Pada hari yang sama arwah pergi, ketika itu juga mereka menyelesaikan semuanya. Selepas selesai sahaja urusan solat jenazah yang diketuai oleh Noah, mereka semua bergerak ke tanah perkuburan. Sampai sahaja di tanah perkuburan, sebelum jenazah Iris dimasukkan ke dalam liang lahad, Noah sempat mengelus lembut wajah arwah isterinya buat kali terakhir. Dan siapa sangka, segala urusan pengebumian arwah Iris dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Tak lupa juga, Laura telah pun berjaya ditangkap dan dipenjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dan kesalahan mencederakan orang awam.
Semua disitu turut berduka dengan apa yang terjadi. Empangan air mata dia akhirnya pecah jua sewaktu Ustaz Fahrin membacakan doa. Ustaz Fahrin serta anak beranaknya turut hadir pada ketika itu bagi menolong apa yang patut. Usai semuanya selesai, semua berlalu kearah Noah dan memberi semangat padanya. Pekerjanya juga turut hadir memberi semangat. Semua mula beransur pulang dan yang tinggal hanya Noah dan ahli keluarganya sahaja.
Noah yang duduk diatas tanah menghadap kubur arwah didekati Naira. Bahu lelaki itu diusap kemudian tangan Naira melingkar di leher abangnya. Hanya pelukan sahaja yang dia dapat berikan pada abangnya tanda semangat. Noah tidak mengungkap satu ayat sekalipun, namun dengan air mata yang mengalir itu sahaja dapat dia ungkapkan betapa sakitnya dia ketika itu.
"Abang kuat kan? Abang kena kuat. Memang sakit nak lepaskan orang yang kita pergi. Tapi Tuhan dan tentukan takdir dia macam tu. Abang kena kuat tau, D...Diana ada dengan abang." Kata Naira atau Tengku Diana Amanda dalam tangisan. Kepala dilentokkan dibahu abangnya.
"Dia dah janji dengan abang tapi kenapa dia sendiri mungkir?" Soal Noah secara tiba.
"Sebab mungkin arwah Kak Ris nak tengok sejauh mana abang boleh jadi kuat tanpa dia disisi. Dia mungkin tiada disini tapi dia tetap berada dalam ni." Hati Noah ditunjuk dengan jari telunjuknya.
Noah menggigit hujung bibirnya dengan mata terpejam. Linangan air mata tetap mengalir walaupun dengan mata terpejam. Dia menunduk. Kenapa dia perlu rasa sesakit ini? Dia tidak kisah jika Iris meninggalnya dalam keadaan yang baik, tapi dia tak boleh menerima bila Iris meninggal dalam keadaan yang mengerikan.
Kini dia bersendirian, hanya bayangan yang bakal menghantui dirinya.
Naira yang melihat abangnya dalam keadaan begitu lantas mengeratkan lagi pelukan. Jatuh kucupan hangat diatas ubun-ubun sang abang. Noah yang teresak-esak nangis dipeluknya. Air mata jantan Hayder jatuh setelah melihat keadaan sepupunya begitu. Tidak kuat jika melihat orang yang dia sayang sakit.
Puan Ayra mendekati pula Noah dan Diana. Bahu Diana disentuh. Diana yang terasa bahunya disentuh terus meleraikan pelukan dan beri laluan pula pada Puan Ayra untuk duduk disebelah abangnya.
Puan Ayra duduk bercangkung disebelah Noah dan jari jemari lelaki itu disentuh dan digenggam.
"Noah, sayang dengan cakap mama kan? Anak mama kuat. Noah kuat. Noah kena redha ya sayang, Iris dah pergi. Allah dah ambil dia dari kita jadi Noah kena terima Tentuan-Nya ya." Ungkapan Puan Ayra lagi membuatkan sebak di dada Noah.
Puan Ayra terus menarik Noah kedalam pelukannya. Diusap belakang tubuh lelaki tersebut dan rambutnya juga dielus lembut. Noah menghemburkan segala tangisannya didalam pelukan Puan Ayra.
"Mama tahu Noah kuat. Kita doa banyak-banyak untuk arwah ya. Biar arwah tenang disana. Dengan izin Allah S.W.T, Insya Allah kelak disana nanti Noah akan berjumpa dengan Iris ya. Noah kuat ya sayang, mama ada dengan Noah." Ujar Puan Ayra. Wajahnya yang lecun basah dek kerana air mata dibiarkan. Peluh yang meniti diwajah Noah dilap oleh Puan Ayra.
Noah mengangguk tanda mengerti. Kini, hanya dia seorang tanpa bidadari disisi.
"Mari ikut mama balik. Malam ni kita ada majlis tahlil untuk arwah, Noah ikut mama balik ya?" Bagaikan seorang ibu sedang memujuk anaknya dan itu la Puan Ayra yang sedang memujuk Noah.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...