Bab 17

1.7K 53 1
                                    


'bong! bong! bong!'

Aisyah mengerutkan dahinya. Butang silent ditekan. Dia melihat mesej yang dihantar oleh entah siapa kepadanya.

"Oh.." desisnya perlahan. Nama Iskandar Buruk jelas kelihatan dikaca skrin telefon bimbitnya.

"Kenapa kakak?"

Aisyah memandang kearah Hanisah yang sibuk mengira menggunakan jari kakinya. Aisyah tersenyum.

'Erm.. Hi?'

'Hi.' Aisyah membalas pendek. Dia tidak punya masa untuk sesuatu yang tidak membawa faedah kepadanya.

"Nisa, tengok kakak." Hanisah memandang kearah Aisyah. Matanya dibuntangkan.

"Tujuh dalam kepala, empat dekat tangan. Jadi, Tujuh.." Jari telunjuk ditunjuk kearah kepalanya. Kemudian empat jari ditangan kiri dinaikkan.

"Lapan, sembilan, sepuluh, sebelas!" jawab Hanisah. Dia meneruskan aktiviti mengiranya dengan cara yang telah diajar oleh Aisyah sebentar tadi.

Aisyah mengerling kearah telefon bimbitnya.

'Kau sibuk ke?'

'Boleh tahan' jawab Aisyah pendek.

Tidak sampai lima saat, notifikasi dari telefon bimbitnya menyala semula.

'Ok. Maaf ganggu kau.'

'ok.'

"Tuan puteri Hanisah yang comel gebabom, lepasni tidur ok?"

Hanisah ketawa berdekah-dekah.

"Baiklah Kakak yang sangat jelita,"

**

"Okay, lepastu kau cakap apa?"

"Aku jawab la, aku ni tuan kedai! Kalau tak nak beli boleh berambus"

Hanum dan Diana sama-sama ketawa dengan cerita Diana. Aisyah hanya mendengar perbualan mereka.

"Tapi.."

Hanum dan Diana memandang kearah Aisyah.

"Takde apa-apa. Maaf,"

Hanum dan Diana sambung bercerita. Aisyah bosan. Namun apakan daya, dia terpaksa berada disini. Kalau tidak disini, dia harus kebilik, itu lebih lagi bosan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Eh, bila nak tukar handphone? Susah orang nak contact," tegur Hanum tiba-tiba.

"Entah. Saya selesa guna telefon ni. Tak semak kepala nak beli data semua tu. Leceh."

"Benda tu macam kewajipan la sekarang ni Aisyah. Semua orang kena ada,"

"Itu yang saya tak mahu. Bergantung hidup pada sesuatu yang entah apa-apa," jawab Aisyah ringkas.

'bong! bong! bong!'

Diana ketawa.

"Buruknya bunyi!"

Aisyah menjeling. Dia tidak menghiraukan mereka berdua yang sibuk berbual.

'Buat apa?'

Aisyah mengerutkan dahinya. Dia memandang kearah kiri dan kanannya. Dia tidak nampak kelibat Iskandar.

'Baru lepas tekan button send kat Iskandar Buruk. Kenapa?'

'hahaha.. funny >:('

Aisyah tersenyum kecil.

'Kau kena selalu senyum. Kau senyum cantik,'

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now