Bab 64

1.4K 32 0
                                    

Laura memerhatikan kedua-dua bayi disebelahnya. Kalau dia tahu bahawa Rafif mengambil hak penjagaan mereka tidak ingin dia berada disini. Mengacau! Dia lebih rela merempat di luar sana dari menghadap wajah anak kembarnya. Selama ini dia duduk berseorangan di rumah kondo milik Rafif dia berasa aman. Tiada bising atau suara lain. Apa sahaja yang dia nak buat dia boleh buat termasuk menganggu kehidupan Noah lagi. Walaupun sudah diceraikan. Dia pasti tidak lama lagi dia akan dapat balik tempat tinggalnya bersama Noah dan tak payah lagi dia nak duduk di rumah kondo yang kecil ini.

Namun setelah hak penjagaan ditukar kepada Rafif, Rafif menghantar anak-anaknya dirumah kondo yang didiami oleh Laura sekarang.

Mata beralih kearah bantal putih dan tangan mencapai bantal tersebut. Panas mula membara didalam hatinya. Dada berombak ganas. Dengan serta merta dia menekup bantal tersebut di wajah Lavira dan Laira. Dan akhirnya pecah jua tangisan mereka berdua.

"Mati!"

"Mati la bodoh!" Jerit Laura sambil menekup kuat wajah anak kembarnya.

"Pembawa malang! Bodoh!!" Jeritnya lagi. Rafif yang baru sahaja pulang dari kerja ingin merehatkan diri dia atas sofa namun suara jeritan Laura menyentakkan dia.

Lantas dia berlari kebiliknya, sampai sahaja dibilik matanya disapa dengan pemandangan yang tidak enak. Laura menekup bantal pada kedua-dua wajah anak kembarnya!

"Ya Allah Laura!" Tubuh Laura ditolak kasar sehingga wanita itu terjatuh dari katil.

Wajah anak perempuannya cuba dilihat. Takut-takut jika ada cacat cela yang berlaku sewaktu dia tiada dirumah.

"Apa yang you buat ni Laura?! Ni anak kita!" Wajah Laura dipandang sekilas sebelum anak matanya kembali melihat wajah anak kembarnya yang sedang menangis.

Laura bangkit dan berlalu pergi kaarah dapur. Dia meninggalkan Rafif bersama anak kembarnya seketika dan selepas itu dia kembali dengan sebilah pisau.

Berkerut dahi Rafif tatkala belakang tubuhnya terasa seperti ditikam banyak kali. Seketika itu, kepala dipusing mahu melihat gerangan yang cuba membunuhnya. Laura tersenyum sinis.

"Kau bukan suami aku Rafif. Noah suami aku, bukan kau."

"K...kau gila Laura... Kau gila."

Nellydra yang sedang merenung diluar jendela tersentak bila Zayden datang menghampirinya dan tubuhnya tempat kanak-kanak itu berpeluk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nellydra yang sedang merenung diluar jendela tersentak bila Zayden datang menghampirinya dan tubuhnya tempat kanak-kanak itu berpeluk.

"Zay? Kenapa sayang?"

"Takde apa-apa saja. Mummy, Ian dengan Isaac sepatutnya umur dua tahun ni dia orang dah boleh cakap kan? Tapi kenapa Isaac dia lebih suka berdiam? Tak sama macam Ian. Ian dia banyak mulut. Bising!" Tergelak kecil Nellydra mendengar kata-kata anak buahnya itu. Bahunya menjadi tempat sandaran Zayden.

Zayden pula menggeleng-gelengkan kepalanya. Penat betul nak jaga adik-adiknya. Macam ini ke rasanya penat menjadi seorang ibu yang harus menjaga anak?

"Biasa la tu, Ian kan mulut dia popek popek. Tak macam Isaac. Mulut tu kalau boleh tak buka langsung. Takut orang dibuatnya." Ujar Nellydra bersama senyuman manis. Zayden tersenyum nipis mendengar bicara makciknya. Tergelak kecil Zayden.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now