Bunyi budak menangis menyentakkan Laura yang sedang berbaring senang itu. Rasa bingit menerpa kedalam gegendang telingannya. Rasa geram membuak-buak datang. Kenapa lah budak-budak ni tak mati je? Menyemak!
Laura bangkit lalu mempercepatkan langkah ke arah kembar yang sedang merengek itu. Lengan Ian dicubit kuat dan semakin kuat juga tangisan Ian ketika itu.
"DIAM LA! Bising tahu tak! Yang papa kau orang ni satu, dah malam pun tak reti nak balik ke apa?! Nak jaga sangat perempuan bodoh tu asal?" Laura menengking lantang sehingga kembar menangis.
Semakin lama semakin kuat. Laura semakin tidak keruan. Bising! Dia menampar-nampar kuat pipi kembar.
"M...Mama... Mama..." Kembar memanggil mamanya. Namun, siapa sangka Iris tiada disitu namun terbaring dikatil hospital.
"Aku cakap DIAM! DIAM LA! Kau orang nak mati ke apa?!" Laura mengangkat Ian lalu dihempaskan diatas katil. Kemudian dia mengangkat Isaac pula dan sama dihempas tubuh kecil bayi itu diatas katil.
"BENCI! BENCI! BENCI!! Kenapa la papa kau orang tu tak bunuh je kau orang? Kenapa perlu menyusahkan aku?" Cebik Laura.
"Ishh bising la!" Laura naik ke atas katil, peha Ian dan Isaac menjadi sasaran dicubit dan ditamparnya pipi pau kembar. Baru sahaja tangan mahu menaik lagi sekali ke pipi mulus Ian dan Isaac, tindakannya terhenti serta merta apabila tubuhnya ditolak kasar oleh seseorang yang berbadan tegap.
Dada jejaka misteri itu berombak ganas. Tangan digempal penumbuk. Urat-urat hijau mula menimbul ditangan kekar jejaka itu.
"Siapa bagi kebenaran pada kau untuk pukul anak-anak buah aku?" Sinisnya.
"Err, k...kau ni siapa huh? Macam mana kau boleh masuk rumah aku? Siapa kau huh?! Kau pencuri ke apa?" Pekik Laura. Rasa gementar mula hadir apabila melihat tubuh jejaka berbadan tegap itu.
Wajah lelaki misteri itu direnung. Lelaki yang berhoodie hitam itu juga turut merenungnya malah dengan pandangan benci. Senyuman sinis diberi sebelum tawa kecilnya terlepas.
"Bodohnya la kan kau ni? Suami kau takde cerita ke dekat kau yang dia sebenarnya..."
"Ada kembar?" Soal lelaki berhoodie hitam itu.
Tubuh kecil Ian dan Isaac diangkat lalu digendong. Dilabuhkan satu kucupan hangat pada ubun-ubun anak-anak buahnya.
"K...kembar? T...tak. Tak! Kau tipu! Kau sebenarnya dibayar untuk bunuh aku kan? Kau nak culik aku kan? Baik kau keluar dari rumah aku sekarang! Keluar atau aku call polis!" Ugut Laura. Dia mengeluarkan iphone miliknya dari poket seluar lalu button on ditekan.
"M...ma..mama..." Nangis kembar. Tangisan mereka masih lagi tidak berhenti.
"Shhh... Babah Arren dekat sini sayang. Nanti kita pergi jumpa mama ya?" Seketika kemudian, suara si jejaka membuatkan kembar melentokkan kepala mereka dibidang dada si jejaka.
Beberapa minit kemudian, akhirnya mereka terlena jua didalam dukungan si jejaka. Kembar diletakkan didalam baby court dan pandangannya beralih pula pada Laura yang masih lagi mencuba-cuba menekan button on itu.
"Ikut aku. Kita cakap dekat luar. Maaf kerana aku tak sengaja tertolak kau." Kata lelaki misteri itu sinis lalu menapak keluar dari bilik tersebut.
Laura mencebik. Dadanya berdebar. Masa-masa ini juga lah battery iPhone miliknya mati. Dah la dia tengah takut sekarang ini. Apa akan terjadi padanya selepas ini? Siapa lelaki tadi? Apa yang lelaki itu nak darinya? Kenapa dia kata dia kembar kepada suaminya? Apa yang suaminya sorok kan darinya? Dia akan dibunuh ke? Lelaki itu mafia macam dalam drama turki ke? Bertubi-tubi soalan didalam fikirannya. Rasa gementar menyelebungi dirinya. Air liur ditenguk payah.
Dia cuba memberanikan diri keluar dari bilik tersebut. Sebaik sahaja pintu itu dikuak dia melangkah keluar. Terlihat susuk tegap lelaki sedang duduk di atas sofa dengan kaki disilangkan. 'Boleh tahan juga ya mamat ni? Handsome. Tubuh tegap. Lagi hot dari suami aku ni.' Bisik hati Laura.
"Dah puas renung? Let me introduce myself first, i am Tengku Nik Farhan. You're husband twins. Mungkin kau tak kenal aku siapa, tapi suami dan isteri pertama dia tahu aku siapa, walaupun isteri pertama dia tak pernah jumpa aku secara depan-depan. But Don't worry, aku bukan 'perampas' macam kau. Aku datang sini pun hanya untuk berjumpa dengan suami kau. Dan apabila aku sampai sini, hati aku ni rasa panas. Panas sangat. Dada aku ni berombak panas bila lihat anak buah aku didera oleh manusia berhati BINATANG MACAM KAU!!" Terhinjut kedua-dua bahu Laura ketika itu apabila meja disebelah jejakak itu ditumbuk. Matanya juga turut terbeliak besar. Jerkahan dari si jejaka membuatkan Laura gerun akannya.
Dadanya berombak ganas. Tangan digempal penumbuk. Wajah Laura yang tadi biasa berubah menjadi ketakutan. Jerkahan itu lagi menyeramkan dari jerkahan suaminya. Namun bagi jejaka itu jerkahannya hanya biasa-biasa sahaja. Tidak lah mengerunkan sangat bukan?
"Aku takkan marah atau naik tangan pada wanita sekalipun, tapi kau, kau buatkan aku rasa benci yang membuak-buak pada kau. Kau dera anak-anak buah aku. Dan aku sebagai bapa saudara dia orang takkan aku nak diam? Betul? Dan kau mesti tertanya-tanya bagaimana aku masuk ke dalam rumah ni kan?" Satu benda dikeluarkan dari poket seluarnya. Ternyata kunci rumah banglo itu.
"See, aku ada kunci spare. Jadi bagitahu aku, kenapa kau pukul Ian dengan Isaac, hm?"
"B...bukan salah saya sebenarnya. Saya pukul dia orang sebab dia orang tak dengar cakap. S...saya cuma nak..."
"Cuma nak? Habiskan lah ayat tu. Jangan biarkan tergantung. Aku bukan makan orang pun. I am nothing like my twins. Aku bukan dayus macam suami kau, Noah. Kalau Noah kau boleh lah tipu, tapi aku? Tak. Kau tak mampu untuk tipu aku, Laura Amelia. Oh yeah, for your information, ini bukti yang aku adalah kembar suami kau. Take a look sweetheart." Gambar yang terpapar di dalam iPhone miliknya ditunjukkan kepada Laura. Tubuh tegap jejaka yang sedang duduk itu didekati perlahan.
"Mungkin semua orang ingat yang kau ni baik serupa bidadari syurga. Dan orang itu semestinya, Datin Rosmanida Zahra. Tapi, bagi aku kau ni... Bukan lah bidadari syurga, tapi... Bidadari dari Neraka." Dengan sekali bidasan membuatkan rasa panas dihati Laura membuak-buak. Kurang ajar! Ada ke patut jejaka itu berkata sedemikian padanya?
"Tak... Tak mungkin... You know what? Kau buat la apa sekali pun. Noah akan tetap percayakan aku dan aku akan rampas semuanya dari perempuan tak guna tu!"
"And, one more thing, aku kahwin dengan Noah pun sebab aku nakkan duit je. Dan... hancurkan kebahagian Iris. Lagipun takde siapa yang akan halang aku, kau kena tahu yang aku ni menantu kesayangan Datin Rosmanida Zahra dan aku boleh buat apa-apa je yang aku nak. Kau tak boleh halang aku sebab mak mertua aku tu pasti akan percaya kan aku lebih dari anaknya sendiri." Kata Laura yakin. Dia memeluk tubuhnya.
"Wow... Goodluck dear. But you need to remember this forever, woman. Kau bermain dengan api, kau yang tuangkan minyak dan kau yang marakkan api. Aku tak kisah kalau kau nak rampas harta 'orang tua' itu, tapi aku takkan sesekali biarkan kau 'rampas' harta Noah atau adik aku sekalipun. Once you did, you will regret it."
"Kisah pulak aku. Kalau kau tu kembar suami aku, kemana kau pergi selama ni? Kau ingat perempuan tua tu nak ke percaya kan kata-kata kau? Kau dah lama hilang kut. Bodoh." Jejaka itu tersenyum sinis sebelum mengalih pandangan kearah wanita yang berhadapan dengannya. Silap wanita itu kerana telah bermain dengan api. Tidak lama lagi rahsia wanita tersebut bakal terbongkar.
Dan, Penyesalan bakal menyusul.
BERSAMBUNG
YOU ARE READING
C | DERITA MILIK DIA
Romanceℌ𝔞𝔩𝔲𝔰𝔦𝔫𝔞𝔰𝔦 𝔜𝔞𝔫𝔤 𝔇𝔦𝔱𝔞𝔨𝔡𝔦𝔯𝔨𝔞𝔫 𝔅𝔢𝔯𝔰𝔞𝔪𝔞, 𝔅𝔦𝔡𝔞𝔡𝔞𝔯𝔦 𝔖𝔶𝔲𝔯𝔤𝔞. "Hidup kau takkan pernah tenang, Iris Natasha. Aku akan buat kau terseksa sampai MATI!" 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑵𝒐𝒂𝒉 𝒁𝒂𝒓𝒊𝒆𝒍 Jejaka yang berusia 29 tahu...