Bab 52

4K 108 13
                                    

Iris menggeleng dan cuba beristighfar didalam hati. Perut yang besar itu dilindungi dengan tangannya sendiri seraya pisau diacukan ke arah Laura. Senyuman sinis masih lagi ditayang oleh wanita itu.

"Kau gila Iris. Semua orang cakap kau gila. Kesian kau Iris. Suami kau memang tak ambil tahu pasal kau. Dia hanya ambil tahu pasal aku sahaja. Kesian kau Iris... Kau sakit. Kau gila. Patutnya kau mati. Mati sama-sama dengan anak dalam kandungan kau tu!" Marah Laura.

"Ya Allah, kau dah gila ke apa?!" Naik seoktaf nada suara Iris ketika itu. Zayden yang baru tersedar melihat ibunya tiada. Dia bangkit dan cuba mencari kelibat Iris.

Dengar sahaja suara ibunya dibawah dia lantas turun kebawah.

"YE MEMANG AKU DAH GILA! AKU NAK NOAH BENCI KAU!" Tengking Laura. Kaca ditangannya digenggam erat.

Zayden menghampiri Laura secara senyap dan menolak tubuh wanita tersebut. Tapi malangnya, Laura pantas bangkit dan menarik tubuh Zayden merapatnya dan diacukan kaca tajam tersebut dileher Zayden. Iris menggeleng manakala Zayden meronta-ronta minta dilepaskan.

Laura memberi isyarat kepada Iris agar wanita itu meletakkan pisau diatas lantai. Iris mengangguk dan meletakkan pisau tersebut di atas lantai jika itu boleh menyelamatkan nyawa anaknya. Laura pantas membaling kaca tersebut dan merampas pisau yang berada diatas lantai. Tangan Iris menjadi tempat sasarannya menikam. Iris meraung sekuat hati apabila tangannya ditikam sehingga mengeluarkan cecair darah yang pekat. Tidak cukup dengan pipinya yang ditoreh kini tangannya pula yang kena.

'Ya Allah, Adakah ini penamat hidupku? Sesungguhnya hamba-Mu ini mohon pertolongan ya Allah...' Desis Iris di dalam hatinya dengan air mata yang mengalir dari celah tubir matanya.

Laura tergelak sinis. Senyuman sinis itu dihadiahkan pada madunya. Rasa berpuas hati bila dapat membuat begitu.

"Iris, kau nak tahu sesuatu tak?Selama ni kan... aku perhati je korang hidup bahagia. Sebab tu aku nak rampas Noah dari kau. Aku nak rasa kebahagiaan macam mana kau rasa Iris. Aku tak pernah dapat kasih sayang yang sepenuhnya. Aku cemburu bila tengok kebahagiaan kau dengan Noah. Dari dulu aku cintakan dia tapi dia? Dia tak pernah anggap aku ni wujud langsung! Dia pergi kahwin dengan orang yang aku BENCI!" Air mata Laura akhirnya gugur juga. Pisau ditangannya masih lagi diacukan pada leher Zayden.

"Sebab tu... k...kau nak hancurkan kebahagiaan a...aku d...dengan Noah?" Soal Iris bergetar-getar.

"YE! Tapi... aku rasa aku tak patut hidup dekat dunia ni lagi... Aku banyak buat dosa dengan kau Iris. Maafkan aku..." Dia melepaskan Zayden dan mula mengacukan pisau ke lehernya sendiri. Zayden berlari mendapatkan ibunya.

Iris yang melihat itu terus mendekati Laura untuk merampas pisau tersebut. Iris cuba mengawal keadaan. Dia cuba menyelamatkan nyawa wanita itu. Sebaik sahaja pisau sudah dirampas dan berada ditangan Iris. Zayden lantas menolak kasar tubuh Laura menjauhi ibunya dan Laura tidak dapat mengawal keseimbangan tubuhnya lalu dia terduduk jatuh menyebabkan darah mengalir keluar dari celah kangkangnya.

"LIA!" Noah terus mendapatkan tubuh gadis itu. Air mata jantannya sudah mula tumpah. Dia menangis!

Datin Rosmanida menerpa kearah Iris lalu pipi si gadis ditampar kuat.

"BODOH! APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT MENANTU AKU SIAL! GILA! KAU MEMANG GILA IRIS!" Datin Rosmanida menindak memukul Iris. Naira meletakkan kembar diruang tamu lalu berlalu kearah uminya.

"Umi cukup umi! umi tolong jangan sakitkan Kak Ris." Lengan Datin Rosmanida ditarik sekuat yang boleh.

Zayden juga turut menghalang Datin Rosmanida dari berbuat sedemikian begitu pada ibunya. Noah menggengam erat tangan Laura ketika itu. Laura merintih kesakitan. Rasa ada benda yang mencucuk-cucuk dibahagian bawah perutnya.

Noah menyeka air matanya. Dadanya berombak ganas. Rasa panas mula membara. Dia bangkit dan meluru kearah Iris. Tubuh isterinya ditarik dan ditampar berkali-kali. Lengannya juga turut ditarik-tarik oleh adiknya dan juga si anak. Air mata sang adik akhirnya tumpah  apabila melihat susuk abangnya berbuat sedemikian begitu pada kakak ipar kesayangannya.

Lalu tubuh Iris ditolak kasar. Belakang tubuh Iris terhentak pada dinding. Zayden yang meronta-ronta meminta agar ayahnya melepaskan sang ibu dan tidak mengapa-apa kan ibunya langsung tidak diendahkan. Tubuh kecil itu juga turut ditolak kasar dan ita membuatkan Naira menjerit apabila belakang kepala Zayden terhentak pada meja makan.

"Zayden!"

"Kau memang celaka Iris! Aku nak kau mati! Mati sekali dengan anak-anak kau!" Noah menerpa kearah si kembar yang berada diruang tamu sebaik sahaja Iris dikerja olehnya.

Naira meluru kearah Zayden dan merangkul tubuh kecil itu kedalam pelukannya. Manakala pula, Datin Rosmanida merangkul tubuh menantu kesayangannya. Iris menjerit-jerit apabila mendengar tangisan kembar. Air mata membasahi pipi. Rasa torehan dan tamparan itu tidak lah sesakit sangat. Namun apa yang lagi menyakitkan adalah apabila mendengar tangisan anak-anaknya.

"Umi sakit umi... Tolong Laura umi.." Rintih Laura.

Ketahui lah Iris, bahawa Noah menyakiti anak-anak mereka apabila mendengar tangisan bayi. Naira yang sudah tidak tahan lagi dengan perangai abangnya, terpaksa lah dia meninggalkan sekejap tubuh kecil itu dan menuju ke ruang tamu. Melihat keadaan kakak iparnya lagi membuatkan dia berasa risau. Sampai sahaja diruang tamu, Naira lantas menekup mulutnya apabila melihat abangnya bertindak memukul anak-anak lelaki itu.

"Abang! Apa kau buat ni?!" Tubuh sasa lelaki itu ditolak kasar. Diangkat kedua-dua tubuh kecil itu masuk kedalam dakapan.

Bunyi tangisan bayi membuatkan lagi air mata Iris menurun. Noah berjalan meninggalkan mereka. Sesekali matanya tertacap pada Iris yang seakan nyawa-nyawa ikan itu.

"Jangan pernah cabar aku Iris. Kau memang tak kan pernah mendapat simpati dari aku. Aku takkan pernah kesian kan kau. Aku harap kau mati dengan anak-anak kau..."

"I...tu b...bukan diri awak Noah... A...awak takkan c...cakap macamtu. A...awak kena kuat Noah. A...awak kena l...lawan benda tu. J...jangan b...biarkan dia kawal tubuh awak. Iris sentiasa... Akan t...tunggu hubby. Hisk hisk. I...Iris sayang hubby... Tolong kuat. J...jumpa ustaz untuk berubat. Benda tu cuma nak... Permainkan hubby sahaja. Noah..."

"Noah jom kita bawa Laura pergi hospital darah dah banyak ni." Pintas Datin Rosmanida. Iris menggeleng.

"Noah... Saya sakit... P...perut saya sakit. Tolong... Hubby..."

"Noah jom!" Noah meluru keluar dari situ meninggalkan Naira dan Iris serta anak-anak dirumah.

Fikiran Noah ketika itu bercelaru. Pada masa yang sama dia seakan baru tersedar dengan tindakannya. Kadang kala dia rasa diri dia tidak betul. Kadang kala dia berasa panas. Semestinya rasa panas itu lebih menguasai dirinya. Rasa panas dan dadanya bagaikan dicucuk-cucuk oleh sesuatu yang tajam apabila mendengar Ayat-Ayat Suci Al-Quran.

BERSAMBUNG

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now