"Elok ke kau duduk kat sana tu Aisyah?" tanya Nek Som perlahan. Dia memandang tingkah laku Aisyah yang tidak seperti selalu. Aisyah banyak mendiamkan diri sejak tiba dirumah usang itu tengah hari tadi.
"Kau ni kena buli ye?" teka Nek Som. Aisyah yang asyik mengunyah buah mangga ditangga rumah terbatuk-batuk kecil.
"Nenek ni pandai - pandai aje nak teka yang bukan - bukan,"
"Habis yang engkau tu asyik diam dari tadi kenapa? Mana tak aku fikir bukan - bukan? Dah lah aku tak berkenan dengan si Jamilah tu. Entah - entah saja dia nak kenakan kau tak?"
"Allah, nenek ni tak baik tau fitnah orang bukan - bukan. Semua ok je Alhamdulillah. Macam Aisyah cakap lah. Semua ok je,"
"Habis yang kau diam dari tadi tu?"
"Hm.. Macam mana eh nak cakap," Aisyah terdiam sebentar. "Minggu depan Aisyah tak dapat balik. Minggu lagi satu baru boleh balik," sambungnya setelah beberapa ketika.
Aisyah memandang wajah neneknya. Dia gerun. Meremang segala bulu ditubuh badannya. Nek Som memandang tepat kearah matanya. Mata dikecilkan, kerut didahi semakin jelas diperlihatkan.
"Macam ni, mak dengan ayah bos Aisyah tu balik. Jadi dia nak buat kenduri; doa selamat dengan nak sambut hari jadi Hanisah. Mak Jah dengan Hanum minta Aisyah tak balik. Tu pun kalau boleh lah.."
"Penting sangat ke mak bapak orang tu dari nenek kau ni?"
'Ah sudah.. Drama!' pekik hati Aisyah kuat, namun tidak terluah dimulut, tak terdengar dek neneknya.
"Tu lah sebabnya Aisyah diam tadi," kata Aisyah lalu bangun dan meninggalkan neneknya bersendirian dimuka pintu. Dia faham benar akan kelaku neneknya itu. Lagi lama dia disitu, lagi banyaklah drama yang akan dimainkan.
Aisyah masuk kebilik setelah menutup semua tingkap rumah. Dia duduk dibirai katil biliknya yang tidak besar itu. Beberapa minit kemudian, dia membaringkan tubuh kurus miliknya di atas tilam usang yang sudah agak nipis itu. Dia mengeluh.
**
"Kau ni dah bodoh ke bagi budak main benda - benda kotor?"
Dia memandang kearah Iskandar, muka lelaki itu memerah menahan marah. Hanisah disebelah memegang tangannya erat.
"Encik tak pernah main lumpur ke, masa kecil?" mulut cabulnya bersuara.
Dia memaki dirinya dari dalam hati. Tapi dia geram dengan lelaki dihadapannya tatkala ini. Masuk hari ini, sudah dua kali lelaki ini menggelarnya bodoh. Dia jadi geram.
"Amboi, baru seminggu dah pandai menjawab,"
"For your information, I'm asking. Not answering." jawab Aisyah tenang dan tegas.
'Kau ni kalau bukan adik bos, kalau bukan sebab Jamilah memang dah kena ni,' desis hatinya. Dia menahan keinginan dari lubuk hati yang memaksa dia menyepak kemaluan Iskandar. Sakit hati!
"Dirumah ni ada peraturan, one of it is tak boleh main benda - benda macam ni. Kotor,"
"Kenapa? Lumpur kat rumah ni tak lah kotor mana pun encik. Rumput pun, rumput karpet ha. Lainlah kalau berguling kat padang," balas Aisyah tidak puas hati.
"Kami kat sini semua sayang Nisa. Nak yang terbaik untuk dia. Kau .."
"Kalau encik betul lah sayang dia, encik takkan sebut perkataan B tu tadi depan dia. Semalam pun saya nampak encik merokok masa dia ada dengan encik. Tu ke pengertian sayang encik pada Nisa?" potong Aisyah.
Apa nak jadi, jadilah. Dia harus meluahkan perasaanya. Dia masih tidak berpuas hati lelaki ini memanggilnya dengan panggilan bodoh, tetapi saat ini, perihal Hanisah lebih penting dan dia harap sangat dapat buat lelaki gila ini sentap. Biar padan muka.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...