Aisyah menundukkan wajahnya. Dia rasa gerun dengan suaminya sendiri. Tangisannya berhenti. Rasa takutnya membuak-buak.
"Aku tanya ni. Tak dengar ke?" tanya John Durke kasar.
Aisyah mengangkat wajahnya. Dia lihat muka John Durke tidak seperti orang mabuk.
'Dia sedar yang dia sedang buat aku rasa macam ni,'
"Cakap apa kau nak cakap sekarang." paksa John Durke. Dia memegang lengan kanan Aisyah sekuat hatinya.
"John.. You're hurting me."
"Cakap apa kau nak cakap!" jerit John Durke. Dia tidak peduli akan rintihan Aisyah.
"Siapa yang bagi kau idea aku menipu, bila aku cakap aku sayangkan kau?" tanya John Durke perlahan tiba-tiba.
"Aisyah rasa sendiri. Ini bukan sayang, ini obsesi.." jawab Aisyah.
John Durke mengerutkan dahinya.
"Go check yourself. You've done enough to me.." kata Aisyah lagi. Dia menyapu juraian air mata dengan lengan bajunya.
"Sayang.."
"Aisyah boleh tinggal kat rumah Jamilah atau duduk rumah arwah nenek je sementara abang nak ruang untuk berfikir,"
Entah mengapa cadangan Aisyah membuat hati John Durke semakin membara. Dia rasa amarahnya datang tiba-tiba.
Aisyah menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik kasar. Kulit kepalanya terasa bagai dikopek persis kulit kelapa!
"Abang, sakit. Tolong berhenti.." rayu Aisyah. Dia memegang tangan suaminya. Dia mengawal jalannya. Dia tidak mahu diheret, pasti lagi sakit.
John Durke tidak mempedulikan Aisyah. Dia menarik rambut yang selalu dia belai dengan penuh kasih sayang tersebut kasar. Dia memaksa Aisyah untuk memanjat tangga rumah tersebut untuk ke bilik mereka.
Aisyah tidak putus-putus berdoa dalam hatinya. Entah mana silapnya, dia dalam situasi penderaan mental dan fizikal yang tidak henti. Dia hanya mampu berdoa, dayanya tiada lagi. Dia rasa sangat lemah apabila John Durke menghumbannya kearah katil. Dia tidak melawan. Dia benar-benar letih. Dia dapat rasanya kedua-dua tangannya dipegang dan kemudiannya diikat kemas. Matanya rasa malap. Dia tahu, tubuhnya sedang dikasari tanpa rela. Namun dayanya sudah tiada. Aisyah pasrah dengan nasibnya saat itu.
**
Aisyah membuka matanya perlahan. Dia memandang kearah tingkap bilik yang terbuka. Pagi itu hujan, dia rasa tenang. Dia mahu meletakkan tangannya dijuraian titisan hujan yang tiada tanda berhenti.
Juraian air mata yang seakan mahu menitis dari tubir mata dibiarkan berjuraian. Aisyah rasa jijik dengan keadaan dirinya sendiri. Tangan suaminya yang memeluk badannya erat mahu ditepis menjauhi dirinya, namun dia tiada daya. Tangannya diikat kemas dikepala katil.
"Are you cold?" tanya John Durke sebelum menciumi pipi Aisyah perlahan.
Aisyah hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak memandang kearah John Durke. Pandangan matanya tidak dialihkan dari jendela yang terbuka. Titisan hujan yang dilihatnya saat itu sangat mendamaikan. Dia tidak kisah kiranya dia mati saat itu. Dia sudah hampir putus harapan. Bicara bahagia apa andai hanya duka menjadi badai yang menghempas segala duka lara di tepi pantai hatinya? Dia menangisi nasib diri dari dalam hati.
"Tak dengar ke?" tanya John Durke perlahan, tapi sedikit kasar.
Aisyah tidak mengalihkan pandangannya, namun dia menjawab pertanyaan suaminya tersebut, "Dengar,"
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Fiksi RemajaMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...