Iskandar terdiam. Kunyahannya dihentikan.
"Danial apa?" tanya Iskandar sekali lagi. Suara Diana yang teresak-esak menyebabkan dia kurang yakin dengan kenyataan yang baru sahaja dia terima.
"Diana, tak jelas!" marah Iskandar.
Suara Diana yang teresak-esak membengangkan Iskandar. Dia mematikan talian tersebut dan menelefon Izwan.
"Assalamualaikum Izwan.."
"Danial dah takde, Is." jawab Izwan tanpa mempedulikan salam yang diberikan oleh Iskandar.
"Bila.." tanya Iskandar perlahan. Dia terkejut.
"Baru tadi. Mama lost it, Is. You have to come home."
"Tapi, tadi kau kahwin, kan? How.."
"Aku bengang kau tak datang aku kahwin. Tapi tu belakang cerita. Kau kena balik. Aku tak kira kau abang aku atau tak, mama need us all right now!" marah Izwan.
"Tak perlu menjerit," marah Iskandar.
"Macam mana aku tak jeritkan kau? Kau fikir hati kau tu sangat. Sampai kau buang keluarga kau,"
"Bukan.."
"Aku tak nak dengar apa-apa alasan kau. Kalau kau tak nak aku mengamuk dekat cawangan kau tu, kau balik!"
Talian terus dimatikan oleh Izwan. Iskandar terpinga-pinga dengan telefon bimbit yang masih dalam genggaman tangannya.
**
"Aku bukan nak halau, tapi lebih baik kau balik. Keluarga kau perlukan kau." kata Utung sambil menghirup teh ais yang semakin hilang rasa.
"Aku bukan tak nak balik.."
"Business disini tak perlu kau risaukan. Aku ada, kawan-kawan yang lain pun ada."
"Macam mana kalau papa suruh aku tinggal terus kat KL? Selepas Danial memang aku. Izwan tak cukup pengalaman." luah Iskandar.
"Itu nombor dua, Iskandar. Nombor satu yang perlu kau hadap sekarang ni keluarga kau. Abang kau baru lepas meninggalkan dunia."
Iskandar terdiam seketika. Dia kemudiannya mengangkat wajah dan memandang ke dalam anak mata Utung.
"Betul kata kau. Aku patut balik harini."
"Kau pergi kemas barang-barang. Aku boleh tolong book tiket kapal terbang." kata Utung lagi. Dia kemudiannya terus bangun dan masuk ke dalam bilik.
**
"Utung, terima kasih sebab banyak bantu aku kat sini. Aku nak kau tahu, kalau bukan sebab pertolongan kau.."
"Dah, aku tak mahu dengar. Aku harap Tuhan kau bantu kau selamat sampai kat sana."
Iskandar tersenyum. Dia memeluk Utung erat.
"Kalau kau jadi nak kahwin dengan Hanis jangan lupa beritahu,"
"Dah jangan merepek."
Iskandar ketawa. Dalam fikirannya dia berharap agar Hanis dapat mencari siapa dirinya sendiri. Dia kasihan akan diri wanita tersebut yang kelihatan terdesak untuk mencari suami.
Iskandar sekali lagi mengucapkan terima kasih sebelum memeluk Utung. Dia kemudiannya berjalan menjauhi Utung yang sibuk melambai-lambaikan tangan kearahnya.
Beberapa minit selepas check-in, Iskandar duduk ditempat menunggu dan membuka komputer ribanya. Entah mengapa dia google nama John Durke dan merenung lama kearah gambar Aisyah yang tersenyum gembira memandang kearah suaminya. Aisyah kelihatan sangat-sangat bahagia dengan suaminya.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...