Keluhan berat dilepaskan, dia sudah penat mahu menunggu. Lama lagi ke dia harus duduk disitu menunggu nombor yang masih tidak dipanggil-panggil? Kalau boleh dia mahu sahaja menerjah masuk ke dalam namun siapakah dia mahu membuat cara itu? Karang ada yang kena halau susah pula.
Noah cuba melelapkan matanya bagi menghilangkan rasa mengantuk dan kepenatan itu. Semalaman dia tidak boleh tidur selepas bermimpi tentang arwah. Kalau ikutkan sudah beberapa bulan Noah tidak boleh tidur. Jangan katakan tidur saja. Makan pun kadang-kadang je. Mata pun dah jadi seperti panda sampaikan ditegur anak-anaknya.
Setelah berjam-jam menunggu akhirnya giliran nombornya dipanggil. Noah lantas membuka matanya sebaik sahaja dipanggil. Dia bangkit dan berjalan menuju masuk ke bilik rawatan.
"Assalamualaikum," dedaun pimtu ditolak lalu dia menapak masuk ke dalam.
"Waalaikumussalam, Tengku silakan duduk." Sapa doktor perempuan yang bernama Hannah bersama senyuman manisnya. Noah hanya mengangguk lalu duduk dihadapannya. Mask hitam dibuka.
"Tengku ada masalah apa ya?" Tanya doktor Hannah lembut.
"Saya... Saya susah nak tidur. Saya selalu stress. Jantung saya selalu berdebar. Kadang-kadang sesak nafas. Menggigil, pening, sakit dada dan saya selalu berfikir untuk tamatkan riwayat hidup saya selepas kehilangan isteri saya." Katanya perlahan sambil menunduk malah cukup didengari dipendengaran doktor Hannah.
"Faham, takpe kita check dulu ya? By the way saya bersimpati atas kehilangan Tengku. Tengku mesti tak kenal saya kan? Saya Hannah. doktor yang merawat arwah isteri Tengku, Puan Iris." Katanya, Noah memandang kearah wanita itu dengan tidak percaya.
Rawat?
Selepas dirawat, dia harus terima dengan hati yang terbuka bahawa sekarang dia telah menghidap penyakit insomnia, anxiety, panic attack dan juga depression. Doktor Hannah sarankan padanya untuk mengambil ubat dan jangan pernah terlepas satu ubat sekalipun jika mahu sembuh.
Wajah doktor Hannah yang sedang bercakap dengan jururawat itu dipandang. Dia mahu bertanya tentang Iris tetapi dia seakan malu.
Sebaik sahaja jururawat itu pergi, Noah memulakan pertanyaan tentang arwah isterinya, Iris. Doktor Hannah hanya tersenyum pahit. Dia juga takut jika benda yang mahu dia katakan ini boleh membuatkan lelaki itu sedih atau stress.
"Saya merayu dengan doktor, tolong beritahu saya tentang arwah. Apa yang arwah buat dekat sini masa dia masih lagi hidup?" Desak Noah namun masih lagi
"Puan Iris... Puan Iris datang kesini untuk menerima rawatan bagi penyakit yang dialaminya. Sepertinya, penyakit skizorfenia iaitu adalah gangguan mental yang menyebabkan penderitanya mengalami halusinasi dan sebagainya. Dan gangguan halusinasi juga boleh membuatkan seseorang itu mendengar dan melihat sesuatu kenyataan yang tidak wujud. Sepertinya... Aryan." Panjang lebar penjelasan doktor Hannah tentang perkara yang harus Noah tahu. Penyakit sebegini jangan dibuat main! Dia terlalu bahaya sehingga sampai ke tahap mencederakan diri atau orang lain.
"Jadi doktor nak kata yang Aryan tak wujud?" Soalnya kembali tanda tidak percaya dengan dahi berkerut. Doktor Hannah membalas dengan cara menggelengkan kepalanya tanda tidak.
"Tak. Aryan memang tak wujud, dia hanya la gangguan halusinasi sahaja. Mungkin Aryan ni dia wujud pun bagi menemani arwah. Arwah seorang yang sangat ceria, tapi lama kelamaan dia kembali sedih. Sebab tu kita perlu memberi sokongan kepada dia. Tapi... Allah lebih sayangkan dia kan. Kita pun dah tak boleh nak buat apa untuk kembalikan dia. Hanya doa sahaja agar roh dia tenang disana. Saya harap Tengku kuat menghadapi ujian ini." Kata-kata doktor Hannah dengan mata yang sudah berkaca itu. Raut wajah Noah dipandang. Ya Allah sungguh berat ujian yang lelaki itu hadapi.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...