BAB 54

1.5K 38 3
                                    

Malam menjelma, tepat pada pukul 12 Malam, Zarren, Hayder dan juga Ash terpaksa membuat kerja gila. Tubuh tegap Noah diangkat membawa masuk kedalam perut kereta. Zarren ditempat pemandu, Ash disebelahnya dan Hayder dibelakang bersama Noah, masing-masing mengeluh nafas panjang. Kalau diikutkan bukan cara begini. Serta merta mereka bertiga teringat apa yang terjadi sebentar tadi. Mereka bertiga mahu sahaja menapak kedalam wad yang menempatkan Laura namun langkah mereka terhenti apabila melihat Noah yang baru sahaja keluar dengan wajah yang bengis. Zarren mengempal penumbuk lalu melayang sudah tumbukan itu tepat mengenai diwajah kacak Noah.

Kata Noah sebentar tadi, dia mahu berlalu kebilik Iris dan membunuh wanita itu disebabkan oleh wanita itu, Laura keguguran. Kata doktor, mungkin Laura tidak dapat lagi mengandung seperti sediakala. Oleh itu, dia tidak dapat lagi menahan amarahnya. Urat hijau naik menimbul di lengan kekarnya serta dahinya. Namun langkahnya terhenti dek kerana tumbukan seseorang. Amarah yang ditunjuk oleh Noah dengan wajah dingin mendapat perhatian dari Ash apabila Ash tidak sengaja terpandang susuk lembaga hitam yang berdiri tidak jauh dari mereka. Beristighfar Ash ketika itu. Mata dipejam sebelum kembali dibuka. Malahan, bila mata kembali dicelik, tiada lagi susuk lembaga hitam tersebut.

"Tak sia-sia kau pukul Noah Ren. Pingsan juga dia kat belakang tu. Tapi, kau nampak apa yang aku nampak?" Zarren menggeleng. Sekilas dia memandang wajah Ash.

"Aku tak nampak, tapi... Aku rasa macam ada orang perhatikan kita pada waktu tu."

"Woi, nak cakap tu kalau boleh kita cakap sambil drive eh? Ni kat parking lot tau, mulut tu jangan celupar sangat. Dah la tadi bulu roma aku dah naik. Ni kita nak bawak dia pergi mana ni?"

"Kita bawa dia jumpa ustaz. Aku ada kenal seorang ustaz ni. Dia dah lama jadi ustaz dekat kampung aku. Dia handal dalam bab-bab macam ni. Time-time macam ni dia biasanya tak tidur lagi." Kata Ash. Sambil mengerling skrin telefon miliknya yang sudah dipenuhi dengan notifikasi.

"Kampung kau dekat mana?" Soal Zarren.

"Ipoh, Perak."

"Jauh tu... Karang sedar dia ni nak buat apa? Aku dah la dekat belakang. Tak pasal-pasal dia cekiknya aku. Cari je la Ustaz-Ustaz yang berdekatan dengan area Kuala Lumpur ni. Nak gerak pergi Ipoh tu berapa jam nak sampai? Tak pasal-pasal 2, 3 pagi baru sampai. Tu pun Ustaz yang kau cakap tu pun dah tidur." Selamba Hayder. Seketika itu dia melihat wajah Noah yang sedang lena dibuai mimpi indah itu.

Mana tak indahnya kan? Dipukul lalu pingsan. Indah sangat tu. Pusing tubuh melihat Hayder yang tengah membebel itu.

"Enough! Full stop! Sekarang ni tak kisah lah jauh ke dekat ke yang penting aku nak kembar aku kembali normal. Hay, kalau dia sedar kau jentik dahi dia takpun kau tekup la muka dia. Atau lagi senang kau tumbuk je dia bagi dia pingsan balik. Dah! sekarang jom. Kita gerak pergi Ipoh. Kau tahu kan rumah Ustaz tu dekat mana Ash?" Ash mengiyakan sahaja. Zarren menghidupkan enjen kereta Audi Rs7 lalu kereta mewah tersebut keluar dari parking lot hospital.

Dipandu dengan cermat dan selamat, namun bagi Hayder ini bukan dipandu dengan cermat atau selamat tetapi dipandu untuk terus ke alam lain. Laju sangat. Lagi laju Zarren bawa dari dia yang bawa sendiri. Ash disebelah Zarren hanya berdiam sahaja. Sejak kebelakangan ini, dia banyak berdiam jika mahu dibandingkan dengan Hayder yang mulut seperti itik.

 Sejak kebelakangan ini, dia banyak berdiam jika mahu dibandingkan dengan Hayder yang mulut seperti itik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now