Aisyah bungkam. Dia pelik dengan tingkah laku Iskandar yang tiba-tiba menjauhkan diri dari dirinya. Puas dia fikir dimana silapnya. Dia rasa tidak selesa. Iskandar orang atasannya. Hubungan kerja mereka juga jadi janggal kerana sikap Iskandar yang entah apa-apa.
"Ke, sebab aku tak ingat yang dia orang pertama yang beritahu aku berkenaan aku diterima kat sini ek?" Aisyah menggosok gosok dagunya perlahan.
"Pelik betul," katanya sendiri.
"Ha, apa yang pelik?"
"Astaghfirullah!" jerit Aisyah. Danial dibelakang sudah ketawa kuat. Bahunya bergerak turun naik. Mukanya memerah. Dia memusingkan kerusinya. Dia lihat Danial sedang menapak masuk kedalam ruang bilik tersebut.
"Lah, tuan."
"Awak tak perlu nak bertuan-tuan dengan saya dah, Aisyah oi. Panggil je saya Danial. Bukan saya yang bayar gaji awak dah,"
"Yelah, tapi ayah tuan yang bayar."
"Danial jela. Eh, budak ni. Nak kena siku?"
Aisyah ketawa dengan ugutan Danial. Dia gembira melihat perubahan Danial. Lelaki itu kelihatan gembira. Mungkin sudah menurunkan ego dan menerima kesalahan diri berkenaan Haifa; mungkin juga sudah cuba untuk melangkah menghampiri identiti keagamaan yang kian hilang dari radar dahulunya.
"Apa pandang senyum-senyum ni? Kacak sangat ke saya ni?"
Aisyah buat muka jijik.
"Tolonglah. Saya rasa, Haifa tu je yang buta-buta sayangkan awak tu. Perasan."
"Tak, serius ni. Ok tak? Saya nak pergi jemput Haifa makan malam dengan Nisa kejap lagi. Berdebar-debar pulak rasa,"
"Saya bukan Haifa, saya tak tahu."
"Aisyah. Saya nak tanya sikitlah. Haifa ada cerita apa-apa tak? Pasal dia sakit apa-apa ke, kesepian ke, ada boyfriend ke.. Ada tak?"
Aisyah mengerutkan dahinya. Bulu keningnya hampir bercantum.
"Takde pulak. Tapi ada sekali tu, dia batuk-batuk keluar darah. Saya syak tekak dia kering sebab kurang minum air aje,"
"Kenapa tak beritahu saya? Saya rasa, dia ada sembunyikan sesuatu dari saya."
"Awak ni penyibuk betul. Dia bukan isteri awak pun," perli Aisyah.
"Aisyah, kalau awak ni adik saya, dah lama saya cili-cilikan mulut awak tu. Sekarang memanglah bukan isteri. Bulan depan, tahun depan ke, ha! Kita mana tau kan?"
Aisyah ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh Danial kepadanya. Nampaknya lelaki itu memang benar-benar menyayangi Haifa, dan cuba sedaya upaya untuk berubah.
"Ada lagi satu soalan ni."
"Apa?" tanya Aisyah.
"Kenapa Iskandar macam kekok dengan awak ya? Saya tengok dah macam pelik je. Korang bergaduh ke?" tanya Danial dengan nada yang penuh dengan kemusykilan.
"Entah. Saya pun tak tahu kenapa. Lepas ayah awak assigned saya dengan John, dia terus macam pelik je dengan saya."
Danial menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya yang keras kerana gel rambut kelihatan kusut sedikit.
"Tapi kan, saya rasa sebab awak cerita kat dia saya gembira awak beritahu saya pasal saya dapat kerja ni, tau. Sebab saya baru teringat, dia ada beritahu saya dulu sebelum awak."
"Takkanlah pasal tu. Adik saya tu tak macam tulah."
"Oh, yeke? Habistu kenapa ya?"
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...