Bab 14

1.8K 56 2
                                    


'klik'

Bunyi pintu rumah dikunci dari dalam kedengaran. Aisyah yang sedang leka menyisir rambut Hanisah tidak terdengar derapan kaki yang semakin menghampiri dirinya.

"Assalamualaikum, Aisyah."

Aisyah terkejut. Dia menggenggam sikat tersebut dan cuba menjauhkan diri dari lelaki tersebut.

"Saya, nak minta maaf."

Izwan mengeluh.

Aisyah membatukan diri. Dia rasa agak takut saat ini. Dia meninjau-ninjau kearah dapur. Dia berdoa agar Mak Jah datang kedepan.

"Saya rasa pelik bila awak jauhkan diri dari saya. Saya minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya janji saya takkan buat lagi,"

Aisyah memandang kearah Izwan. Izwan benci dengan pandangan tersebut. Dia rasakan bagai mahu lari. Pandangan tersebut seperti simpati bercampur dengan keraguan. Dia bagaikan cacing kepanasan. Dia cuba untuk membuang pandangannya kearah lain.

"Bertaubatlah." luah Aisyah perlahan.

Izwan memandang Aisyah. Mereka saling berpandangan; tak ubah seperti aksi dalam filem hindustan.

"Awak nampak dah kan, apa yang arak boleh buat pada awak?"

"Tanpa sedar, Aisyah."

"Masa awak jejakkan kaki ke tempat-tempat maksiat, awak sedar. Masa awak pegang minuman keras tu, awak sedar. Cuba awak lihat dalam diri. Dalam-dalam. Benar atau tak kata-kata saya?"

Izwan diam. Dia duduk di atas sofa.


"Nisa, uncle nak cakap dengan kakak kejap. Nisa pergi dapur kejap. Boleh?"

Hanisah menganggukkan kepala dan terkedek-kedek berjalan kearah dapur. Sesekali rambutnya yang tidak berikat tersebut diselak ketepi.

"Aku tahu, apa yang kau cakap tu memang betul. Aku akui. Aku minta maaf,"

"Kesalahan awak pada saya tak seberapa, Izwan. Kesalahan awak pada Hanum, pada diri awak sendiri, pada Allah, itu yang paling utama. Itu yang awak patut kisahkan."

"Tapi aku tak selesa kau jauhkan diri dari aku."

Aisyah tersenyum.

"Saya maafkan awak. Tapi untuk rapat dengan awak macam dulu tu, susah kot. Saya harap, awak sudi cari dimana Izwan yang hilang."

Aisyah melihat jam ditangan kirinya.

"Saya nak keluar ni. Awak, cubalah jaga diri sendiri ya. Saya pergi dulu,"

Tanpa sempat Izwan menuturkan bicaranya, Aisyah terus berlalu dari ruang tamu tersebut. Dia berjalan pantas kearah dapur dan terus keluar dari rumah tersebut bersama Hanisah.

**

"Kakak, kenapa kakak sedih?"

Tanya Hanisah tiba-tiba. Aisyah memandang kearah bawah. Tangan kanannya yang erat digenggam oleh Hanisah, digenggam kembali. Dia senyum.

"Mana ada kakak sedih,"

"Yeke? Habistu kakak penat ke?"

Aisyah mengangguk perlahan.

"Nisa minta maaf. Nisa buat kakak penat ke?" tanya mulut becok itu lagi.

Aisyah tersenyum. Dia menggelengkan kepalanya.    


"Mana ada Nisa buat kakak penat. Mari, nak kakak dukung tak?"

"Tak nak. Nisa tak nak kakak penat, Nisa sayang kakak,"

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now