Bab 12

2.9K 119 0
                                    

Dayana melabuhkan punggungnya diatas sofa berhadapan dengan Hayder. Dia menunduk. Sebaik sahaja dia membersihkan diri. Dia terus turun keruang tamu dengan berpakaian, Abaya bewarna mint green dan Bershawl putih.

Hayder menyilangkan kakinya, dia cuba mencari anak mata Dayana.

"Tell me, Trisya. Why are they chasing you? And how much does your mother owe? Tell me everything i need to know about you, now!" Tegas nada suara Hayder memecahkan kesunyian dirumah itu.

Dayana seakan takut-takut mahu memandang susuk yang memandang tajam kearahnya. Dia hanya mampu menunduk. Dia mahu balik. Dia mahukan ibunya.

"Nur Dayana Batrisya!" Keras suara Hayder menyebut nama penuh Dayana.

"When I talk to you, please look at me." Dayana hanya akur. Dia mengangkat wajah memandang Hayder.

Mata mereka saling bertembung. Lama. Hayder mengangkat sebelah keningnya.

"Umm.. Maaf. Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi selamatkan saya. Saya tak tahu nak balas jasa awak macam mana, Hay.. So firstly, nama saya, Nur Dayana Batrisya Binti Muhammad Bayezid Farhad. Umur saya tua setahun dari Iris dan Nawal. 26 tahun. Saya anak tunggal. Abi saya meninggal sewaktu umur saya 4 tahun. Jadi saya dibesarkan oleh ibu. Selepas sahaja kematian abi, ibu selalu  berhutang. Dengan duit itu, ibu dapat membesarkan saya. Kalau awak nak tahu, saya ni spm pun takde, sebab apa? Sebab saya berhenti sekolah sewaktu umur saya 9 tahun. Hidup saya bukan macam orang lain. Kami orang susah. Bila saya dah berhenti sekolah saya ingat nak tolong ibu. Tolong la apa yang patut. Jual kuih ke apa ke asalkan kerja halal. Tapi, lain pula yang jadi. Ibu.. Ibu bekerja sebagai..." Ayat terhenti. Dayana cuba mengumpulkan kekuatan untuk terus bercerita. Mata dipejam. Air mata mengalir dari celah tubir matanya.

Untuk sekian kalinya, mata kembali dibuka. Mulut cuba menuturkan ayat tersebut walaupun payah.

"P.P..Pelacur." Terbuntang besar biji mata Hayder tatkala ayat itu meniti dibibir Dayana.

"I..Ibu bekerja sebagai pelacur, semata-mata untuk dapatkan duit. Dengan duit itulah dia beri saya makan minum semua. Walaupun dia selalu gunakan duit itu untuk beli dadah, tetapi dia tidak pernah langsung sakitkan saya. Bila saya dah remaja saya bekerja disebuah restoran. Duit saya, saya serahkan kepada ibu sikit. Bila umur saya menginjak 19 benda yang paling buatkan saya kecewa sangat dengan ibu.. Adalah ibu sanggup jual saya dengan diorang. Ibu kata, dia tak mampu nak bayar balik hutang Felix jadi Felix beri pilihan pada dia, kalau ibu pilih untuk jual saya pada dia.. Bermaksud hutang ibu dah selesai. Kalau ibu pilih tidak, bermaksud mereka akan bunuh ibu jika ibu tidak dapat langsaikan hutang tersebut. Dan ibu kata.. dia pilih untuk jual saya!" Sambungnya panjang lebar dengan nada sebak. Sakit yang tidak terkata. Kecewa? Ye! dia kecewa sangat dengan ibunya. Selfish!

"Dan mungkin awak tertanya-tanya bagaimana saya dapat duit untuk menetap disini, kan?" Tersenyum manis Dayana walaupun dalam keadaan tidak tentu hala.

Hayder hanya berdiam. Dia memandang tepat pada anak mata wanita itu. Ye, semestinya dia mahu tahu jawapannya.

"Saya menetap disini menggunakan hasil duit kerja saya. Saya bekerja di sebuah restoran diumur saya 17 tahun, semasa di Malaysia. Duit gaji saya sebulan RM 100. Kerja saya senang je, basuh mangkuk pinggan, Ambil order dan Buatkan air. Mereka terima saya bekerja pun sebab mereka kesihan dekat saya. Dengan SPM pun takde. Sekolah pun belajar sampai umur 9 tahun je. So, duit tu saya menabung dari kecil. Saya waktu kecil pernah berniaga nasi lemak, itu pun cuma tolong jiran. Setiap hari saya dapat 5 ringgit. Dari situ saya menabung." Kata Dayana bersama senyuman hambar. Wajah Hayder dipandang sekilas sebelum dia kembali menunduk.

"Lepastu? Apa yang terjadi? Macam mana you boleh lari dari diorang? Sedangkan ibu you dah jual you?" Soal Hayder bertubi-tubi.

"Lepastu, malam tu malam terakhir saya bersama dengan ibu. Saya cium dahi ibu. Kalau ikut kan hati saya malam tu. Saya nak je lari dari rumah tu. Tapi saya tak buat. Sebab saya taknak ibu kena bunuh. Saya taknak hilang ibu. Ibu nyawa kedua saya. Dan esok tu, sumpah saya takut. Diorang datang nak ambil saya. Saya meronta-ronta masatu agar diorang lepaskan saya. Dan barang-barang keperluan saya ibu beri kepada mereka. Hati saya remuk bila tengok ibu tak berganjak langsung untuk tolong saya. Malah, dia hanya berdiam. Dan selepas itu.. saya dibawa ke negara ini, Scotland."

"Dan bagaimana saya terlepas.. satu hari tu, saya cuba larikan diri. Saya bawa beg yang ibu serahkan pada diorang, senang cerita barang keperluan saya. Dan dalam beg tu saya tidak tahu ada duit kerja saya. Sedangkan, duit tu saya letak bawah katil. Dan saya pasti.. Ibu yang masukkan duit tu dalam beg saya. Even saya rasa kecewa, saya tetap sayangkan ibu saya. Saya sayangkan syurga saya. Dia, ibu saya. Saya rasa bersyukur sangat masatu sebab Tuhan bantu saya. Saya dapat lepas dari diorang. Dan saya tidur dibawah jambatan. Sampaikan saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi lepastu. Kadang-kadang saya lagi hampir terserempak dengan Felix dan kuncu-kuncu dia. Nasib masatu saya boleh berfikir untuk mencari tempat bersembunyi. Dan akhirnya, saya mencari kerja. Dengan duit ini lah.. Saya dapat sambung belajar and at the same time, saya bekerja. Namun sekarang, saya dipertemukan semula dengan mereka setelah 4 tahun berlalu." Terang Dayana sepenuhnya tentang kisah lalunya. Dan Hayder setia mendengar.

"Does your friend know about this?" Dayana menggeleng perlahan.

"Yes. Diorang tahu. Lagipun apa masalah yang kitaorang hadapi.. Kitaorang akan cerita satu sama lain. Macam Nawal ada kisah silam dia and Iris pun ada kisah silam dia. Dan awak pun ada kisah silam awak. Tapi sekarang awak dah berubah. Walaupun takdir awak bukan dengan Iris. At least, awak ada Zayden." Hayder mengangguk. Dia tahu tentang kisah silam Iris, kerana kisah tersebut ada kena mengena dengannya.

"Semua orang nampak happy je diluaran malahan didalam tiada sesiapa yang mengetahuinya. Hanya DIA sahaja yang tahu isi hati kita." Ujar Dayana. Air mata yang tadi mengalir diseka.

Keadaan menjadi hening kembali. Tiada sebarang bunyi melainkan didapur, kerana didapur ada pembantu rumah yang diupah oleh Hayder.

Dayana hanya berdiam sama seperti Hayder. Masing-masing seakan melancarkan perang bisu. Hayder dari tadi tidak lepas memandang wajah Dayana. Dayana pula menunduk. Apa perlu dia buat ketika ini?

Meminta agar dilepaskan? Dia taknak menjadi tahanan dirumah ini. Dia taknak benda yang sama terjadi pada Iris terjadi padanya. Dia takut. Kenapa dia rasa seakan lelaki dihadapannya ini ada kaitan dengan orang yang dihutang oleh ibunya?

"Let's get married!!"

BERSAMBUNG

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now