Bab 33

447 8 0
                                    

Aisyah tersenyum lebar. Sengaja dia membiarkan John Durke nampak barisan gigi putihnya yang bersih tersusun rapi.

"Terima kasih!"

John Durke memandang kearah isterinya lama. Wanita itu tersenyum lebar.

"Apa nama tempat tu nanti?" tanya John Durke sambil menghirup air botol yang berdekatan dengannya.

"Rosaline nak AR Durke. Tapi Aisyah nak nama Durke's atau The Durkes."

John Durke mengerutkan keningnya. Aisyah tersenyum melihat perilaku suaminya yang tiba-tiba terdiam dan mengerutkan kening.

"Because I'm yours, silly! And I love that name,"

John Durke tersenyum. Dia menciumi pipi kanan Aisyah perlahan.

"Bila kita akan pindah?" tanya Aisyah lagi.

"Minggu depan, sayang." jawab John Durke.

"Kenapa tak beritahu Aisyah awal-awal? Kalau tak boleh Aisyah kemas apa-apa yang patut." kata Aisyah. Dia tidak suka apabila John Durke meninggalkan dia dalam membuat apa-apa keputusan.

"Because it's supposed to be a surprise. I know how much you love rural areas. So we will be staying at Cameron Highland. Not Ipoh," terang John Durke panjang lebar.

Aisyah memandang kosong kearah John Durke. Ya, memang dia sukakan tempat-tempat sedemikian, akan tetapi..

"Tapi itu jauh dari Ipoh,"

"Tak jauh pun. Dari tapak syarikat tu dalam 2 jam,"

"Jauh,"

"Aisyah, mana ada benda senang dalam dunia ni."

"I don't mean that. I mean, you can just buy a house at Ipoh, you know.."

"Stop it. I want to provide for you and I did the best. End of conversation."

"Ya, tak perlu nak jadi garang macam badak air!" marah Aisyah sebelum berjalan pergi ketempat lain. Dia harus mendinginkan panas hatinya.

Di pendudukannya, John Durke hanya mengeluh. Dia tahu dirinya kadang-kala sedikit mengongkong. Namun, baginya itu yang terbaik untuk Aisyah. Dia sayangkan Aisyah dan dia tahu, dirinya hanya akan berikan yang terbaik untuk wanita tersebut. Dia hanya dapat berharap agar Aisyah faham akan keadaan tersebut.

John Durke memicit-micit dahinya perlahan.

"Yo, John. What's up?" tanya Rosaline yang datang entah dari mana. Dia menghenyakkan punggungnya kasar ke atas sofa lembut diruang tamu rumah tersebut.

"Where are your manners, Rosaline? Makin pening abang tengok Ros ni."

Rosaline tersengih-sengih. Dia mencapai sebiji epal merah dari dalam bekas yang berdekatan dengan dirinya dan mula mengunyah.

"John, ok tak?"

"Tak ok. Abang nak pindah ke Cameron Highland minggu depan, tapi Aisyah macam tak setuju seb.."

"Eh, jauhnya! Kedai kami di Ipoh,"

"See, even you said the same. The thing is that I know how much she loves the rural area."

"Tak semestinya apa yang Aisyah nak, abang kena tunaikan. Kadang-kadang apa yang dia suka tak sesuai dengan keadaan atau keperluan abang dan dia. Cuba berkomunikasi sikit dengan dia. I'm sure it will be better," nasihat Rosaline.

"Ada betulnya jugak. Thanks sis!"

John Durke bangun dan berjalan menjauhi adiknya. Dia mahu mendapatkan Aisyah. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now