Bab 22

1.8K 56 0
                                    


"All about us, all about us, all about us..."

"Allah, siapalah yang dok telefon malam-malam buta ni?" soal Haifa sendiri. Dia bangun dari pembaringannya dan menuju kearah meja solek untuk mengambil telefon bimbit yang berdering tanpa henti.

"Unknown caller?"

Haifa menekan punat 'end'. Akan tetapi tidak sampai beberapa saat, telefonnya berdering kembali. Dia mengerutkan dahinya.

"Assalamualaikum. Siapa ni?" tanya Haifa. Perlahan.

"Waalaikumussalam. Da.."

Telefon yang tadinya dipegang mendekati telinga digenggam erat kearah dadanya. Si pemanggil tidak perlu mengenalkan diri. Dia tahu benar akan suara tersebut. Nafasnya turun naik. Jantungnya berdegup kencang.

"Hello, hello, hello! Haifa?"

Dengan rasa gugup, Haifa kembali bersuara. "Ya?"

"Fuhh.. Saya ingat awak dah tak nak cakap." Air mata Haifa menitis tanpa henti apabila mendengarkan kata-kata tersebut diucapkan.

"Awak mabuk ke?" tanya Haifa perlahan. Sendunya cuba ditahan.

Haifa masih ingat akan kelakuan bekas suaminya. Setiap kali mabuk, lelaki itu akan mengekspresikan rasa cintanya pada malam hari. Terdapat juga hari-hari dimana dia akan merayu dirinya pulang; kerana dirinya amat dirindui.

"Eh, tak. Saya segar ni."

"Kenapa awak call? Anak saya tak sihat ke? Awak nak saya datang sekarang?" tanya Haifa gelabah.

"Anak kita."

Haifa diam.

"Jom keluar dengan saya esok?" tanya Danial. Selamba.

"Hah?"

"Jom keluar dengan saya esok."

"Nak pergi mana? Saya tak.."

"Alasan."

"Bukan alasan. Saya memang sibuk."

"I'll talk to your boss. Saya jemput awak nanti. Bye."

Talian dimatikan begitu saja. Haifa mengerutkan dahinya. Dia pening dengan sikap pelik bekas suaminya tersebut.

**

"Fa, big boss nak jumpa. Good luck!"

Haifa mengangkat kepalanya. "Kenapa?"

"Tak tahu. But good luck okay?"

Haifa mengeluh perlahan. Dia bangun dan berjalan kearah bilik bos nya yang garang persis singa tua tersebut. Pintu diketuk beberapa kali. Dia masuk setelah diberi keizinan untuk masuk.

"Awak buat apa kat sini?!" tanya Haifa separuh menjerit. Dia menekup mulutnya dengan kedua-dua belah tangan.

"Behave. Haifa." tegas suara Hazman kedengaran ditelinganya.

Danial tiba-tiba bangun dan menuju kearahnya.

"Hi, Ithink you got me for the wrong person. I never met you before. I'm Danial, by the way." 

Tangan dihulurkan. Haifa hanya memandang kearah Danial dan mengangguk beberapa kali. Huluran tersebut dibiarkan tidak bersambut. Hatinya sebak. Dia tahu Danial sengaja mahu menyakitkan hatinya. Dia imun dengan keadaan tersebut. Imun? Benarkah? Dia cuba untuk senyum, namun tidak mampu. Sejauh inikah kebencian lelaki tersebut terhadap dirinya? Sampai bila kebencian tersebut akan berlansung? Haifa diam dan cuba sedaya upaya untuk bertenang.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now