadapannya dengan mata yang berkaca.

"Maksudnya kau pun kena..."

"Ya! Kejap aku tunjuk kau orang benda ni. Ni, alamat rumah keluarga kandung aku. Kalau kau orang nak tahu, selama ini aku diamkan benda ni. Sebab aku tak ready lagi nak jumpa dengan keluarga kandung aku. Waktu majlis tahlil, aku ternampak kotak ni dalam bilik mak abah aku. Jadi aku bukak. Dan ternyata selama ni aku dijaga oleh orang asing yang aku panggil mak abah. Dan ni satu lagi surat. Baca la surat tu." Ujar Nawal panjang lebar. Alamat yang tertulis di dalam satu surat itu ditunjuk kepada Dayana dan Iris.

Iris dan Dayana membaca surat tersebut dan ternyata kisah itu sama. Kemudian, Dayana berpaling pula ke arah kertas yang tertera alamat rumah keluarga kandungnya dan dia mencapai kertas yang tertulis alamat rumah keluarga kandung Nawal.

Dia meneliti satu persatu.

"Wait!" Suara Dayana menyentakkan Iris dan Nawal sekaligus. Mereka berpaling ke arah Dayana sambil berkerut dahi.

"Kau orang cuba tengok alamat rumah ni." Nawal dan Iris mendekati Dayana.

"Kenapa dengan Alamat rumah ni?" Soal Nawal kekeliruan.

"Alamat rumah ni sama!" Terbuntang besar biji mata Nawal dan Iris. Mereka bertiga saling berpandangan.

Alamat rumah yang sama bermaksud mereka...

Alamat rumah yang sama bermaksud mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now