Nota Pengarang

152 7 0
                                    

Assalamualaikum,

Pertama sekali, terima kasih kepada pembaca yang sudi memberikan peluang kepada Andai Tiada Duka. Anda boleh komen/mesej saya disini andai ada kesilapan yang saya terlepas pandang.

Kedua, berkenaan cerita Andai Tiada Duka. Cerita ini ialah fiksyen. Tiada kena mengena dengan satu-satu fokus manusia yang hidup ataupun mati. Saya mula menulis cerita ini pada umur 15 tahun dan mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kedua-dua bahagian 1 dan 2. Asalnya 1 bahagian, tapi atas permintaan, saya menyambung cerita ini dengan bahagian ke 2 nya. 

Ketiga, dalam masa beberapa tahun yang saya ambil untuk menyiapkan cerita ini, saya telah berjaya siapkan cerita yang bertajuk AKU. Saya galakkan pembaca agar membaca AKU terlebih dahulu, kerana watak-watak dalam penulisan saya berkait rapat. Akan tetapi, boleh juga sekiranya para pembaca mengambil cerita ini as in a stand alone writings.

Keempat, saya harap tiada pihak yang menciplak karya saya atau mengaku ada membantu saya menulis cerita ini kerana sajak-sajak yang ada ialah buah fikiran saya sendiri, beberapa bait-bait cinta yang tertulis ialah dari pengalaman hidup saya sendiri. 

Akhir kata, terima kasih sekali lagi kerana sudi memberi peluang kepada Andai Tiada Duka. Saya harap cerita ini dapat mengisi ruang kosong yang ada dalam masa anda.

P/S: Jangan lupa vote ya. <3


dee.mohd / dee.wong

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now