Bab 41

1.5K 43 0
                                    

Gambar yang tergantung itu direnung kecil. Seakan mencari sesuatu yang tersembunyi. Semakin lama semakin matanya dikecilnya. Gambar seorang budak kecil yang dipangku oleh Puan Ayra itu dilihat dengan teliti.

Sementelah, gelak ketawa dari ahli keluarganya itu langsung tidak menganggu Nellydra dari merenung budak kecil didalam gambar tersebut. Tuan Darren, Puan Ayra dan Daiyan yang berada disitu bersama gelak ketawa tidak diendahkan Nellydra.

Kata Puan Ayra ini adalah masa yang paling bahagia apabila dapat berkumpul dengan kedua-dua gadis yang merupakan anak kandungnya sendiri. Air teh panas itu diletakkan diatas meja hadapannya sebelum pandangan Daiyan beralih pada Nellydra yang dari tadi hanya berdiam sahaja.

"Hey." Lengan Nellydra disiku. Tersentak wanita itu dari lamunannya lantas memandang sekilas wajah orang tuanya.

"Apa?"

"Apa? Kau kenapa ni? Dari tadi diam je. Selalunya mulut kau tu bukannya reti diam. Bising lagi adalah. Kau ni asal huh? Gaduh dengan Ash?" Teka Daiyan. Nellydra menghela nafas berat.

"Malas lah aku nak cakap pasal dia." Ujar Nellydra.

"Habis tu siapa? Iris? Noah?" Geleng.

"Kalau bukan Iris, bukan Noah dan bukan Ash habis tu siapa ni huh? Bagi la tahu aku." Paksa Daiyan. Senyuman manis diberi.

"Entah la, aku... Aku tak tahu nak cakap macam mana. Okay la kau cuba bayangkan orang yang dah lama meninggal tiba-tiba hidup semula. Kau tak rasa pelik ke? Dan kalau aku kata aku terjumpa orang yang dah lama meninggal tiba-tiba orang tu sebenarnya masih hidup dan dia sebenarnya tak mati pun. Aku..."

"Cik adik oii, apa yang kau merapu ni? orang yang dah meninggal tidak mungkin akan hidup kembali. Kau ni kenapa? Demam panas?" Cantas Daiyan. Tidak mahu dia mendengar lagi ayat-ayat yang merapu keluar dari mulut adiknya itu.

Apa yang merapu pun tak tahu lah.

"See, aku dah agak dah. Dan ini mesti jawapan kau. Kau takkan percayakan aku punya." Nafas dihela. Susah kalau bercakap dengan orang yang tak percaya ni. Susah susah.

"Chill la, kau ni kenapa huh? Nak marah-marah? Chill sudah la." Ujar Daiyan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan terlepas tawa dari bibirnya.

Nellydra menjerling Daiyan sekilas sebelum memandang wajah kedua orang tuanya yang juga turut mahu tergelak itu.

"Tolong lah jangan gelak. I tak main-main okay. I cakap benda yang betul! And i'm 'serious' right now!" Tergamam semua disitu apabila perkatan 'serious' ditekankan sedikit.

"Okay... Okay... Apa? Apa dia?"

Keluhan berat dilepaskan sebelum memulakan bicaranya.

"Daiyan, Kau ingat tak dulu... Iris ada kata yang Noah ada kembar?" Tuan Darren lantas mengangkat wajah memandang wajah anak daranya itu.

Wajah Tuan Darren serta merta berubah. Daiyan pula mengangguk pantas.

"Dan tak silap aku... Iris ada tunjuk dekat kita gambar seorang lelaki yang merupakan kembar Noah, betul kan?" Lagi sekali kepala dianggukkan serta mata memandang lantai sebelum wajah adiknya dipandang.

"Kau ingat tak apa nama dia?"

"Ingat kut, aku rasa... F...Farhan. Yes, Farhan. Tengku Nik Farhan. Kembar Noah yang dah lama meninggal sebelum Noah dan Iris berkahwin."

"Exactly, tapi andai kata yang dia dah lama meninggal, habis lelaki yang aku terserempak tadi waktu dekat cafe tu siapa? Dan kenapa dia pandang aku seolah-olah dia kenal aku ni siapa?"

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now