Aisyah merenung ke luar jendela bilik Hanisah. Hujan yang tadinya merintik perlahan telah turun semakin lebat. Sesekali Aisyah memandang kearah Hanisah. Gadis molek tersebut sedang lena tidur. Dia meringkuk sedikit, mungkin kesejukan. Aisyah berjalan kearahnya dan menyelimutinya dengan selimut bercorak bunga-bunga kecil. Setelah menciumi dahi Hanisah, dia kembali di tempat duduknya tadi. Berdekatan jendela bilik, membuang pandang kearah luar.
Pelbagai hal yang telah berlagu disepandang pendudukannya disini; walhal baru bulan pertama. Dia tersenyum. Peristiwa manis dan pahit yang dia alami tidak akan sekali pun dia lupakan. Warga rumah ini ada pasang, ada surutnya. Walau ada peliknya sedikit, baiknya melebihi segala. Jadi dia masih bersyukur kerana ditemukan dengan keluarga yang sedemikian rupa.
Entah mengapa hari demi hari wajah Iskandar yang sedang tersenyum selalu mengusik jiwanya, perasaannya sebagai seorang wanita terganggu, wajah tersebut juga ada masuk dalam mimpi-mimpinya. Kadang kala pahit, kadang kala manis.
'tok tok tok'
Aisyah tersentak. Lamunannya terhenti.
"Apa benda lah kau ni Aisyah fikir pasal lelaki. Nenek kat rumah tu ingat lagi bagus," katanya sendiri. Dia berjalan cepat kearah pintu bilik. Pintu dikuak.
"Nisa dah tidur ye?"
Tanya Datin Sarbiah mesra.
"Sudah, Datin. Ada dalam 15 minit dah."
"Lah, lama tu. Kenapa tak turun bawah? Dah nak sampai masa minum petang ni, jom."
Ajak Datin Sarbiah.
"Eh, takpelah Datin. Saya minum kejap lagi je."
"Allah, kamu ni. Bukan saya nak dating pun dengan Dato' tu sampai kamu tak boleh ganggu. Come, join us. I insist."
Aisyah menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sebelum tersengih dan menganggukkan kepala beberapa kali. Pintu bilik Hanisah dibiarkan terbuka sedikit. Dia kemudiannya membuntuti langkah Datin Sarbiah menuruni tangga rumah tersebut.
Dia nampak Hanum sudah duduk disebelah Diana. Wanita tersebut sedang menghirup secawan teh. Dia berjalan kearah Mak Jah dan mengambil tempat duduk disitu.
"Ha, minumlah Aisyah. Malu apanya kamu ni,"
"Takde malunya Si Aisyah ni pa. Her looks might be deceiving pa," gurau Diana.
Aisyah tersenyum. Semenjak balik dari Cameron Highland, hubungannya dengan Diana sudah menjadi semakin rapat. Dia sudah tidak dimarahi dengan kata-kata yang boleh mengguris hatinya lagi.
Sedang dia mencicah biskut kedalam cawannya yang berisi milo, kedengaran suara Iskandar memberi salam. Derapan tapak kaki lelaki tersebut membuatkan Aisyah resah entah mengapa.
'Tulah kau, dok mimpi dia sangat! Ha kan sekarang dah tergedik-gedik!' dia memarahi dirinya sendiri.
"Ha, Iskandar. Mari duduk minum sekali dengan kami ni,"
"Kejap lagi lah pa, penat."
Dato' Borhan memandang kearah Iskandar. Iskandar mengeluh. Dengan langkah longlai dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan Aisyah.
Aisyah semakin menunduk.
"Kau nak masukkan kepala kau kat dalam cawan ke Cacah?"
"Cacah? Buruknya nama!" kata Hanum kuat. Tawanya yang sedikit kuat diberhentikan. Mulutnya ditutup dengan tangan.
Aisyah menjeling kearah Iskandar.
'Bencinya!' jerit hatinya.
"Tuangkan air aku, terima kasih." cawan dihulurkan. Aisyah akur. Tapi dalam hati, tuhan sajalah yang tahu betapa dia ingin menuangkan seteko air teh tersebut ke atas kepala Iskandar.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...