Bab 17

2.6K 112 15
                                    

Hayder mengambil nafas dahulu sebelum dihembus. Pintu rumah banglo milik Datin Zarina diketuk sebanyak tiga kali. Rasa gementar mula hadir menyelebungi diri Dayana. Sekarang ini, mereka sudah tiba di Malaysia.

Hayder dan Dayana menunduk. Masing-masing seakan takut dengan Datin Zarina. Mereka semua seakan melancarkan perang bisu. Tiada langsung sebarang bunyi. Wajah gementar Dayana dipandang dengan mata dikecilkan.

"Jadi.. Ini la bakal menantu mama, Zaf?" Selepas beberapa minit akhirnya Datin Zarina membuka mulut bagi memulakan ayat.

Mereka berdua mengangkat wajah. Dayana menenguk air liur payah.

"Haah. Ini la bakal menantu mama. Cantik kan? Dia kawan Iris. Kawan baik. Cuma tua setahun dari Iris. Nur Dayana Batrisya." Kata Hayder selamba. Dayana mencerlungkan matanya. Didalam hatinya geram sahaja dengan kelakuan Hayder.

"Yes. She's pretty. I like it. Mama suka dia. Jadi mama kena panggil awak apa ye?" Soal Datin Zarina menerpa kedalam halwa telinga Dayana.

"Umm.. Aunty boleh panggil saya Yana. Itu nama singkat saya." Senyuman diberi kepada bakal ibu mertuanya. Datin Zarina hanya menganggukkan sahaja.

"Jadi boleh tak kalau mama nak Yana cerita apa yang Yana boleh buat? Contohnya seperti memasak? Makanan apa je yang Yana boleh buat? Jangan risau hal peribadi Yana mama simpan ya?" Terlopong biji mata Dayana. Hal peribadi? Tolong jangan cakap Hayder share kisah dia dengan bakal ibu mertuanya?

Tidak. Tidak. Hayder tidak boleh buat begitu.

"Wait.. Awak bagitahu aunty pasal.."

"Yup. I did. Don't worry mama i bukan jenis tengok luaran tapi dia tengok dalaman. Am i right, Datin Zarina?" Ujar Hayder mendapat anggukan.

"Exactly, young man. Yana tak perlu risau mama terima Yana seadanya. So.. Cerita la dekat mama apa yang Yana boleh masak?"

"Ouh yeah sorry. Umm.. Actually Yana pandai masak semua makanan. Apa sahaja Yana boleh buat." Datin Zarina mengangguk. Hebat juga bakal menantunya ini. Boleh tahan.

"Hebat kamu ni Yana. Pandai pulak tu. Tapi sebelum itu, mama nak tanya Yana. Yana sudi ke jadi isteri kepada Zaf? Laki ni dulu dia.. Dia.." Bersusah payah Datin Zarina mahu melontarkan ayat tersebut. Pantas dengan itu Dayana terus memotong. Dia memegang tangan Datin Zarina.

"Aunty takpe.. Yana faham. Lagipun, Iris tu kawan baik Yana. Jadi semua kisah dia Yana tahu. Termasuk dulu. Yana ingat lagi Yana ada marah Hayder lepas dapat tahu kisah sebenar. Masa tu muka dia pucat sangat. Hidung dia merah. Dan sekarang Hayder dah berubah. Yana terima seadanya." Air mata yang berlinang di tubir mata Datin Zarina diseka oleh ibu jari Dayana.

Datin Zarin terkesima seketika.

"Allah.. Sungguh mulia hati kamu. Patut la kamu jadi kawan baik Iris. Dua-dua ada masalah. Dan dua-dua hati mulia.. Kalau macamtu.. Mama restu hubungan kamu berdua." Ton nada suara Datin Zarina sedikit tenggelam. Sebak.

"Mulai sekarang Yana panggil saja mama. Takpayah panggil aunty-aunty ni bagai. Yana tu bakal menantu mama. Jadi dari sekarang kena belajar ya?" Dayana mengangguk pula. Dia menggaru kepalanya yang dibaluti tudung shawl itu.

"Terima kasih mama sebab sudi restu hubungan ni walaupun Yana bukan macam perempuan lain. Tapi mama terima juga kekurangan Yana. I'm so gratefull to have a future mother in-law like you. Dan nanti.. Yana nak cari ibu. Yana rindu ibu. Dan Yana juga nak minta restu dari ibu tentang hubungan kami.."

Datin Zarina menarik Dayana kedalam pelukannya. Belakang tubuh Dayana digosok apabila wanita itu menangis didalam pelukan seorang ibu. Sungguh dia rindu akan susuk ibunya. Dan sekarang dia akan kembali ke lorong itu semula.

C | DERITA MILIK DIAWhere stories live. Discover now