Bab 38

2.8K 90 3
                                    

"Daddy... Oh daddy." Seru Zayden. Hayder berpaling kearah anak lelakinya.

"Yes son? Why?"

"Kenapa nama daddy belakang lain? Kenapa Zay berbin kan Abdullah?" Tergamam.

Daiyan juga turut tergamam. Sama seperti Puan Ayra yang berada disitu.

"Why Zay tanya macamtu?"

"Dari haritu lagi kawan-kawan Zay selalu perli Zay. Dia orang kata yang Zay ni anak luar nikah. Mak-mak dia orang kata kalau orang yang berbin atau berbinti kan Abdullah tu maksud dia anak luar nikah. Betul ke dy?" Lagi sekali Hayder tergamam. Tangan digempal penumpuk. Dia tidak mampu berkata-kata. Mulutnya seakan terkunci.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum menuturkan ayat.

"Zay sayang... Eh, listen to me. Zay tu kecik lagi, tak perlu tahu semua ni. Tapi bila Zay dah besar dy janji Zay akan tahu semuanya. Walaupun kenyataan dia itu pahit dan sakit dan kemungkinan Zay boleh benci dy dengan mama bila Zay dah besar and tahu segalanya. But, dy cuma nak Zay tahu, no metter what happend, we all love you. Me, mama, mummy, papa, grandmother, grandfather and everyone love you Zay sayang. Tak pernah sedetik dalam diri dy dengan mama nak buang Zay. Kita orang sayang Zay..."

"Dan pasal nama tu, Zay jangan la cakap macamtu. Tak bermaksud nama Abdullah tu hanya untuk orang yang... Ni sahaja tapi ada je orang yang guna nama Abdullah. Contohnya, daddy bagi satu, Muhammad Abdullah bin Kamarul atau Muhammad Kamarul bin Abdullah, which is nama Abdullah tu nama ayah dia. Dengar sini Darren Zayden, ada beribu-ribu orang dalam dunia ni yang guna nama Abdullah. Ramai je orang. Dan iya tak bermaksud kalau orang tu nama Abdullah je mesti anak luar nikah. No! Tak Zay. Tak. Jadi daddy taknak Zay dengar apa yang dia orang kata. Abaikan saja. Faham?" Tegas dan panjang lebar ayat yang dituturkan oleh Hayder. Daiyan yang duduk disebelah Hayder hanya tersenyum manis.

Zayden meng'oh'kan sahaja. Suka pula Daiyan dengan cara Hayder yang sekarang. Hayder sudah pun banyak berubah. Dan dia sudah tidak buat kerja terkutuk itu lagi yang akan membawa jejaka itu ke jalan hitam.

"Anak luar nikah tu apa dy?"

"Umm sayang... What about kita main nak?" Pujuk Daiyan.

"Alaa... i just want to know mummy."

"Not now Darren Zayden. I told you right one day bila Zay dah besar, Zay akan tahu. Tapi bukan sekarang. Please, dy minta jangan tanya benda-benda macam ni dekat mama. Your mother is carrying your sibling right now. Zay jangan buat mama stress. Tolong jagakan Ian dengan Isaac, kalau mama penat, okay?" Zayden hanya mengangguk dan mencebik sedikit. Lalu dia bangkit dan duduk pula diatas peha Daiyan dan melentokkan kepalanya di dada Daiyan yang dilitupi dengan tudung shawl itu.

Tersengih kecil Daiyan memandang gelagat Zayden itu. Comel.

Ash merenung tepat kedalam anak mata Nellydra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ash merenung tepat kedalam anak mata Nellydra. Riak wajahnya cuba dikawal. Tidak percaya langsung bahawa Nelly suka akan dirinya yang tidak mempunyai apa-apa. Wajah Nellydra dipandang untuk mencari kepastian.

Nafas diambil secukupnya seraya mata terpejam lalu dilepaskan kembali. Mata dibuka. Wajah cantik Nellydra dipandang.

"Kau suka aku, Nawal?"

"Ya... Aku suka kau, Raess. Tapi aku sedar diri, aku tak layak untuk kau. Aku... Aku banyak kekurangan."

"Tapi kenapa baru sekarang kau bagitahu aku? Why sekarang Nawal Aireen?" Soalnya lembut. Nellydra menunduk.

"Nama aku bukan Nawal Aireen, Raess. Nama sebenar aku... N...Nellydra. Tengku Nellydra Zayra."

Dang!

Alangkah terkejutnya Ash apabila gadis itu memberitahu namanya yang sebenar. Pelipis dahinya juga berkerut. Tidak faham apa yang terjadi.

"W...what? N...Nellydra? Siapa Nellydra? Apa yang terjadi sekarang ni?"

"It's a long story Raess. Kalau kau nak tahu aku dengan Dayana... adalah adik beradik. Dia kakak aku dan ibu bapa angkat Iris adalah ibu bapa kandung kita orang. Sebenarnya... Selepas kematian ibu bapa angkat aku, aku baru tahu yang aku adalah anak angkat dia orang dan bukan anak kandung dia orang. Sebaik sahaja aku tahu, aku rujuk ke psikiatri sebab aku depress. Orang yang aku percaya sebenarnya..."

"Sebenarnya sanggup khianati kepercayaan aku. Aku... Aku tak pernah langsung bagitahu Iris dan Dayana masatu. Aku langsung tak ada kekuatan nak cari ibu bapa kandung aku sehinggakan Dayana dapat tahu yang dia pun anak angkat, aku jadi pelik. Pelik sangat. Pelik apabila alamat rumah adalah sama dan jalan cerita kita orang pun boleh seakan-akan sama. Cuma, nama je lain. Dan siapa sangka orang yang dekat dengan kita orang adalah keluarga kandung kita orang."

"Jadi... Apa yang kau maksudkan adalah kau dengan Dayana adik beradik yang terpisah akibat penculikan beberapa tahun yang lepas?" Nellydra mengangguk lemah. Dia masih lagi menunduk. Mutiara jernih jatuh menitis ke pipi apabila mengenangkan kisah lama.

"Aku tak percaya Raess... Aku tak percaya yang kawan baik aku adalah kakak kandung aku dan... Aku tak percaya yang kawan baik aku juga adalah anak angkat kepada keluarga kandung aku. Selama ni aku hidup dalam penipuan. Hidup aku penuh dengan penipuan dan helah dari keluarga angkat aku sendiri. Dia orang sanggup tipu aku. Dan aku juga tak tahu apa yang akan terjadi sekiranya aku tak pernah langsung tahu pasal benda ni. Kenapa bila dia orang dah takde Tuhan nak tunjukkan bendan ni? Why Raess? why?" Semakin kuat tangisan Nellydra ketika itu. Air mata juga semakin deras.

Ash turut berduka. Rasa sakit itu pasti akan datang. Nafas diambil sedalamnya.

"Sebab Allah nak Uji hamba-hamba DIA. DIA tahu hamba-hamba DIA kuat. Sebab itu dia uji kau macamni. Sebab DIA tahu kau kuat Naw...Nellydra. DIA tahu kau kuat. Disebabkan itu DIA uji kau. At least kau ada keluarga kandung kau Nellydra... Sedangkan aku? Aku takde siapa-siapa. Arwah Abi dan bonda aku meninggal saat menunaikan Umrah sewaktu aku kecil lagi. Aku anak yatim piatu Nellydra. Aku tak kaya. Aku berkerja sebab nak menyara diri aku sendiri. Dan mungkin bila berkahwin aku kena berkerja lebih kuat untuk menyara keluarga kecil aku. Kau kena ingat satu benda ni, apa sekalipun ujian yang datang kau kena ingat bahawa DIA datang kan ujian pada kita untuk melihat sejauh mana kita kuat dan terus melangkah. Aku ada untuk kau, sampai bila-bila." Ujar Ash panjang lebar. Air mata jantannya mengalir seketika.

Bonda... Abi...

"Allahuakbar... Aku tahu rasa sakit tu macam mana Nellydra. Semua orang pernah rasa. Aku masih kecil Nellydra. Cuba kau bayangkan macam mana rasa kehilangan sewaktu kau masih lagi kecil. Aku tahu sakit bila ditipu semua. Tapi kau ada keluarga masa tu, even bukan keluarga kandung. Sedangkan aku? Takde Nellydra. Aku baru berusia 3 tahun sewaktu arwah bonda dengan abi aku pergi mengahadap Ilahi. Sakit... Sakit sangat. Tapi aku redha. Arwah Bonda dan abi adalah orang yang terpilih oleh Allah S.W.T yang akan meninggal semasa menunaikan Umrah dan dikebumikan disana terus. Mereka meninggal di Tanah Suci dan dikebumikan disana. Indahnya hubungan mereka berdua, kan? Cinta sampai mati." Senyuman hambar diberi kepada Nellydra.

Senyuman yang cukup terluka.

BERSAMBUNG

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now