~Beberapa bulan sebelum kepulangan Aisyah~
"Aisyah? Bila kau nak beritahu John?"
"I don't know how to end things, okay? Don't pressure me!"
Aisyah memandang tajam kearah kawan biliknya, Ai Fang yang juga berasal dari Malaysia.
"Aku kesian tengok dia. Sebab kau buat macam takde apa-apa. Tak baik. Karma is a bit.."
"Language!" Aisyah menjeling.
"Petang ni aku jumpa, aku bagitau. Puas?"
"Very much,"
Aisyah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Tabiat lama yang tidak pernah ingin dia tinggalkan. Sesekali jarinya digigit perlahan.
"Sudahlah kau ni Aisyah. Rosak kuku kau tu nanti. Siap kemas dah ke?" tanya Ai Fang.
"Huarghhhhhh Ai Fanggggg... aku takut nak jumpa John. Kau cakapkan kat dia boleh? Aku tak sampai hati,"
"Idiot! Jangan ejek nama keluarga aku macam tu. Kau yang suka sangat kat dia dulu kan. Ha sekarang padan muka. Kemas-kemas cepat. Barang kau tu bukan sikit!" marah Ai Fang. Dia tidak berapa suka apabila nama keluarganya diejek sebegitu. Ya. Namanya Huang Ai Fang. Orang selalu mengejek nama keluarganya atau mengejeknya sebagai taring
"Aku nak tidur sekejap. Kejut aku nanti,"
"Ok."
Aisyah melelapkan mata, tidak mampu memikirkan apa-apa lagi. Sebentar lagi dia harus menamatkan sesuatu yang berat dengan kekasih hatinya. Dia mengeluh.
**
"John."
"Hey beautiful! I've been missing you. How are you?"
Aisyah memandang kearah bawah. Perlahan-lahan dia melekapkan punggungnya diatas permukaan kerusi kayu dibawah pokok besar berhadapan dengan kawasan kediamannya. Petang itu John kelihatan segak. Dia jatuh cinta sekali lagi tatkala mata kelabu lelaki tersebut memandang kearahnya.
"Are you ok dear?" tanya John. Dia risau akan perilaku Aisyah. Dia berat hati dengan pertemuan mereka pada hari itu. Namun dia memangkas segala rasa yang ada. Kerna dia tahu, dia tidak bertepuk sebelah tangan. Wanita Islam dari Malaysia ini sangat dia kasihi.
"I am not."
"Wh.."
"Listen John. I'm going back to Malaysia in a couple of days. I can't stay."
"But.."
"I have my grandmother there, John. She needs me. It's been so many years. She's already lost her only son and daughter in law. I'm not going to break her heart with telling her that I'm not going back. I don't want her feel those things anymore, losing of someone in her life. I am the only one that she have now, only one that she can finally rely on to, "
"Aisyah,, You know I love you right? I want to be with you,"
Aisyah mengeluh. Tabiat lama. John memegang tangannya. Sejuk.
"Listen here, John. I am a moslem. Your parents might not even like me,"
"You know I don't care about any judgemental freak.Don't you dare pull those strings just to break up with me!"
Aisyah memandang tepat kearah mata John.
"Someday, I hope our path will meet. You are my first love afterall. You will be always in my heart."
Aisyah memandang kearah John. Lelaki dihadapannya kaku. Dia melepaskan genggaman tangan lelaki tersebut. Dia berdiri.
"Good bye John."
Aisyah melangkah pergi dari lelaki tersebut.
"Whatever it takes, Aisyah. You will be mine. I love you that much!"
Aisyah menggenggam tangan kirinya dan menepuk dadanya sendiri. Tangisannya cuba ditahan.
'Allah, kenapa semua ni terjadi? Aku rasa sakit sangat-sangat,' hatinya menangis. Dia tidak menoleh kebelakang. Langkahnya dipercepatkan. Dia rasa kecewa. Teramat sangat kecewa.
~~~~~~~~~~
Hai, Assalamualaikum.
Aku harap para pembaca semua tak keliru. Bab 18 ni pendek sebab aku nak bezakan point of view watak2 aku dan jelas, bab 18 ni lebih kepada flashback Aisyah masa dia belajar di Bristol dulu *hihi*
Banyak plot twist ni. Aku harap korang sabar menunggu (^_^)
~~~~~~~~~~
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...