"Sayang.."
"Sayang bangun dah pagi ni." Kejut Noah setelah melihat tubuh isterinya terbaring diatas lantai. Dia melutut dihadapan Iris. Bahu Iris digoncang perlahan.
"Sayang.. Bangun. Hubby ada buatkan breakfast ni untuk sayang. Bangun lah.." Bahu Iris digoncang lagi. Mata dibuka secara perlahan. Iris yang baru tersedar itu tergamam seketika apabila wajah Noah yang tersenyum kearahnya.
Dan pantas dengan itu,
"T.tolong j.j..jangan pukul Tasha! T.T..Tasha janji tak buat lagi. T..tolong, Tasha merayu." Tergagap-gagap Iris dalam menuturkan ayat. Ketahuilah Noah bahawa isterinya ini tengah ketakutan. Dengan cara dia pun Noah sudah agak. Dia merapatkan kakinya ke dada. Dia menjauhi sedikit jaraknya dengan Noah.
"My little caramel, little coffee minta maaf, ye?" Ujar Noah dengan menghaluskan suaranya.
Iris menggeleng. Tidak semena-mena air mata menitis ke pipi. Tangannya masih lagi menekup telinga.
"Sayang?"
"Pergi! Pergi lah!" Jerit Iris. Tangan Noah ditepis.
"Pergi!" Lagi dan lagi Iris bertindak semakin diluar kawalan.
"Sayang jangan buat hubby macam ni, please.. Hubby janji hubby takkan buat dah, tolong sayang. Dengar cakap hubby." Lembut ayat yang dituturkan oleh Noah. Dia mendekati Iris. Tubuh kecil itu cuba ditarik masuk kedalam dakapannya.
"He's evil.. Dia jahat Iris. Jangan percaya kata-kata dia. Dia iblis."
"Diam!"
"Diam!"
"DIAM!!" Jerit Iris lantang. Kedua-dua tangannya naik mengetuk kuat kepalanya sendiri.
Noah yang sedari Iris semakin tidak terkawal, didakapnya tubuh tersebut dan membiarkan Iris meronta-ronta didalam dakapannya.
"Taknak lah! Lepas kan aku! Lepas!" Ditumbuk-tumbuknya dada bidang Noah. Noah hanya mampu bertenang dan berselawat ditepi cuping telinga Iris.
Iris yang tadi meronta-ronta turut reda seketika. Matanya juga yang mengalirkan air mata terus berhenti.
"Hubby..."
"Ye sayang?"
"Tasha takut.. Hubby sakitkan Tasha.. Tasha nak mati.."
"Sayang.. Jangan cakap macamtu. Hubby taknak kehilangan Tasha. Maafkan hubby, My little caramel." Rambut Iris dielus lembut. Kepala Iris disandarkan ke bidang dada Noah.
"I'm so sorry.."
"Abang!" Jeritan dari Laura menyapa gegendang telinga Noah dan Iris. Mereka berdua tergamam seketika.
"Laura?" Dia pantas bangkit dan meninggalkan Iris berseorangan didalam bilik tersebut.
Bilik Laura ditujui.
"H.hubby? Hubby sakit hubby!" Rintih Laura sebaik sahaja tangannya disambut.
"Sayang kenapa ni?" Cemas Noah apabila melihat lantai sudah pun basah.
Tangan Laura berpaut dengan lengan kekar Noah.
"Air ketuban sayang dah pecah hubby. Sakit hubby!" Laura mengerang kesakitan. Lengan Noah dicengkam. Noah semakin cemas lalu tubuh isterinya dicempung dan dibawa kehospital.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...