Bunyi ketukan pintu mematikan langkah Iris ke dapur. Dia melangkah kearah pintu dan membuka pintu. Dia ingatkan suaminya terlupa sesuatu srbaik sahaja lelaki itu keluar bersama anak-anaknya. Namun tekaannya salah apabila ada seorang wanita berhoodie hitam dihadapan pintunya.
Ingin ditutup kembali namun tangan wanita itu menghalang. Tudung hoodie yang menutup kepalanya itu dibuka. Ternyata wanita itu adalah orang yang dia kenal. Iaitu Laura Amelia.
"Laura? Kau buat apa dekat sini?" Soal Iris lembut. Hatinya bagaikan tidak sedap. Sekarang ini hanya ada dia, Zayden dan juga Irelyn di dalam rumah tersebut. Manakala Ian dan Isaac mengikuti Noah keluar sekejap.
Namun tidak sampai beberapa minit pintu itu diketuk. Jadi dia ingatkan lelaki itu ada tertinggal sesuatu rupanya bukan.
Laura melangkah masuk kedalam. Didalam genggaman wanita itu terdapat satu belahan pisau yang tajam.
"Kau mengandung lagi? Bestnya kalau aku jadi kau kan? Tapi kau dah rampas semuanya. Kalau aku tak dapat Noah. Kau pun takkan dapat Noah. Say bye bye pada suami kau." Laura melangkah kearah Iris. Iris pula terus berlari kearah dapur dan bagaimana pula dia tersungkur apabila tersepak akan sesuatu dan akhirnya dia jatuh jua.
"Argh!!" Jeritan Iris mengejutkan Zayden yang berada diatas. Dia lantas berlari kebawah dan terlihat mamanya terjatuh serta darah yang mengalir keluar. Lalu ada susuk seorang wanira bersama mamanya. Dia lantas berlari naik ke atas dan mengambil telefon mamanya dan dia mendaik nombor papanya. Sebaik sahaja Noah mendengar bicara Zayden terus dia membatalkan niatnya ke tempat beli belah bersama ibunya, Puan Ayra.
"K...kau gila Laura!" Kata Iris.
'Ya Allah tolong aku.'
"Aku? Aku gila? Tak Iris. Kau yang gila! HAHAHA. Kau gila Iris. Kau cakap sorang-sorang. Kau gila!" Tidak sempat Zayden mahu membalingkan barang kearah Laura terlebih dahulu pisau ditangan Laura ditikam tepat pada perut Iris.
"Abang!"
Dan jeritan Iris buat kali terakhir sangat-sangat lah mengerikan. Bunyi bayi menangis ditingkat atas menyedarkan Laura. Zayden terus berlari naik keatas dan mengambil adiknya masuk ke dalam dakapannya.
Almari dibuka dan mereka menyorok didalam almari milik Iris. Laura membiarkan Iris yang sudah pun terkulai layu di atas lantai berserta darah yang sudah memancut keluar dan berjalan ke tingkat atas.
Zayden terpaksa menutup mulut Irelyn menggunakan telepak tangannya agar tidak kedengaran Laura. Air mata Zayden akhirnya mengalir keluar. Dia tidak sempat menyelamatkan mamanya dari ditikam oleh perempuan gila itu. Dia gagal.
"Zayden... Zayden dekat mana? Keluar lah Zayden..."
"Zayden…"
"Zayden…"
"IRIS!" Jerit Noah apabila melihat tubuh Iris yang sudah berlumuran darah. Air mata jantannya sudah mula tumpah. Tangisan Puan Ayra turut pecah apabila melihat keadaan Iris itu.
"Ya Allah Iris! Allah..." Jerit Puan Ayra pula. Dia terduduk apabila melihat itu.
Laura lantas memusingkan kepalanya apabila terdengar suara Noah. Senyuman terukir.
"Abang.. Abang dah balik." Laura berlari secepat yang boleh dan menuruni anak tangga.
"Abang!" Terpaku Noah ketika itu apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk oelh seseorang.
"Laura rindu abang. Abang rindu Laura kan? Iris dah mati abang. Laura dah bunuh dia." Kata Laura dengan senyuman. Tangan Noah dicapai namun ditepis kasar oleh Noah.
Noah juga menolak Laura jauh darinya. Dia bangkit lalu...
PANG!
Terteleng ketepi wajah Laura apabila ditampar sebegitu kuat oleh Noah.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...