Danial bersiul riang, tangan kirinya dimasukkan kedalam kocek seluar. Dia memegang sejambak bunga ros merah ditangan kiri. Dia senyum kearah semua yang melihatnya. Dia tidak mampu menghentikan senyuman itu. Haifa mahu berjumpa dengannya. Dia tidak tahu sebab apa, namun dia tetap rasa bahagia; gembira. Rasa bagai mahu beritahu kepada satu dunia, betapa bahagianya perasaan dia sekarang ini.
"Amboi bos, gembira semacam nampak?" tegur seorang lelaki awal 20-an.
"Nak jumpa buah hati, gembiralah. Nak pergi makan ke ni?" sembang Danial ramah.
Lelaki muda tersebut senyum sebelum menjawab "Ya,".
Mereka tunggu dihadapan lif buat beberapa ketika sebelum masuk bersama.
"Eh, bos. Sebelum saya lupa. Lusa, kalau boleh saya nak cuti. Isteri saya ada check-up baby. Saya lambat apply.."
"It's okay. Do it in a proper way and put a note there saying that you've received my permission. I will check it later. Dah tahu ke gender baby tu?"
"Terima kasih bos. Itulah yang saya excited sangat nak tahu. Saya memang sungguh-sungguh lupa nak ambil cuti awal."
"It's okay. Lain kali jangan buat lagi. Nanti kirim salam sama isteri."
"Good luck dengan makwe, bos."
"I have a daughter with her," kata Danial sambil tersenyum. Lebar.
"Lah.. Saya mati-mati ingatkan bos tak kahwin lagi!"
Danial menggelengkan kepalanya perlahan sambil ketawa kecil.
"Dah besar anak perempuan saya tu,"
'ting'
"Jangan lewat masuk kerja balik," pesan Danial. Dia melangkah keluar selepas mendengar jawapan "Ya," daripada pekerja tersebut.
'Ayah, ibu call. Ayah, ibu call. Ayah, ibu call'
Beberapa kali suara Hanisah kedengaran dari dalam kocek seluar Danial. Dia menyeluk saku seluar kanannya dan menjawab panggilan tersebut.
"Assalamualaikum. Saya dalam perjalanan. Nak dekat dah. Jalan kaki aje. Ok."
Danial memasukkan kembali telefon bimbit tersebut kedalam kocek seluar kanannya. Dia mengerutkan dahinya. Tiba-tiba ada rasa tidak sedap hati datang menyapa mindanya berkenaan pertemuan ini. Dia mengeluh dan meneruskan langkah kaki.
Setelah 10 minit berjalan kaki, Danial melintas jalan dan menghampiri susuk tubuh yang amat dia rindui.
"Haifa. Lama ke tunggu?"
Haifa menoleh kearah belakang. Dia tersenyum tatkala susuk tubuh Danial mendekati dirinya.
"Tak lama pun, dalam 5 minit kot?" balas Haifa seraya berdiri tanda hormat.
"Eh, berdiri buat apa? Duduk je. Nah. Ini untuk awak,"
Jambakan bunga ditangan, Danial hulur kepada Haifa. Haifa senyum dan mengembil bunga tersebut. Dia hidu kuntuman-kuntuman ros tersebut sebelum meletakkan ia disisi.
"Terima kasih. Awak sihat?"
"Alhamdulillah. Ok je. Kenapa nak jumpa saya ni?"
"Saya nak berbincang sikit dengan awak. Saya ada kekeliruan berkenaan sesuatu."
Danial mengangkat sebelah keningnya. Haifa yang melihat menundukkan wajah.
"Pasal apa?" tanya Danial pendek.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...