Pintu diketuk dan dibuka tanpa memberi salam.
"Noah lambatnya datang. Laura dengan cucu-cucu umi mana? Rindu betul umi dengan mereka." Sapa Datin Rosmanida seraya mencari-cari kelibat manantu kesayangan dan cucu-cucunya.
"Dekat rumah... Ni Noah datang pun dia tak tahu. Noah datang saje je. Nak jumpa Naira. Naira kata ada hal nak dicakapnya. "
"Oh, ye la. Hah ni Noah, nanti malam umi nak pergi rumah kamu boleh?"
"Boleh je umi... Datang je. Naira mana?"
"Naira ada dekat dalam bilik dia la. Tengah buat apa umi tak tahu..." Kata Datin Rosmanida lembut. Noah memandang wajah tua itu. Serta merta terasa hatinya sakit apabila mengenangkan orang yang sanggup fitnah uminya. Kenapa hati mereka hitam sangat sampai perlu memfitnah orang yang tidak berdosa
"Umi, Noah naik atas dulu ya." Datin Rosmanida mengiyakan sahaja. Noah menapak ke arah tangga. Satu persatu anak tangga dinaiki.
Bunyi ketukan pintu menyentakkan Naira yang sedang leka berbual dengan kawan-kawannya didalam telefon bimbit miliknya sendiri.
"Masuk!" Laung Naira dari dalam. Tombol pintu dipusing dan dibuka. Susuk tubuh tegap itu masuk kedalam.
Naira lantas mematikan panggilannya. Abangnya seorang je ek? Selalunya berdua. Minah tu selalu sangat berkepit 24 jam dengan abangnya. Ni tak ikut pulak?
"Abang, kau buat apa kat sini seorang? Mana isteri kesayangan kau tu? Hilang dah? Ke dah kena culik dengan hantu?" Sindir Naira berasama senyuman sinis.
"Jangan cari pasal dengan aku Naira." Tegas Noah tapi tidak diendahkan adiknya.
"Suka hati kau la bang aku tak kesah dah."
"Dah bagi sini anak-anak aku." Naira menyerah kan Ian dan Isaan kepada Noah. Memandangkan seminggu ni Iris nampak begitu penat jadi dia mahu menolong kakak iparnya menjagakan anak-anak buahnya seketika. Masuk sahaja ke dalam dukungan. Tiba-tiba pecah tangisan kembar
Membuatkan dahi Noah berkerut.
"Ishh kau ni bang... Bagi sini kembar dekat aku. Tengok dia orang ni pun takut nak duduk dengan bapak yang berperangai setan macam kau. Pergi sana lah!" Bidas Naira. Noah mengerling adik perempuannya. Ada juga yang mati ditangannya nanti.
"Apa-apa saja la. Nanti malam umi nak datang rumah aku. Kau kena ikut sebab Iris nak tengok anak-anak dia..."
"Memang pun aku nak ikut. Karang tak pasal-pasal ada je benda yang terjadi."
"Suka hati aku la nak buat apa pun. Rumah aku, isteri-isteri aku dan anak-anak aku."
"Dengar sini bang... Jangan buat tindakan yang terburu-buru faham. Nanti kau juga yang menyesal."
"Diam la kau. Takpayah nak ajar aku. Aku tahu la. Ni apasal panas ni? Berpeluh aku... Asal panas je ni? Kau tak reti nak bukak aircond ke? Panas tahu tak!" Noah mendengus kasar. Dahinya berpeluh. Kalau boleh satu badannya juga berpeluh. Baju t-shirt yang dipakainya sudah pun basah.
"La... Naira rasa sejuk je. Kau ni dah kenapa bang? Naira rasa sejuk tau. Tu asal badan kau berpeluh?" Soal Naira.
"Eh cepat la... Kau nak jumpa aku asal? Aku dah panas dah ni." Soalnya sambil mengelap peluh diwajahnya.
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...