Bab 57

1.4K 29 0
                                    

Telefon bimbit milik Ash berbunyi diatas rak buku bilik Mateen, memandangkan mereka bermalam dirumah Ustaz Fahrin dan Ustazah Hajar semalaman. Kini matahari naik terpacak, mereka sedang bersarapan pagi sambil rancak bersembang sehinggakan bunyi telefon tidak mereka dengari. Namun setelah beberapa minit, Ash menuju masuk kedalam bilik Mateen dimana tempat mereka bertiga tidur semalaman. Dia meluru ke arah rak buku tersebut dan dicabutnya wayar charger telefon miliknya. Buka sahaja telefon alangkah terkejutnya apabila terpapar di skrin nombor Nellydra yang tidak dijawab.

Dengan cepat-cepat, dia kembali menelefon wanita tersebut. Hatinya bagaikan berdegup kencang. Rasa seperti ada benda yang tidak kena. Wanita itu juga turut menelefonya banyak kali sehingga tidak terkira berapa kali wanita itu tekun menelefonnya. Dalam beberapa saat sahaja panggilan sudah dijawab.

"Assalamualaikum Nelly, kenapa awak..." Belum sempat Ash menghabiskan kata-katanya, terlebih dahulu dia mendengar tangisan seseorang disebalik panggilan tersebut.

"Nellydra? Awak kenapa sayang? Bagitahu saya." Makin dia menyoal, makin kuat tangisan itu di dengari. Perasaan Ash ketika itu bercampur baur. Dia tidak tahu apa yang sudah terjadi.

Nellydra disebalik panggilan, tidak mampu mengungkap kata-katanya, sebaliknya dia menghemburkan segala tangisnya.

"Sayang, bagitahu saya kenapa ni? Nellydra Zayra?"

"A...Ash... Hisk hisk.." Bergetar-getar suara Nellydra didalam talian. Ash pula cuba menenangkan Nellydra.

"Nellydra bawa bertenang. Tarik nafas, hembus. Jangan tergesa-gesa sayang. Bagitahu saya kenapa dengan awak?"

"I...Iris... Iris Ash... Iris dah takde..."

Dang!

Bagaikan panah petir menyambar hatinya apabila mendengar bicara si gadis.  Bagaimana dia mahu menyampaikan berita ini pada Noah? Lelaki itu baru sahaja pulih. Namun, semuanya sudah terlambat.

Sayu ungkapan Nellydra ditemani air mata yang menurun lebat. Dia menceritakan segalanya bersama tangisan, kemudian selepas habis sahahaja, talian dimatikan secara tiba-tiba oleh Nellydra sendiri. Dia tidak mampu mahu berkata-kata lagi. Yang dia hanya tahu adalah menghemburkan segala tangisannya untuk melepaskan kesakitan yang berada di dalam hatinya. Tangisan wanita itu cukup didengari oleh orang awam yang berada diluar hospital. Ramai orang awam turut memandangnya ketika itu. Ada juga yang turut menghampiri Nellydra yang sudah tersungkur jatuh ketanah lalu wanita tersebut menanya apa yang telah terjadi serta belakang tubuh Nellydra diusap. Bila sahaja melihat keadaan Nellydra yang hendak pengsan itu lantas orang disekelilingnya datang memberikan air untuk dijamah.

Telefon Ash akhirnya terjatuh jua dari genggamannya dan skrin telefonnya retak. Air mata turut mengalir secara tiba.

"Innalillahi wainnailaihi rojiun... Allahuakbar..."

"Ada orang mati ke?" Dengan secara tiba ayat tersebut meniti dibibir seseorang. Ash lantas memusingkan tubuhnya, melihat tiga susuk tegap dipermukaan pintu membuatkan jantungnya luruh sekejap.

Lagi-lagi bila melihat air muka Noah. Dia tahu. Dia tahu sekejap lagi senyuman yang meniti dibibir Noah bakal pudar.

"Kau nangis? Dah kenapa ni bro?" Soal Zarren namun tidak berbalas. Sebaliknya Ash memandang kearah Noah dengan wajah yang membasah.

"N...Noah... A...aku ada benda nak bagitahu kau... A...aku h...harap... kau bawa bersabar ya. Kau kena kuat. Kuat demi anak-anak kau ya?" Noah mengerut dahi. Pelik. Apa kena dengan kawan dia yang sorang ni?

Manakala, Hayder dan Zarren juga turut mengerut dahi. Pelik. Apa yang tiba-tiba membuatkan Ash menangis? Mereka menantikan jawapan seterusnya.

"I...Iris... Iris... Iris dah takde Noah. Iris dah tinggalkan kita semua." Kata Ash dengan payah. Noah masih lagi dengan riak yang sama. Tak sedih mahupun gembira. Namun selepas itu, gelak ketawa yang berhasil muncul di mulutnya.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now