Bab 6

3.5K 150 12
                                    

"Apa kau dah gila ke akak? Pukul menantu sendiri!" Marah Datin Zarina apabila melihat tindakkan kakaknya sulungnya itu.

Apa salah Iris, sampai hina sekali dia dipandang. Kalau Noah tidak merampas Iris dari anaknya, Hayder. Mungkin sekarang Iris sudah bahagia. Dia kenal siapa Iris. Seorang yang peramah, baik, sopan dan sebagainya. Iris cantik malah dapat ditangan lelaki yang salah.. Hancur dibuatnya.

"Kau diam lah Ina!" jawab Datin Rosmanida tidak mahu mengalah.

"Ya Allah... Akak, apa yang kau dah buat dekat menantu kau ni salah kau tahu tak?" soal Datin Zarina.

"Menantu? Aku tak de manantu murah macam ni. Sebab dia Laura hampir gugur kau tahu tak! Sebab dia ni la!" Dia mengerling Iris yang duduk bersebelahan dengan adiknya.

"Ya Allah.. Bawa mengucap Ida. Ingat Allah."

"Ehhh kau tak payah lah nak ceramah-ceramah ni bagai. Bingit tahu tak! Dah la aku malas nak layan korang ni. Kau dengar sini Iris, apa-apa terjadi pada Laura.. engkau aku kerjakan." Amaran dari ibu mertuanya cuba dihadam sebaik mungkin.

Mungkin betul apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya. Dia murah. Murah sebab jual badan pada lelaki? Bukan. Dia bukan murah dan dia masih lagi waras untuk bezakan mana yang betul mana yang salah. Dia tidak buat kerja terkutuk itu. Tetapi kenapa tiada sesiapa percayakan dia? Disebab kan dirinya yang sudah tidak suci itu lagikah? Kenapa ramai salahkan dia?

Dia dirogol!

BAM!

Hatinya ini sakit sangat. Seakan ada batu yang menghempap dadanya dan sukar bernafas. Kenapa? Kenapa semua orang buat dia seperti itu? Dia juga tidak mahu perkara sebegitu berlaku dan memang tidak mahu langsung terjadi. Namun, takdir berkata lain.

Dahulunya, dia pernah bertunang dengan salah seorang rakan sekerjanya tetapi, selepas kejadian hitam itu berlaku langsung dengan itu pihak lelaki mahu memutuskan pertunangan mereka. Katanya, dia tidak mahu memperisterikan seorang gadis yang sudah disentuh orang sebelum dirinya. Dan akhirnya, dia bertemu dengan salah seorang lelaki yang berasal dari keluarga berada, Tengku Hayder Zafran. Mereka dahulunya, hanya la kawan biasa sehingga lah suatu hari Hayder melamarnya. Namun, pantas dia menolak lamaran tersebut mentah-mentah apabila teringat akan peristiwa hitam yang berlaku atas dirinya.

Setelah berbulan-bulan, baru dia mengetahui bahawa wanita yang dilamarnya itu orang yang pernah menjadi wanita di dalam kisah silam kawan rapatnya dahulu.

Kawannya itu didalam keadaan mamai dan tidak sedar ketika itu apabila baru pulang dari club berdekatan. Lelaki itu tidak tahu apa yang terjadi pada ketika itu. Ye! Bukan dia mahu semua itu terjadi malah sudah terjadi. Mahkotanya sudah dirampas oleh lelaki tersebut yang bernama Lucas James.

Kemudian, setelah itu lah dia mahukan Iris. Dia mahukan Iris untuk dijadikan isteri. Dia tidak kisah jika dia di anggap seperti pak sanggup, yang penting dia mahukan Iris. Dia mahu bertanggungjawab walaupun anak didalam kandungan Iris bukan lah anaknya! Namun tidak sampai satu tahun mereka berkahwin. Hidup mereka diakhiri dengan penceraian dek kerana ada seseorang yang sanggup menghancurkan hubungan mereka sebagai suami dan isteri.

Ulang balik pada kejadian tersebut, Kejadian tersebut terjadi pada larut malam. Iris saja keluar untuk berhealing diwaktu malam pada pukul 1 pagi. Kejadian berlaku di luar negara sewaktu dia masih belajar di Edinburgh, Scotland. Disebabkan pantulan cahaya lampu yang berada di tepi jalan raya tersebut menerangi wajah lelaki itu, dan kejadian berlaku dilorong gelap membuatkan Iris tidak dapat mengecam wajah lelaki itu. Tambahan lagi apabila lelaki itu berpakaian gelap. Berhoodie hitam dan berseluar hitam.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now