Aisyah membuang hingusnya untuk yang entah keberapa kali. Matanya bengkak. Sesekali dia mengeluh. Dia membuang pandangannya kearah luar tingkap bilik yang terbuka luas. Suaminya sedang bersalaman dengan beberapa orang lelaki.
John Durke menoleh kearah tingkap biliknya yang terbuka luas. Dia tersenyum kelat. Dia risau akan kesihatan isterinya.
"John, are you okay?" tanya Izwan bersahaja.
"Yeah, I am. Thank you for coming."
"Banyakkan bersabar," tambah Izwan. Dia memegang kuat bahu kiri John Durke.
John Durke hanya menganggukkan kepalanya beberapa kali.
**
"Aisyah, solat dah?" tanya John Durke tegas.
Aisyah menoleh kearah belakang.
"Dah, tadi."
John Durke mendekati isterinya yang sedang sibuk menggoreng ikan. Perlahan-lahan, dia peluk pinggang ramping isterinya itu.
"I miss your smile,"
Leher Aisyah dicium lama.
Aisyah mengeluh.
John Durke memusingkan tubuh badan Aisyah menghadapnya. Dia mengangkat dagu Aisyah menggunakan jari telunjuk dan dia pandang wajah isterinya untuk beberapa ketika.
"Smile."
Aisyah hanya merenung wajah suaminya. Dia mengeluh sebelum menjawab, "I can't."
"That is the way it works. It's part of nature. Yang hidup pasti mati,"
"Tapi.."
"No. Listen."
Aisyah diam.
"Tanggungjawab sebagai seorang isteri apa?" tanya John Durke.
"Tapi.."
"Yes, you did things for me. I'm grateful, but you did not smile anymore. You didn't laugh anymore. You seem off."
"Of course I am John! What you expect from me? I lost my parents, I lost my grandma. I have no one."
John Durke memandang Aisyah dengan pandangan yang sayu.
"I am disappointed. What am I to you if you really have no one?"
John Durke meninggalkan Aisyah keseorangan.
Aisyah menutup api dan duduk dikerusi kayu yang berdekatan. Dia memicit-micit dahinya perlahan.
**
"Abang, makan." ajak Aisyah. Dia tahu suaminya merajuk.
"Hm." jawab John Durke sambil tekun menaip. Matanya seakan terlekat dengan skrin komputer riba di atas meja.
"Abang, Aisyah dah siap masak."
"Ok."
Aisyah mendekati John Durke. Perlahan-lahan dia memegang lengan kanan suaminya yang leka menaip.
"I'm sorry."
"Ok."
Aisyah pandang kearah lain. Air matanya terasa mahu tumpah.
"I'm going. Bye."
"Ok."
"What with this ok ok ok ok ok!?" marah Aisyah. Dia geram.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...