Aisyah memandang kearah tingkap biliknya. Biliknya dirumah besar ini tidak sempit, tidak juga besar. Dia tinggal keseorangan hari ini. Bukan tidak diajak, namun dia sendiri yang tidak mahu ikut mereka sekeluarga ke Sunway Lagoon.
"Buat apa pergi Sunway Lagoon tu? Kalau akulah, baik simpan je duit. Boleh buat tolong nenek. Tak pun simpan buat tebus tanah nenek," katanya perlahan.
Angin sepoi-sepoi bahasa masuk ke dalam biliknya menerusi tingkap yang dibuka sedikit. Dia menutup kepalanya dengan bantal peluk lantas tertidur. Tidak sampai 5 minit dia tertidur, dia tiba-tiba bangun mengejut dan terus duduk.
"Eh, aku dah tutup semua pintu dengan tingkap rumah ke eh? Nanti tak pasal-pasal je. Kot rumah ni yang orang rompak takpe. Kalau aku yang dirompak? Ha naya!" dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mencapai tuala kering yang elok tersidai dan menutup kepalanya.
Aisyah keluar dari bilik, dia memeriksa semua pintu dan tingkap di rumah tersebut. Setelah pasti semuanya berkunci, dia menapak masuk ke dalam biliknya semula. Angin sepoi yang menampar-nampar pipinya sedari tadi membuatkan mengantuknya datang semula. Kali ini dia dia terus tertidur dalam keadaan kakinya terjuntai sedikit; hampir mencecah lantai. Rambutnya sedikit bersepah. Dia terus diulit mimpi walaupun hanya tidur petang.
**
Iskandar memberhentikan kereta dihadapan rumah. Dia kemudiannya keluar dan menyeluk koceknya. Dia tercari-cari kunci rumah.
"Astaga. Mana pulak aku letak kunci dengan remote pagar ni?" tanya Iskandar sendiri. Dia membongkokkan diri, cuba mencari kunci di bawah tempat duduk.
"Eh, Aisyah ada ni kalau tak salah aku!" jeritnya sedikit. Dia mencapai telefon bimbit dan mencari nama Aisyah. Setelah sampai ke huruf F, dia menepuk dahinya sendiri.
"Bila masa pula aku ada nombor budak tu?" tanyanya sendiri. Dia mencari nama Danial dan menelefon abangnya itu.
"Assalamualaikum. Danial. Aku nak nombor Aisyah ni. Whatsapp aku nombor dia. Urgent."
"Waalaikumussalam. Urgent? Kenapa?"
"Aku tertinggal kunci rumah. Cepat sikit!"
"Alright." talian dimatikan.
Setelah beberapa minit berlalu, 'bong! bong! bong!' Iskandar tersenyum. Dia menyimpan nombor Aisyah sebelum menelefon gadis tersebut.
"The number that you have dialed, is currently not available. Please try again later."
Iskandar berkerut sambil memandang telefon bimbitnya. 3 kali dia cuba menelefon nombor tersebut. Namun, masih juga diberikan jawapan yang sama.
"Ahh.. Lantak!" rambutnya dikusutkan. Dia mematikan enjin kereta dan menanggalkan kasut jenama nike yang baru dibelinya dua hari lepas. Setelah meletakkan kasut tersebut ke dalam kereta dan memastikan keretanya telah dikunci, dia mula memanjat pagar rumah tersebut.
"Kenapalah papa buat pagar tinggi sangat. Aduh" keluhnya sambil memanjat.
Setelah berjaya masuk ke dalam perkarangan rumah, dia pantas memberi salam. Tidak bersahut. Pintu rumah cuba dibuka beberapa kali, juga tidak berjaya. Dia mundar mandir disitu sekejap. Kemudian, dia berjalan kearah sliding door berdekatan ruang tamu rumah. Juga berkunci. Lama dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kusut. Nampak selekeh pun iya. Dia ketawa tiba-tiba.
"Kenapa aku tak teringatkan pintu dapur!?" dia memarahi diri sendiri. Dia berlari sedikit kearah pintu dapur. Dia memegang tombol pintu sambil tersenyum. 'cluck'.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...