Bab 40

735 27 9
                                    




John Durke memicit kepalanya yang rasa berdenyut-denyut. Dia membuka laci dapur, mencari panadol.

"Nah,"

John Durke pusing kebelakang dan melihat Aisyah meninggalkan dirinya sendiri. Dia lihat di atas kaunter dapur terletak dua biji panadol dan segelas air suam. Dia mengeluh sebelum membantu dirinya sendiri. Lama dia berada didapur tersebut sebelum mengambil keputusan untuk mencari isterinya.

Langkah John Durke terhenti dipintu gelongsor yang membahagikan ruang diantara ruang tamu dengan taman mini rumah mereka.

"Sesuatu, berlalu pergi bersama waktu..

Terasa kehilangan disitu..

Bila malam berganti, sepi..

Bila mata, masih lagi merindu indah..

Bibir lembut mengucap cinta..

Saat ini..

Aku yang, tak pernah berhenti..

Dengan harapan, secebis hatinya cuma rasa..

Angin lalu.."

Suara Aisyah yang kedengaran sedih mendendangkan lagu yang ditulisnya sendiri membuatkan John Durke mengeluh berat.

"Aisyah.." tegur John Durke perlahan.

Aisyah mengangkat wajahnya dari buku yang sedang dia baca dan pandang kearah wajah suaminya.

"Ya?"

John Durke memandang lama kearah mata bundar Aisyah yang penuh tanda tanya. Ada lingkaran hitam di bawah mata wajah tersebut. John Durke mengeluh.

"Baca apa?" tanya John Durke bersahaja sebelum menarik kerusi di hadapan Aisyah untuk duduk.

"AKU." jawab Aisyah pendek. Dia menunjukkan muka depan buku tersebut kearah John Durke.

"Is it good?"

"Bolehlah. Ada orang recommended."

"Iskandar?"

Aisyah merenung kearah mata John Durke lama sebelum dia mengalihkan pandangan matanya. Air matanya bagaikan mahu tertumpah. Dia rasa benci setiap kali nama tersebut keluar dari mulut suaminya.

"Someone else. But back at the bookstore, he did say it was good."

"Was it really good?" tanya John Durke sambil memicit-micit dahinya perlahan.

"Surprisingly, yes. It is good." jawab Aisyah.

'Worth all the beaten you gave me,' sambung Aisyah dari dalam hati.

"Sakit kepala ke?"

John Durke hanya menganggukkan kepalanya, mengiyakan pertanyaan isteri yang disanjunginya.

Aisyah meletakkan buku tersebut di atas meja dan bangun, mendekati John Durke. Dia berdiri di belakang John Durke dan mula memicit kepala suaminya.

John Durke agak terkejut dengan perilaku Aisyah, namun didiamkan sahaja segala pertanyaan yang hendak dia luahkan.

"Terima kasih," kata John Durke setelah beberapa minit kepalanya dipicit oleh Aisyah.

"Ok."

"Aisyah.."

"Ya?"

Mata Aisyah kelihatan bulat, bersinar-sinar dari pandangan mata John Durke.

"I love you." luah John Durke perlahan. Dia tidak tahu mengapa luahan tersebut terkeluar dari bibirnya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now