"Papa bangun, papa bangun!"
Noah bagai tersedar dari tidur apabila ada seorang anak kecil melompat-lompat atas katilnya dan itu membuatkan dia tersedar dari lena.
"Irel... Papa mengantuk ni. Jangan kacau papa please sayang."
"Ish bangun la papa. Tokma suruh bangun!" budak itu makin melompat-lompat.
"Irel!!" Noah menengking anak perempuanya itu. Budak itu menunduk dengan bibir muncungnya.
"Sorry..." kata si anak. Air mata mula menurun.
"Come here dekat papa sayang." Noah bangun ke posisi duduk lalu anak kecil itu ke arah Noah dan duduk di atas peha sang ayah.
"Maaf ya, Papa tak sengaja nak marah Irel. Papa mengantuk sangat sayang. Sorry okay?" Budak kecil itu mengangguk. Noah mengesat air mata sang anak. Rasa sebersalah pula dia menengking anak sekecil itu.
"Sorry papa. Irel janji tak buat lagi."
"It's okay, Irel turun dulu ya. Papa nak mandi kejap."
"Okay." ujar kanak-kanak tersebut.
Usai selesai mandi. Almari dibuka bagi mengambil bajunya namun dia terlihat bajunya sudah siap berada di atas katil beserta note.
Pakai baju ni tau Papa!
Noah tersengih. Tak bukan ni mesti Zayden punya kerja. Al maklum la budak itu sudah pun berusia 16 tahun manakala kembar pula sudah berusia 13 tahun dan Irelyn pula sudah berusia 11 tahun. Rasa kejap saja mereka sudah besar. Dan 12 tahun mereka membesar tanpa susuk seorang ibu. Dahulu yang buat macam ni hanya arwah Iris sahaja. Sekarang turun kepada Zayden. Comel saja mereka.
"Zayden..." Panggil Noah.
"Ye papa? Kenapa?" soalnya.
"Zay... Zay ke yang letak baju papa dekat sini? Dengan note bagai?" kata Noah sambil tersengih.
"Ha'ah papa. Lagipun dulu kan arwah mama selalu letak baju papa dekat situ. Jadi Zay buat benda yang sama lah. Papa tak marah kan?"
"Tak lah, papa tak marah. Papa okay je. Thank you Zay." Zayden mengangguk kan sahaja.
"By the way cepat siap tau pastu turun makan. Tok ma dah panggil."
"Okay Zay. Papa siap kejap."
Setelah mendengar bicara Zayden, dia mula mengimbas kembali waktu dia hidup bahagia bersama Iris!
"Sayang!" panggil Noah
"Ye abang?" sahut Iris.
"Sayang ke yang tulis note ni?"
"Ye la siapa lagi kalau bukan Iris dengan anak-anak je dalam rumah ni."
"Cantik tulisan sayang." puji Noah membuatkan Iris tersenyum.
"Baru tahu ke encik suami?"
"Ha'ah baru tahu" jawab Noah sambil tersengih.
"Ish abang ni dah la pakai baju tu. Pastu turun makan."
"Aip aip Captain!" Iris tersengih melihat karenah suaminya. Dia berlalu pergi baru setapak dia melangkah dah kena panggil lagi.
"Sayang!"
"Apa hubby?"
"Baju ni tak muat!"
"Dah badan abang tu tegap macam mana nak muatnya? Dah pergi cari baju yang muat." Tersenyum nakal dia.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romansaℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...