Bab 29

1.6K 43 1
                                    


"Aisyah, barang-barang semua dah habis beli?" tanya Nek Som.

Aisyah menjawab ya sambil mengerutkan dahi apabila terdengar batuk kecil Nek Som.

"Nenek tak sihat ni. Jom ke klinik."

"Tak payah, majlis engkau dah terlalu dekat ni. Nak naik motor lagi, nanti orang kata apa?" bantah Nek Som.

"Aisyah minta John hantarkan. Dia datang harini, nak hantar lagi beberapa kampit beras."

"Haihh engkau ni Aisyah. Aku kata tak payah,"

Nek Som menjauhi Aisyah yang dikelilingi oleh barang-barang hantaran. Aisyah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia meneruskan aktiviti mengubah barang-barang hantarannya sendiri.

"Assalamualaikum,"

Aisyah menghentikan aktivitinya lagi sekali. Dia cam suara tersebut. Aisyah mengeluh.

"Assalamualaikum,"

Aisyah memicit-micit dahinya kuat.

"Assalamualaikum,"

"Aisyah, kau dah pekak ke?" jerit Nek Som dari dapur.

Aisyah menepuk dahinya kuat. Dia bangun dan berjalan kearah pintu rumah yang tidak bertutup.

"Waalaikumussalam."

"Ah.. Aisyah. Aku datang sebab nak menolong. Mak aku datang kejap lagi,"

"Oh, masuklah." jawab Aisyah ringkas. 


"Bawang-bawang semua dah kupas ke? Majlis kau lagi dua hari je kan?" tanya Jamilah ramah.

"Ada lagi setengah belum siap. Aku nak kena siapkan hantaran. Aku lupa yang aku tak buat lagi." jawab Aisyah. Dia tersengih.

"Nenek kau tak marah pulak?"

"Kau dah gila ke dia tak marah?" Aisyah ketawa.

Jamilah tiba-tiba memeluk Aisyah erat.

"Aku minta maaf," Jamilah menangis teresak-esak.

"Aku janji aku takkan buat macam tu lagi dah. Aku sayang kau Aisyah. Jangan ignore aku lagi," sambung Jamilah.

Nek Som hanya meninjau drama dua kawan baik tersebut dari dapur. Dia tersenyum apabila melihatkan wajah kekok Aisyah yang menepuk-nepuk belakang Jamilah.

"Ya, aku ok." jawab Aisyah. Dia cuba untuk meleraikan pelukan tersebut.

"Aku tak boleh macam ni dah Aisyah. Tak bercakap dengan kau. Pelik sangat-sangat,"

Aisyah menepuk-nepuk belakang Jamilah dengan rasa kekok.

"Ya. Aku maafkan kau,"

"Well, well, well.. What we have here?"

Aisyah menoleh kearah pintu yang terbuka luas. Wajah Rosaline yang masuk tanpa memberi salam dipandang.

"Okay this is awkward." kata Aisyah seraya menolak Jamilah. Jamilah ketawa sambil mengesat air matanya.

"Hi. Ini Rosaline adik John ke Cah?"

"Haah. Rosaline, Milah. Milah, Rosaline."

Rosaline dan Jamilah berjabat tangan dan bertukar senyuman.

"Ini Jamilah?" tanya Rosaline ramah. Bahasa Melayu nya semakin baik.

"Mana abang?" tanya Aisyah tak emmpedulikan pertanyaan Rosaline.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now