Bab 26

1.6K 47 2
                                    


"Are you happy?" tanya John Durke perlahan. Kedua-dua belah tapak tangannya digosok laju.

Aisyah memandang kearah John Durke yang kelihatan ragu-ragu. Dia tersenyum.

"Thanks, John."

John Durke membalas senyuman Aisyah. Tangan Aisyah digapai perlahan. Dia mendekatkan tangan tersebut dengan bibirnya. Dia cium lembut.

"Ha! Hubungan pertunangan ni bukan tiket nak buat maksiat ye! Belum nikah lagi, ingat tu!" marah Nek Som yang datangnya entah dari mana. Tangannya dicekak ke pinggang. Riak mukanya jelas menunjukkan rasa tidak puas hatinya terhadap perilaku John Durke dan Aisyah.

"Sorry," ucap John. Dia tidak faham akan apa yang diperkatakan oleh Nek Som, tapi dia dapat mengagak kemarahan yang terbit dari diri wanita tua tersebut.

"Tak sengaja," Aisyah ketawa perlahan. Hanya bunyi yang terkeluar dari hidungnya yang kedengaran.

"Dah, masuk. Makan." arah Nek Som.

John Durke dan Aisyah memandang kearah sesama mereka sendiri. Mereka saling membalas senyuman. Aisyah mendahului langkah membuntuti Nek Som. Dia memegang cincin tunang yang baru sahaja disarungkan oleh Rosaline ke jari manisnya sejam yang lalu. Dia tidak dapat menghentikan senyumannya. Dia rasa bahagia. Derupan tapak kasut John Durke yang berjalan mendekati dia dan neneknya tidak dapat dia abaikan. Jantungnya rasa berdebar-debar. Dia tidak sabar mahu melihat sejauh mana kisah cinta dia dan bakal suaminya tersebut akan tertulis.

'Bakal suami'

Aisyah ketawa perlahan. Dia berjalan sambil menundukkan wajahnya.

"Ha, apa yang kau sengih-sengihkan tu? Pergi makan cepat. Pinggan mangkuk berlambak kat dapur tu." bising Nek Som.

Aisyah tidak menghentikan senyumannya walau dimarahi oleh Nek Som. Perasaannya tatkala itu, tidak lansung dapat diungkapkan dengan kata-kata. Dia hanya dapat menganggukkan kepala tanda akur dengan perintah neneknya.

**

**

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Aisyah, nak tengok cincin!" pinta Hanum dan Diana serentak. Mereka memandang kearah Aisyah yang perlahan-lahan melonggarkan cincin dari jari manisnya.

Aisyah menghulurkan cincin tersebut kepada mereka. Hanum mengambil cincin tersebut. Dia membelek cincin tersebut buat beberapa ketika.

"Kenapa macam sesak je aku tengok cincin tunang kau ni? Dah macam cincin nikah ha," komen Hanum. Dia masih lagi meneliti cincin tersebut.

Tiba-tiba cincin tersebut dirampas oleh Diana.

"SHUT UP!" jeritnya sekuat hati.

Hanum mengerutkan dahinya.

"Kau ni dah kenapa? Sawan?"

"Kau tau tak ni cincin apa, Hanum?"

Hanum mengangkat bahunya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now