Bab 25

2.6K 98 6
                                    

Bunyi bayi menangis menyentakkan Nawal yang sedang lena disebelahnya. Dia seakan mamai. Perut Isaac ditepuk perlahan.

"Shh... Tidur-tidur." Semakin ditepuk semakin kuat Isaac menangis. Nawal yang seakan tidak tahu apa yang terjadi lantas ke posisi duduk. Dia menepuk-nepuk perlahan Isaac yang semakin kuat menangis itu.

"Eh, kenapa ni sayang? Tidur-tidur." Nawal cuba meletakkan tangannya diatas dahi Isaac apabila budak tersebut semakin kuat tangisannya.

"Ya Allah panas... Yana! Yana!"

"Ya kenapa?" Dayana yang baru sahaja ingin melabuhkan tubuhnya di atas katil tersentak dek kerana jerita Nawal.

Lantas kaki menapak ke dalam bilik Nawal.

"Kenapa ni?"

"Isaac. Isaac demam. Badan dia panas." kata Nawal cemas.

"Ya Allah... Dah kau pergi siap. Kita pergi hospital sekarang ni. Nanti aku telefon Iris." Nawal pantas mengangguk. Dia bangkit dan berlari ke bilik air. Dayana pula mendekati Isaac.

"Shh... Jangan nangis jangan nangis. Mummy Dayan ada dekat sini okay. Demam ya sayang mummy ni. Kesiannya dia. Dah dah jangan nangis " Dayana mengangkat Isaac dan ditepuk-tepuknya.

"Ya Allah, Panas sangat ni... Kejap-kejap sayang. Kita tunggu mummy Nawal ya." Dayana juga semakin tidak keruan apabila Isaac tidak langsung berhenti nangis.

"Wal cepat lah!" Jerit Dayana.

"Ya ya kejap." Nawal keluar dari bilik air. Dia bergegas ke almari untuk mengambil tudung shawl lalu diberi kepada Dayana.

Dayana melilitkan tudung shawlnya ala kadar sahaja yang penting tidak menampakkan aurat.

"Wal dukung Ian." Nawal mengangguk. Dia mendukung Ian lalu dia mencapai iphone miliknya dan bergegas keluar.

Dayana mencapai kunci keretanya lalu mereka keluar dari rumah. Pintu kereta dibuka kemudian mereka meletakkan kembar di dalam car seat dibelakang. Nawal pantas berlari menutup pintu rumah dan menguncinya. Enjin kereta dihidupkan. Sebaik sahaja Nawal memasuki ke dalam perut kereta mereka terus bergegas ke hospital.

 Sebaik sahaja Nawal memasuki ke dalam perut kereta mereka terus bergegas ke hospital

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sebaik sahaja Dayana melefon Iris dan memberitahu semuanya. Iris terus cemas dan memecut laju ke hospital. Sampai sahaja, dia terus ke kaunter pertanyaan. Dia berlari sehingga nafasnya juga seakan tidak teratur.

"Nurse."

"Ya puan apa boleh saya bantu?"

"Umm... Saya nak tahu nombor bilik anak saya. Tengku Isaac Zarren." Beritahu Iris. Nurse itu mengangguk kan sahaja.

"Kejap ya puan." Iris tidak mengangguk malah memilih untuk berdiam.

"Alright, Tengku Isaac ditempatkan di bilik nombor 12 di tingkat 5." Kata jururawat yang bekerja di kaunter pertanyaan itu.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now