"Aku cuba cari maklumat tentang daddy. Dia lahir kat mana? Anak dia siapa? Isteri dia siapa? Aku nak tahu semua tu. Dan dekat google ada kisah tentang Dato sri' Darren Mikael. Aku baca dan teliti setiap ayat itu. Dia ada 2 anak lelaki kembar dan 3 anak perempuan. Tapi masa tu aku tak syak apa-apa lagi. Aku baca kisah tu dalam google dan tak tahu aku nak percaya atau tak. 2 orang anak kembar lelaki dia meninggal sewaktu masih kecil akibat kemalangan. 3 orang anak perempuan dia pula hilang diculik tanpa jejak. Pada waktu yang sama juga aku jumpa gambar 2 orang anak kembar lelaki dia dalam google. Kau tahu tak betapa terkejutnya aku ketika itu apabila melihat gambar kita berdua?" Terang Zarren lagi kan bersuluh. Noah bagai hilang kata-kata. Iris pula hanya diam dan memerhatikan anak-anaknya bermain.
Semua disitu berdiam dan hanya mendengar. Mereka juga cuba turut berfikir. Naira memandang abangnya tidak percaya. Apa yang terjadi semua ini sebenarnya ada kaitan dengan arwah Dato Axender Syariel dan Datin Rosmanida Zahra?
"Terkejutnya aku waktu aku tengok gambar tu. Mungkin sebab tu umi tak benarkan kita keluar dari rumah. Aku cuba cari lagi gambar kita dalam media. Cari, cari, cari sampai la aku sendiri datang berjumpa dengan dia, ayah kandung kita Noah. Bila aku sampai ke pejabat daddy semestinya ada banyak benda yang berlaku. Aku jumpa banyak gambar kita berdua waktu kita kecil dalam bilik kerja dia. Mahu kata orang lain yang wajah sama? Tak mungkin, sebab aku jumpa benda ni... Sehari selepas umi dengan arwah bertengkar. Kiranya pada hari jadi abi, aku senyap-senyap menyelinap kedalam bilik pejabat abi dan kau nak tahu aku jumpa apa? Surat beranak!"
"Aku tertanya-tanya sebenarnya kenapa setiap hari setiap masa umi dengan abi akan bertengkar. Bertengkar tu kalau boleh benda yang sama aku dengar. Aku tak tahu apa yang dia orang sembunyikan dari kita. Sebab tu aku nak sangat tahu apa benda yang dia orang sembunyikan dari kita. Jadi bila aku masuk bilik pejabat abi aku jumpa surat beranak ni. Tengok la, dengan surat ni at least aku ada bukti untuk buktikan pada keluarga ni. Aku tahu kau pasti akan tanya, kalau aku dah tahu kenapa aku tak berterus terang kan? Kenapa aku diam je? Sebab aku tak tahu nak percaya atau tidak benda ni. Dekat surat beranak ni, ada nama betul aku, Tengku Zarren Daniel Bin Dato Sri' Darren Mikael. Sedangkan waktu kau kahwin dah terang-terang nama kau berbin kan Dato Sri' Darren Mikael..."
"Aku tahu kau mesti tak percaya dan mesti kau akan ingat aku sebenarnya nak fitnah umi bukan-bukan kan? Kalau kau tak percaya juga nampaknya kita dengar je la penjelasan dari umi sendiri nanti. Kita biarkan dia berterus terang hal yang sebenar. Aku..."
"Kejap!"
Semua disitu menoleh kearah Naira apabila gadis tersebut membuka mulut. Ash mengangkat kening sebelah. Naira pandang abangnya, Zarren. Semua yang berada disitu juga menunggu.
"Umi ada kata dekat Naira, dah lama tak lama macamtu, Naira ingat lagi masatu umi marah Naira sebab Naira backup Kak Iris then umi ada cakap sesuatu pada Naira. Kejap, Let me remember first. Umi... Umi... Umi... oh yes Naira dah ingat."
"Naira! Kamu sedar tak dengan siapa kamu bercakap? Derhaka tahu tak kamu cakap macamtu dekat umi? Memang sebiji betul perangai kau macam mama sial kau tu!" Terbuntang besar biji mata Datin Rosmanida. Dia melepaskan batang paip tersebut.
"Mama? Siapa mama?" Soal Naira.
"Eh dah la. Derhaka tetap derhaka. Umm.. Aku ni umi kau tau! Jaga sikit mulut tu!"
Setiap butir-butir ayat Datin Rosmanida diceritakan kepada mereka. Perkataan 'mama' disitu selalu terngiang-ngiang didalam fikirannya. Dia hanya mahu tahu apa yang Datin Rosmanida cuba sampaikan. Takut sekarang ni menyelebungi dirinya. Dia rasa takut. Setiap hari dia dirumah pasti akan dimarahi oleh Datin Rosmanida tanpa sebab.
Bila dia bangkit dan berkata "Kenapa umi perlu marah Xendra? Xendra ni bukan anak umi ke?!" Pasti jawapan tidak dijawab. Seolah-olah dibiarkan soalan tanpa jawapan.
"Pada waktu tu Naira cuba untuk faham maksud umi. Tapi Naira tak pernah dapat tangkap. Bila Naira tanya Naira ni anak dia ke bukan... dia diam je. Dia macam biarkan soalan tanpa jawapan." Kata Naira membuat kan semua disitu terkedu seketika.
"Kenapa tak bagitahu abang?" Soal Noah dingin. Naira mengerling sekilas abangnya disebelah.
"Abang je bukan selalu ada dengan Naira pun. Selalu marah Naira semata-mata untuk mempertahankan isteri kedua yang entah berasal dari mana tu. Dasar mamat tak ada otak." Bidas Naira tanpa menghiraukan perasaan Noah yang sudah sakit disebabkan bidasan dan sindiran dari adik perempuannya.
"Dari situ kita dah boleh dapat agak ada benda yang umi sorok kan dari kita. Kes penculikan beberapa tahun yang lalu maybe ada kena mengena dengan umi. Dia orang ada anak 5 orang. Tapi kelima-lima tu hilang macam tu je. Yang lelaki, 2 orang meninggal, tapi mana kubur dia orang? 3 orang perempuan hilang juga tapi ketiga-tiga perempuan tu diculik ditempat yang sama. Which is hospital. Sebenarnya benda pelik sebab hospital ada ramai orang, ramai doctor, nurse, pesakit tapi kenapa hanya keluarga Dato Darren sahaja yang sentiasa kena? Maksud aku kenapa anak dia orang yang menjadi mangsa penculikan? Anak mereka 3 orang perempuan hilang ditempat yang sama atas kes penculikan..."
"Kau tahu tak, kalau umi kita tu adalah ibu kandung kita perlu ke dia berkata begitu pada adik kita? Dia umi dan mana datangnya panggilan mama itu? Fikir Noah. Aku rasa berysukur sebab dengan surat beranak ni, aku dapat jumpa keluarga kandung aku. Aku sentiasa berdoa supaya Allah tunjukkan jalan. Aku bersyukur kerana Allah berikan aku petunjuk. Dari situ, bila aku dah dapat tahu kebenaran yang aku ni anak dia orang. Daddy minta aku rahsia kan benda ni sebab dia nak tengok sejauh mana perempuan tu tipu dia hidup-hidup..."
"Aku malas sebenarnya nak cerita panjang, sebab dah panjang aku cerita. Kita biarkan je la perempuan tua tu cerita benda yang sebenar nanti. Tapi Noah kalau aku lahir dari darah daging keluarga ni, bermaksud kau dengan treasure pun lahir dari darah daging keluarga ni. Kau kembar aku Noah dan treasure adik kita. Kalau betul la treasure anak kandung perempuan tu, Perlu ke seorang ibu berkata begitu pada anak kandungnya? Dari percakapan kita dah tahu, apa entah lagi jika kita berdepan dengan dia ketika semuanya sudah kantoi."
"Iris Natasha adalah anak angkat kepada Dato Sri' Darren Mikael dan Datin Sri' Ayra Amanda. Bagi kau daddy dengan mama adalah ibu bapa mertua kau sebab mereka adalah keluarga angkat pada isteri kau, tapi sebenarnya, mereka adalah keluarga kandung kita Noah. Iris adalah adik angkat kita! Nur dayana Batrisya, Nawal Aireen atau nama sebenar dia orang... Tengku Nur Aura Daiyan dan Tengku Nellydra Zayra. 2 orang anak perempuan mereka yang diculik beberapa tahun yang lalu, kini kembali pada dia orang. Dia orang adik-adik kita Noah dan tak mustahil anak perempuan mereka yang terakhir hilang itu adalah treasure!" Tegas Zarren berkata-kata. Semua terkaku. Puan Ayra lantas terduduk diatas sofa ruang tamu.
Noah menggeleng tanda tidak percaya. Air matanya gugur buat sekian kalinya. Apa yang dia harus buat ketika ini? Apa yang dai harus lakukan? Dia tidak faham. Dia lelah. Fikirannya bercelaru.
Setitik demi setitik air mata gugur di pipi. Naira juga tidak percaya. Tetapi apa yang abangnya sampaikan seakan betul. Hatinya berbolak balik. Seketika itu matanya bertembung dengan anak mata kelabu Zarren.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...