"Kau penipu Han! Umi tak kan buat macamtu! Kau kejam Han! Kau sanggup fitnah ibu kau sendiri? Anak jenis apa kau ni huh!"
"Aku tak tuduh. Aku cakap benda yang betul. Balik nanti kau cuba la tanya umi. Itu pun kalau dia nak berterus terang lah. By the way Noah, aku tak sekejam kau. Aku tak pernah pukul anak bini aku. Aku sayangkan mereka. Tapi kau tak, kau pukul isteri dengan anak kau hanya untuk wanita yang bernama Nur Laura Amelia? Sekejam-kejam aku, kejam lagi kembar aku." Tenang tapi penuh dengan ayat yang mampu merobek sekeping hati seseorang.
"Treasure. Treasure takut pada abang ke?" Kening sebelah Zarren diangkat bagi menanyakan soalan pada adik perempuannya.
Naira lantas menggeleng.
"Tak. Treasure tak takut. Cuma treasure tak faham. Betul ke... umi ada kaitan dalam hal ni?"
"Abang polis treasure dan abang tahu. Abang yakin umi ada kaitan dalam hal ni. Hal kemalangan dulu pun umi ada kaitan apa entah lagi hal-hal besar macam ni. Kenapa treasure tanya abang macam ni? Treasure takut umi masuk penjara?" Lembut sahaja Zarren menyoal adik perempuannya.
Naira mendekati Zarren lalu tubuh tegap itu dipeluk erat. Kepala dilentokkan di bidang sasa abangnya. Air mata menurun.
"Treasure tak kisah kalau abang nak sumbat dia masuk penjara. Tapi kalau boleh sumbat abang Noah sekali boleh? Dia jahat. Sikit-sikit marah treasure sebab treasure marah isteri 'kedua' dia tu. Dasar jahat." Noah membesarkan biji matanya mendengar sindiran adik perempuannya. Kurang ajar punya adik. Memang tak mengaku dia adik.
Apa yang adik dia mengarut? Perlu ke nak sumbat abang sendiri masuk penjara? Tak patut!
Ash dan Hayder dalam keadaan begitu mereka mahu menghembur tawa tapi mereka tahu keadaan tengah sedih jadi jiwa semestinya kena ada rasa sedih la jawabnya.
Terlepas tawa kecil Zarren bersama senyuman kecilnya.
"Boleh. Boleh sangat. Abang memang nak sumbat dia. Sekali lagi dia sakitkan isteri dia memang tidur penjara la jawabnya. Am i right bro? By the way treasure nak peluk abang sampai bila?"
"Kalau boleh... Sampai bila-bila. I miss you a lot abang. Treasure nak tidur dekat rumah abang boleh? Taknak lah tidur rumah umi nanti mesti kena marah lagi." Kata Naira membuatkan Zarren menggeleng bersama senyuman.
"Kejap, aku tak faham. Kalau kau abang aku maksudnya..." Ayat dibiar bergantung oleh Nellydra. Dia berpaling pada Noah.
"Engkau pun abang aku?!"
Pap!
Bagai ada yang menepuk hatinya ketika itu. Noah memandang wanita itu pelik. Sama juga seperti Nellydra. Pandangan mereka berdua sama-sama pelik. Dan sama-sama jijik.
"Jadi kalau betul aku juga lahir dari keluarga ni bermaksud kau... Kau adik aku Nawal?"
"All five of you is my children. Noah, kalau Noah tak percaya takpe. Daddy taknak paksa. Noah pelik sebab kawan-kawan kepada isteri Noah adalah adik-adik Noah. 2 gadis yang diculik beberapa tahun yang lalu adalah Nelly dan Daiyan. Adik kamu Noah. Dan daddy memang yakin Diana pun anak daddy." Tuan Darren membuka mulut akhirnya setelah lama berdiam. Kata-katanya menusuk masuk ke dalam sebuah kalbu.
"Siapa Diana?"
Tuan Darren berpaling pada Naira yang masih lagi memeluk erat abangnya. Wajah Naira dipandang. Semua disitu turut memerhatikan Naira. Naira berasa seperti diperhatikan lantas memalingkan kepalanya menghadap mereka semua. Tidak semena-mena matanya bertemu dengan sepasang anak mata Tuan Darren.
Noah mengerut dahi. Naira? Adik perempuanya? Siapa Diana dan apa kena mengena perempuan itu dengan adiknya, Naira? Bermacam-macam soalan yang melintasi di fikirannya sekarang. Seketika itu, Puan Ayra meneliti wajah Naira. Wajah yang seakan-akan mirip dengan orang yang paling dia kenal dan sayang iaitu suaminya.
Naira hilang kata-kata sebaik sahaja matanya bertembung dengan anak mata Tuan Darren yang bewarna violet. Cantik dan unik. Dek kerana cantik dan dia pun suka akan warna violet itu tidak heran la jika dia juga mempunyai sepasang anak mata bewarna violet.
"Mata uncle unik la, kan abang? Violet color suits you very well. By the way, we have the same eye color though." Kata Naira dengan senyuman yang manis.
"Abang look, me and uncle got the same color eye. We got violet eye. It's wonderful right?"
"Obviously you have the same color as me, Honey. Unfortunately, she is what I mean. She is Tengku Diana Amanda. The last daughter of Mikael's family."
"KAU TAK PAYAH NAK PERBODOHKAN AKU DENGAN ADIK AKU LA! KAU PATUTNYA PERGI MAMPUS! KAU SENGAJA CAKAP MACAMTU KAN! KALAU KAU TAHU DARI DULU KENAPA KAU TAK BAGITAHU AKU BENDA YANG SEBENAR HUH! KAU MEMANG SENGAJA NAK HANCURKAN HIDUP UMI AKU!" Jerkah Noah sehinggakan bahu Puan Ayra terhinjut dan serta merta mata Zayden tertumpu kearah ayahnya. Wajah merah ayahnya dipandang. Takut.
"Abang apa semua ni? Bukan ke anak kembar kita dah... Dah takde?" Soal Puan Ayra menyentakkan Tuan Darren yang berdiri disebelahnya.
Lengan suaminya ditarik bagi menghadapnya. Wajah merah Tuan Darren dipandang. Meminta jawapan dan kepastian. Tuan Darren menghela nafas berat.
"Honey, anak kita masih hidup... Anak kita masih hidup dan mereka ada depan mata kita sekarang ni. Anak kita dah balik." Puan Ayra menggeleng. Tidak. Anak mereka dah takde. Anak mereka dah lama mati!
"Nampak, isteri kau pun tak percaya. Macam mana aku nak percaya yang kau tu bapak kandung aku? Pastu kau perempuan... Aku nak ingatkan kau la tak payah la nak percaya kata-kata suami kau ni. Bukan boleh percaya langsung. Kau memang silap sebab kahwin dengan lelaki tak guna macam dia ni." Ujar Noah dengan nada kurang ajar. Zarren menggempalkan penumbuknya. Pandangan tajam dihadiahkan kepada kembarnya.
Ash dan Hayder menatap satu sama lain sebelum pandangan mereka beralih pada Noah. Hayder lekas bangkit dan menuju kearah Noah. Tidak semena-mena tangan naik menumbuk wajah kacak Noah.
Gedebuk!
"Asal kau kurang ajar sangat? Cermin mana cermin? Jangan fikir kau tu suami yang bagus Noah. Kalau kau tu bagus sangat kau takkan pukul isteri kau yang tengah sarat mengandung. Kasihan betul anak-anak kau dapat bapak macam kau. Waktu dulu Iris duduk dengan aku takde satu calar pun yang berada dekat tubuh dia. Tapi bila dia dengan kau... Kau buat dia macam binatang! Aku silap dulu. Aku silap sebab lepaskan dia pada kau! Apa yang Iris buat dulu hanya untuk keselamatan aku. Dia taknak aku masuk penjara dan sepatutya waktu itu aku lakukan apa sahaja supaya kami tak bercerai. Tapi disebabkan tektik bodoh kau tu dengan senang lenang kau rampas Iris dari sepupu kau ni sendiri!" Tegas Hayder. Dadanya berombak ganas. Tangan digempalkan penumbuk. Noah mengusap lembut pipi kanannya yang baru sahaja ditumbuk kasar oleh sepupunya. Tajam mata menatap sepupunya.
Ash lekas bangun dan menghampiri Hayder. Dada lelaki itu diusap. Lalu Ash membisikan sesuatu pada Hayder. Keadaan semakin tenang. Iris pula menghampiri suaminya dan menolong suaminya bangun. Tangan Noah dipaut.
Ash memandang tajam kearah Noah.
"Noah, kau tak pernah diajar untuk beradab eh? Orang bercakap tu biar ada adab jangan jadi kurang ajar seperti setan. Kau dah kenapa Noah? Hilang akal? Isteri sendiri pun kau sakiti apa entah lagi anak-anak kau? Noah cuba la bawa beristighfar. Jangan ikutkan sangat perasaan tu. Noah kalau kau ikut aku pergi satu tempat nak? Kita jumpa ustaz..."
"Aku tak sakit la sial! Kau dah kenapa nak bawa aku jumpa ustaz? Aku tak sakit kan! Kau ingat aku kena rasuk ke apa?! Aku. Tak. Sakit!"
Perubahan pada wajah Noah membuatkan Iris serta merta melepaskan lengan sasa Noah. Bulu roma Iris serta merta naik mencanak. Kenapa dia berasa takut tatkala melihat Noah dalam keadaan begitu?
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...